343 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Ketiga)

25 Februari 2011

Hari ketiga perjalanan kami merupakan hari pertama kami di Bandaraya Kota Kinabalu. Kami menginap di penginapan Homestay As-Solihin di Taman Mesra, Penampang, Kota Kinabalu. Perjalanan kami pada hari ini membawa kami ke tiga buah pulau ternama di Kota Kinabalu iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

Untuk menuju ke pulau2 tersebut, kami telah menyewa perkhidmatan bot di Jesselton Point. Banyak perkhidmatan bot yang ditawarkan di sini, dan kita boleh memilih mana2 perkhidmatan yang kita fikirkan paling menguntungkan kita. Kami telah berjaya mendapatkan perkhidmatan bot untuk ke tiga buah pulau dengan bayaran RM120 dan bot boleh memuatkan seramai 12 orang. Bayaran tersebut tidak termasuk cukai jeti yang dikenakan lebih kurang RM7 seorang.


(1) Permandangan Jesselton Point(2) Ini bukan bot kami... nak mampos??


(1) Permandangan bot2 di Jesselton Point(2) Gembira kami dapat naek bot ke pulau

Perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 20 - 30 minit ke pulau pertama iaitu Pulau Mamutik. Ramai pengunjung yang datang ke pulau ini, bersedialah untuk menjamu mata anda dengan aksi pengunjung terutama pelancong2 asing. Wow... Malang sekali, aku tidak dapat merakamkan aksi2 tersebut kerana aku tersalah bawak cd untuk videocam aku. Uhuks... Di Pulau Mamutik kami hanya lepak2 di tepian pantai sambil menghirup udara segar dan menikmati permandangan indah pantai yang putih bersih. Ada di antara kami yang mengambil peluang untuk menjelajah kawasan pulau tersebut hingga ke bahagian hutan tengah pulau tersebut. Barang di sini sangat mahal, oleh itu dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan dan air secukupnya.


(1) Air yang jernih sampai nampak ikan berenang2 di dalamnye(2) Aktiviti skodeng sekitar pantai


(1) Aktiviti lepak2 sambil menghirup udara segar dan mencuci mata(2) Aktiviti cuci mata... hahaha (ni jer yg ade)

Destinasi kami seterusnya adalah ke Pulau Manukan yang hanya beberapa minit dari Pulau Mamutik. Rasanya Pulau Manukan adalah antara pulau yang paling popular dilawati pelancong di Sabah. Keadaan Pulau Manukan adalah lebih kurang sama dengan Pulau Mamutik. Pelancong tidak begitu ramai mungkin kerana ramai yang telah check-out pada tengahari itu. Di pulau ini aku tidak melepaskan peluang untuk mandi dan bersnorkling untuk menikmati keindahan ikan2 yang ada di kawasan berhampiran pantai pulau tu, walaupun aku tidak membawa bekalan baju. Nampaknya, balik nnt terpaksalah aku memakai seluar dan seluar kecik yang basah.. Hehehe... Barangan di pulau ini pon mahal, ais krim Thropy berharga RM5 dan meehoon goreng bodoh tanpa aper2 perencah dijual dengan harga RM3.50. Memandangkan tiada bekalan yang dibawa (semuanya jenis main redah jer) terpaksa gak lah beli untuk mengalas perut.


(1) Aktiviti snorkling kat Pulau Manukan, byk ikan kat situ tau...(2) Punya lah berat masing2 smpi tenggelam jeti tuh.. isk3


(1) Permandangan indah di pantai(2) Gembira dapat jumpe pelancong Kanada

Pulau terakhir dalam siri jelajah tiga pulau kami adalah Pulau Sapi. Pantai di Pulau Sapi agak kecil berbanding dua pulau sebelum ni, tp jumlah pengunjung tidak kurang ramainya. Kami mengambil tempat paling hujung di pantai itu dan menyambung aktiviti kami iaitu mandi manda dan bermain air.


(1) Permandangan jeti Pulau Sapi(2) Kehadiran kami di Pulau Sapi disambut oleh due ekor penyu yg sedang bercumbuan

(1) Permandangan di Pulau Sapi(2) Aktiviti mandi manda di Pulau Sapi

Banyak kemudahan asas yang disediakan di pulau2 ini terutamanya tandas dan bilik mandi yang boleh dikatakan bersih. Jadi tidak perlu risaulah.

Kami telah dinasihatkan oleh kapten bot, bahawa pada waktu petang, kebiasaannya laut akan bergelora dan berkemungkinan penumpang akan basah disimbah air laut. Dengan muatan bot yang padat, laut bergelora dan angin kuat, nasihat kapten bot tadi ade benarnya. Hampir semua penumpang dalam bot kami basah kuyup dibuatnya. Percikan air laut tidak dapat dielakkan. Malanglah siapa yang siap mandi bersih2, guna syampu rambut, pakai mekap lagi. Jadi bahan tawa kami sepanjang perjalanan pulang ke Jesselton Point. Sehinggakan ade seorang pelancong dari Jepun juga tak tahan nak gelak. Sampai di jeti pon, ketawa tak habis2. Mane tak nya, dah macam orang jatuh ke laut dibuatnya. Tak payah le korang mandi bersih2 kat pulau tadi. Hahaha.....


Cube cari siapa yang lencun??

Makan malan kami pada malam itu telah ditaja oleh seorang rakan di Taman Rugading, Tuaran. Masakan yang simple tapi sedap, ayam masak kicap, ayam goreng dan sayur goreng. Kenyang perut kami yang kelaparan... Terima kasih kepada tuan rumah.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    seronok tenguk pelanconggan ni

    guna agensi pelancungan ke, atau ada kawan kat sana


    yang pakai serba puteh tu lencun gilerrr

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam abe rozali : pergi sendiri2 jer, semuanya diuruskan dari sini. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. yg pakai serba putih tu seluar jer yg basah... hehehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sahabatku..

    teruja aku tgk air laut dia..sangat cantik la...untung ko dapat pi pulau tue kan..masa aku pi dulu, tak dan nak pi cini huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam sahrom : hehehe... sekali sekala ke sana, pi lah jelajah segalanya. tak tau lagi bile dpt peluang pergi ke sabah ...

    ReplyDelete