341 : Catatan Perjalanan - Negeri Di Bawah Bayu (Hari Pertama)

Seperti yang dimaklumkan dalam entry terdahulu, aku telah berada di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu pada 23 - 27 Februari 2011 yang lepas. Sekadar bercuti Malaysia beramai2 bersama dengan kawan sepejabat dan juga yang bukan teman sepejabat. Ramai yang mengatakan Sabah best dan aku sendiri tidak dapat menafikan perkara tersebut. Sabah memang best dan banyak tempat2 menarik yang boleh dilawati. Yang tak best sikit bagi aku adalah makanannya yang agak mahal dan tidak menepati citarasa aku. Ape2 pon, perjalanan ke Sabah tempoh hari akan aku kenang sampai bila2.


23 Februari 2011

Seawal pukul 4.00 pagi henset aku telah berbunyi. Perlu bangun awal memandangkan flight kami pada pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang perjalanan dan aku bersama seorang kawan telah tiba di LCCT pada pukul 6.00 pagi. Terpaksa pula menunggu rakan2 yang lain tiba. Tiada masalah semasa check-in dan kapal terbang meninggalkan LCCT tepat pada masanya.

Ini adalah kali pertama aku menggunakan perkhidmatan Air Asia dan pertama kali juga aku menjejakkan kaki di LCCT. Oleh kerana itu, agak tergezut gak lah pasal seawal pukul 6.00 pagi itu, orang punya lah ramai macam pasar borong jadinya. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 setengah jam. Agak bosan memandangkan tiada ape2 bentuk hiburan yang disediakan.


(1) Permandangan luar (2) Sudah mau sampai KK

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu seperti yang dijangkakan. Terpaksa pula menunggu ketibaan rakan2 dari flight pukul 11.00 pagi dari LCCT. Tiada apa yang dapat dilakukan di LTAKK memandangkan lapangan terbangnya tidaklah sebesar KLIA atau LCCT. Makanya kami hanya lepak2 dan makan tengahari di situ sahaja.

Rakan kami tiba mengikut jadual dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang pertama iaitu Kundasang. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam dan sepanjang perjalanan kami dijamu dengan permandangan indah kawasan pedalaman Sabah yang masih dilitupi dengan kehijauan. Perjalanan kami seterusnya dilitupi dengan kabus tebal yang menghadkan permandangan. Cuaca pula hujan dan kami mula merasa kesejukan. Kami tiba di tempat penginapan kami lebih kurang pukul 5.30 petang di dalam hujan dengan kesejukan yang sangat.



Beberapa permandangan tempat penginapan kami
J Residence, Kundasang



~Salam Sayang~

You Might Also Like

15 comments

  1. Assalamualaikum Afeezz

    kundasang terkenal dgn pemandangan yg indah...suasana yg nyaman...

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,,

    romantic place!!

    ReplyDelete
  3. salam dek afezz

    Best aar dapat jenjalan...jgan lupa ambik gambo yg cantik2

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum bro..

    trime kasih..entri ini yg aku tunggu2..ada ko join tarian sumazau tak? jgn lupe pic kat muzium tengkorak ya

    ReplyDelete
  5. sudah lama tidak pergi ke sabah!!!!

    dulu slalu g .. skrg tidak lagi...!!!

    selalu lepak dekat karambunai!!

    sekarang tidak lagi..!!

    tidakk.....!!!

    jeles!!!.. teruskan cerita anda.. mesti KK byk perubahan skrg ni kan..

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam atuk : kundasang memang cantik, banyak tempat yang bole di lawati kat area tuh. mmg best... sejuk...

    waalaikumsalam azie : mmg romantik. klu nak berbulan madu bole ler pi saner...

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam kak shami : dapat pi jalan2 sekali sekala memang best. dah lama tak pi jalan2 cam ni. gambar ade, tunggu next entry yer

    waalaikumsalam sahrom : kami tak pergi lah ke monsopiad village tu, ade orang takut kat tengkorak2 tuh. tak dpt le join tarian sumazau tuh...

    ReplyDelete
  8. hai ed : berubah ke tak, tak sure la plak, pasal ni la first time aku ke KK. ape2 pon, memang best, jom belanja aku lepak kat karambunai

    ReplyDelete
  9. karambunai resort tu? kekeke... semalam dekat 600.. xmampu..

    hahaha dulu2 kala mampu la.. hahaha..

    tp sabah best sebab mmg cantik kan..

    ReplyDelete
  10. wow harga sudah naik ma.. aku check semalam dekat bilik deluxe pun 980..

    abe apiz, saya penah duk dekat royal villa. duk sorang2 mcm org gile..

    ReplyDelete
  11. wow abe ed : bile lagi nak belanja aku kat karambunai tu? klu aku mmg tak mampu nak dok sana. apasal tak ajak aku sekali.. tu ler... sumbung sgt ko

    ReplyDelete
  12. salam

    nape pendek sangat citernya dikkk?

    ReplyDelete
  13. waalaikumsalam CM : ini baru part 1, nantikan bahagian2 berikutnya k

    ReplyDelete
  14. sumpah sejuk gile kat J rasident tu... ida smpai himpit2 la mak kak wan...mak kak wan pn cam rela je...haha..coz nak dpt kan sikit haba... tido da sampai menerap da n blanket x yah nak cite r sampai 2,3 lapis... siap pakai stokin lg...huhu..sejuk giler...

    ReplyDelete
  15. selamat malam ida : hahaha... sy pi luar negara pon takde sejuk macam tu tau...

    ReplyDelete