285 : Hari Raya 2010

Salam Aidil Fitri kepada semua. Nampaknya semua kawan2 meriah sakan menyambut hari lebaran tak kira di mana mereka berada. Aku cume beraya di KL sahaja. Ramai yang kata beraya di bandar tak best. Tapi bagi aku, beraya di mana pon sama saje, kite yang membuatkannya best atau tidak. Klu kite nak raya tu jadi tak best, di kampung bersama keluarga pon raya itu akan menjadi tak best. Terpulanglah kepada hati masing2.

Macam mana raya aku tahun ni. Tahun ni kurang meriah la pulak. 1) Sebab tak semua ahli keluarga aku dapat berkumpul di Selayang. Adik beraya di Kedah dan abang pula tak dapat dikesan raya kat mane. 2) Tak ramai tetamu yang bertandang, rasanya kami dah takde saudara mara yang tinggal area KL ni. 3) Aku pon tak beraya ke mana2. Member semuanya pulang berhari raya di kampung, tinggallah aku sebatang kara di sini.. hahaha.

Menjelang Hari Lebaran - Pagi menjelang hari lebaran aku bertugas seperti biasa. Masing2 sudah demam raya. Tak sabar2 nak balik kol 1.30 petang nnt. Sesampai saje kat umah, mak ngan kakak dah mula menyediakan juadah istimewa hari raya. Nasi impit telah siap direbus. Mak ngan kakak sedang menyediakan bahan2 untuk membuat rendang ayam. Macam biasa aku ditugaskan untuk menumbuk kacang tanah untuk dibuat kuah kacang. Menu tahun ini, nasi impit, rendang ayam, kurma ayam dan kuah kacang. Yang lawaknya tahun ni, kami tak sempat nak menyediakan hidangan berbuka puasa. Dalam pada sibuk2 tuh, azan maghrib bergema, semua kelam kabut, minum air je dulu untuk berbuka puasa. Malam pula menerima kunjungan jemaah surau untuk bertakbir hari raya dan berdoa. Mmg telah menjadi tradisi di Kampung Selayang Indah ni, malam raya mesti ada aktiviti bertakbir dan berdoa dari rumah ke rumah. Malam tu jugak aku berjaya menggegarkan kampung dengan letupan mercun bola. Hehehe... best, malam tu kedengaran letupan mercun aku jer, macam org lain tak main mercun plak malam tuh...

1 Syawal - Pagi pi sembahyang raya di surau berdekatan. Ramai sungguh jemaah sampai melimpah ruah ke luar surau. Tetapi sembahyang sunat Aidilfitri dan khutbah Aidilfitri tetap diteruskan. Menerima kunjungan tetamu terutamanya budak2 dan jiran2 berdekatan. Bersembahyang jumaat di surau berhampiran juga. Petang pula membawa ibu dan ayah ke rumah besan mereka di Kampung Kerinchi, KL. Malam pula menerima kunjungan tetamu lagi.

2 Syawal - Berkunjung ke rumah seorang kawan di Selayang tetapi bukan untuk beraya tapi untuk membantu mengopak pintu bilik dia yang telah terkunci dari dalam. Penat jugak lah sampai berpeluh2 ketiak dibuatnya. Akhirnya berjaya juga kami memecahkan tombol pintu itu tanpa merosakkan pintu itu.

3 Syawal - Beraya di The Curve Mutiara Damansara bersama seorang kawan dari Banting. Kami makan di Kenny Rogers dan berjalan2 sekitar The Curve dan Ikea.

4 Syawal - Beraya di Mid Valley bersama seorang kawan yang lain. Tapi sebelum itu aku ke opis untuk menyelesaikan sedikit tugas dan menyelesaikan urusan di Pejabat Pos. Kami beraya dengan menonton wayang filem Senario Asam Garam. Ceritanya biasa sahaja tetapi adegan lawaknya sungguh melucukan.

5 Syawal - Beraya di Hospital Kuala Lumpur dan Mid Valley sekali lagi. Pagi itu aku dengan seorang kawan pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk mengambil ubat untuk mak aku. Urusan di Farmasi tu tidak begitu lama kerana tidak ramai pesakit pada masa itu. Kemudian kami ke Mid Valley kerana ada janji dengan kakak aku untuk bermain boling bersama. Ini adalah pertama kali kami bermain boling sekeluarga. Turut sama bermain adalah kakak aku dan suaminya, adik aku dan suaminya, adik kepada abang ipar aku dan isterinya, aku dan kawan aku tuh. Keputusannya aku mendapat no. 2 daripada 8 orang pemain. Hehehe... best sangat, gamat betul kami bermain. Harap2 dapat wat aktiviti macam ni lagi next time.

6 Syawal - Beraya di Hospital Kuala Lumpur dan Putra Perdana. Pagi itu aku bawak mak aku untuk appointment di HKL. Disebabkan tarikh appointment yang diberikan pada 16/9/2010 yang merupakan cuti umum, Klinik tersebut akan ditutup pada hari itu. Makanya aku membawa mak aku pada 15/6/2010. Tidak ramai pesakit pada hari itu dan urusan telah dijalankan tidak sampai 1 jam. Kemudia kami terus menuju ke rumah kakak di Putra Perdana, Puchong untuk berhari raya. Di rumah kakak, kami telah dijamu dengan soto ayam, nasi impit bersama kuah lodeh dan kuew teow goreng.

Esok tiada ape2 perancangan. Ade sesiapa nak menjemput aku ke rumah masing2?

Begitulah cerita seminggu aku di Hari Raya Aidilfitri. Sehingga bertemu lagi, Sayang Sayang.

You Might Also Like

10 comments

  1. wah..sempt juga menonton wayang.
    shopping complex sure ramai juga org. haha..

    ReplyDelete
  2. salam Pakcik..

    Bentuk laporan aktiviti hari raya ini spt mcm dilihat di 1 blog lain..tp blog siapa ye? Ermmm..

    Owh begini rupanya org bandar myambut Syawal..tq atas pkongsian..

    ReplyDelete
  3. madey : sempat jer. betul3 shopping complex still ramai manusia...

    salam tok wan : yer.. sama macam blog anda, sy bole menulis dengan gaya yg lain, tp mungkin ia akan menjadi novel plak. hahaha... pasal org laen semua balik kg, so org bandar takde tmpt lain nak pi.. so macam ni lah sambutannya...

    ReplyDelete
  4. salam sayang adik afeezz..
    salam eidul fitri...

    masyaAllah, patut ler bergegar malam raya tu , dengar sampai ke Kedah , rupanya nie penganan dr org Selayang main mercun....

    akak bknnya tak teringin nk wat majlis sambutan raya untuk rkn2 , tp situasi semasa yg krg selesa,menyebabkan duduk diam seketika , tggu ler N3 akan dtg ,nk tahu kisahnya...

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    PUAS BERAYA NAMPAKNYA ! KE SANA KE MARI ! BETUL KATA SDR., TERPULANG KPD KITA (SERONOK ATAU TIDAK DI KAMPUNG ATAU DI BANDAR)

    ReplyDelete
  6. wsalam kak ummi : salam eidul fitri. hahha... smpi kedah ke bole dengar, patut le ade org marah2 takleh tidor, kuat banget rupenye. hehehe.. takpe lah kak, klu wat nnt, jemputlah kami..

    wsalam bro luahfikiran : bole ler, meriah gak.. hehhe

    ReplyDelete
  7. salam afeezz..raya kat bandar pun seronok gak kan..mak aku kat klang pun kira bandar gak

    ReplyDelete
  8. wsalam sahrom : tu lah, raya kat maner2 pon best, kite yg kasi dia best kan....

    ReplyDelete
  9. salam afeez,

    marilah berhariraya di rumah az di ayer baloi. Sanglang tu dekat jer kan. hheheh

    ReplyDelete
  10. wsalam AZ : thn ni sy tak balik pontian lah. klu tak mesti dah smpi umah AZ

    ReplyDelete