243 : Adakah Aku Seorang .... ?

Hari Rabu lepas selepas balik dari pejabat, aku ke shopping complex kegemaran aku, Mid Valley Megamall. Sekali lagi pergi seorang diri since takde member yg nak temankan aku (sedey nyer). Tujuan petang tu sekadar nak mengambil semula laptop aku yang dihantar ke Sony Center untuk diperbaiki tempoh hari. Bagus betul, kata dalam tempoh 5 hari baru bole siap, tengok2 pagi tadi depa call, cakap my laptop is ready for collection. No charges. Nasib baik lah masih dalam tempoh jaminan, klu tak mau kene ketuk jugak beberapa RM. Alhamdulillah, laptop aku telah ok seperti sedia kala.

Aku kemudian berjalan2 sekitar Sony Center itu melihat gadget2 yang dipamerkan. My interest goes to digital camera. Semua yang ada aku belek, aku snap gambar, aku try semua functionnya. Since my digital camera Sony Cybershot DSC-W1 rosak dalam 2-3 tahun lepas dan beku masa lawatan aku ke England, aku mmg memendam rasa untuk mendapatkan camera yang baru. Just nak digital camera mudah jer, bukan yg mahal2 pon. Aku tertarik pada satu model ni, tapi bukan lah model yang terkini di pasaran. Sambil membelek2, kepala aku berfikir macam2. Walaupon baru dapat gaji, tapi aku memikirkan bil2 yang masih perlu dilangsaikan. Sejak2 berkawin ngan Cik Siti Nur, aku nyer financial surplus rasanya telah berkurang beberapa ratus RM setiap bulan. Hati aku berbelah bagi, nak jer rasanya swipe credit card dan bulan depan baru bayar. Akhirnya aku menguatkan hati, dan berlalu keluar dari Sony Center itu. Hati berkata, 'takpe lah... next time kite beli'.

Kaki melangkah masuk ke Jusco. Tujuan nak cari hand-grip. Terpikir nak beli hand-grip ni masa di dalam kesesakan lalu lintas masa balik. Daripada dok termenung dalam kereta menunggukan kereta depan bergerak, baik aku wat senaman tangan. Menguatkan genggaman dan otot2 sekitar tangan untuk kegunaan masa hadapan. Tak mahal, cume RM11 jer selepas diskaun 20%. Dah cube dah semalam, berpeluh gak walaupon tak wat byk pergerakan.. hihihi

Keluar dari Jusco, aku menuju ke kedai Tissot, hanya nak tengok2 jam Tissot yang aku suka tu, samada dah turun harga ke tak. Nampaknya harganya masih kekal RM1,220. Terpaksa aku memendam perasaan dan keinginan lagi. Mungkin taste aku terlalu tinggi, semua benda yang aku berkenan, harganya berada di sempadan kemampuan aku. Tiba2 mata terpandang seutas jam tangan Tissot yang lain. Jantungku berdebar, hati telah tertawan. Designnya lebih simple dan bertali kulit. Design macam ni lah yang aku cari. Harganya lebih murah, RM990. Nak saja aku masuk ke kedai itu dan membeli saja Tissot tu. Tp kaki melangkah menjauhi kedai itu. Hati berkata lagi 'kau akan menjadi milik ku satu hari nnt'.

Kemudian aku menuju ke Watson nak cari barang2 keperluan peribadi. Hanya membeli pewangi semburan Dashing For Men (sekadar beli yang murah untuk kegunaan harian - CK, Cerruti1881 ngan Escada tak guna wat pi keje), deodorent Nivea dan Nivea Shaving Cream. Habis gak lah nearly RM50 kat Watson tu jer.

Destinasi seterusnya aku ke La Boheme, untuk membeli Walnut Bread kegemaran aku. Beli dua buku, RM7.80. Kemudian aku ke Starbucks. Dah lama tak pekene ice blended frappuccino (actually hari ahad hari tu dah minum dah). Order Grande Mocha Frappuccino With Cream, harga RM13. Wah.... sedapnye....

Macam tu lah aku kalau pergi ke mana2. Dalam niat takmo beli ape2, aku akan terbeli gak sesuatu. Nasib baek iman masih teguh, kalau tak mau aku terbeli camera Sony ngan jam tangan Tissot tuh. Tak pasal2 terswipe kad kredit RM2000. Dua bende ni termasuk dalam list barangan yang akan aku perolehi dalam tahun ni. InsyaAllah akan aku usaha untuk mendapatkannya. Tapi, kalau ade sesiapa di luar sana yang nak menghadiahkan kepada aku, kecil tapak tangan, nyiru saya tadah kan.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

7 comments

  1. salam afeezz..

    insyaAllah akan dpt tu dlm masa tdekat ni...

    ReplyDelete
  2. wsalam kak ummi : insyaAllah... igt nak amik tissot dulu lah...

    ReplyDelete
  3. tissot tu bagi sayalah..x penting mana. saya guna jam Casio je, beli kat Jln TAR. 10 thn leh guna. Tapi Sony Camera tu perlu beli, fez... u buleh bayar ansuran 0% interest guna Maybank card sbb i pun buat gitu. Kamera yg i beli tu RM90 x 6 bulan. Memang byr sama byk dgn beli cash cuma x le terasa duit tu kuar. Bijaklah berbelanja untuk kesejahteraan hidup. x best la snap pic guna handset.

    ReplyDelete
  4. daddy : tu lah, tgh berbelah bg ni nak beli yang mana satu. Jam Tissot tu sebenarnya takde kepentingan nak beli pon, just terasa nak tukar jam jer, jam yg pakai sekarang ni pon dah lama pakai, beli kat lelong.com. sy klu beli barang, guna kredit card selalunya sy terus bayar penuh, malas nak berhutang2 ni.

    ReplyDelete
  5. beb! kita senasib. lah..pi mana2 pon sorang2 je. kalau g mana2..niat takmo membeli..tapi akhirnya beli gak..

    ReplyDelete
  6. kalau nak beli, kne beli b4 kawen..klu dh kawen, lum tentu dpt beli tau huhuhuh

    ReplyDelete
  7. madey : macam tu lah klu ramai kawan2 kite dah kawen. tinggal lah kite sorang2....

    sahrom : betul3... aku setuju tuh

    ReplyDelete