Posting No. 167 : Dahulu dan Sekarang
Tertarik ngan entry Cikgu Mas, bertarikh 25 Oktober 2009 tentang usaha beliau untuk berdiet dan menguruskan diri, aku pon nak cerita usaha2 aku dalam mengekalkan berat badan unggul. Bukan pompuan jer yg sibuk2 nak jaga berat badan, lelaki pon perlu untuk menjaga berat badan masing2 agar nampak sentiasa gagah dan perkasa. Kebanyakan lelaki akan menjadi gemuk a.k.a boroi bila mereka dah berkahwin. Mungkin lah sebabnya, sang isteri menjaga dengan baik si suami dari segi makan dan pakai nya. Masa bujang semua kene buat sendiri, makan kene beli, klu malas makan meggi je. Tapi bila dah berumah tangga, makan terjaga, pakai pon terjaga. Si suami duduk goyang kaki manakala sang isteri sibuk melakukan itu dan ini. Yang bestnya, bila sama2 mengembangkan diri. Hahaha... aku dah mula merepek...
Berbalik kepada tujuan asal penulisan entry ini, zaman2 aku muda remaja dan masih belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia, berat badan aku (seingat2 aku ler) 71kg. Ni adalah berat badan unggul aku, lebih kurang lah, klu dibandingkan dengan tinggi aku 171cm. Bila dah tamat belajar, berat badan meningkat sedikit demi sedikit. Aku masa tu tak kisah pon tentang peningkatan berat badan aku ni. Makan memang selera jer, tambahan plak dah pegang duit sendiri, giat sungguh makan itu dan ini.
Tanpa ku sedari aku telah mengembang dengan pesat sehingga satu ketika berat badan aku mencecah 102kg. Start dari itu, aku mula risau akan perkembangan pesat aku ni. Mungkin kerana terkejut berok dengan angka 102kg itu, selera makan aku tiba2 berkurangan. Aku mula kurang makan. Aku mula tak makan tengahari untuk satu jangkamasa yang panjang. Bukan tujuan berdiet, tapi aku tak ada selera. Perubahan berlaku pada aku dan masyarakat sekeliling menyedari nya. Aku juga menyedari bila seluar aku mula longgar, tali pinggang juga dah longgar. Pada satu ketika, berat badan aku merudum ke angka 88kg.
Aku mula rimas, bila seluar asik nak jatuh jer. Sikit2 aku kene tarik ke atas. Tali pinggang aku sampai 2 kali aku potong untuk memuatkan kat pinggang aku ni. Orang mula bercakap yang aku sekarang dah kurus. Bila berjumpa kawan2 mesti depa cakap yang aku dah kurus pastu nak tau rahsia kekurusan aku ni. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata yg aku tak berdiet pon, cume kurang makan jer akhir2 ni. Aku gembira dengan keadaan sekarang.
Sekarang, berat badan aku 84kg. Tahun ni puasa penuh pon tapi berat badan tak turun (tahun lepas bulan puase aku naek 2kg). Tapi aku bersyukur, tak naik. Baju dulu pakai saiz XL, takpon 2XL, sekarang dan pakai L. Seluar dulu pinggang saiz 40, sekarang 38 tapi still longgar. Kalau tak pakai tali pinggang, Kak Mas tarik sure terlondeh seluar aku. Pernah try saiz 36, tapi tak selesa pulak.
Anyway aku bersyukur dengan keadaan sekarang. Aku dah bole menggayakan baju yg lebih vogue, hahaha. Klu dulu nak cari baju yg cantik dengan saiz begitu, amatlah susah. Apa2 pun aku nak turunkan lagi berat badan aku, nak shape sikit body ala2 model seluar dalam renoma, built up sedikit muscle, yang penting 6 pax abs (auw... sungguh mengiurkan).
p/s : nantikan aku upload gambar sebagai perbedaan dahulu dan sekarang.
11 comments
Salam Afeez,
ReplyDeleteYer ker berat badan kau sampai 102kg. umang ngai, mak datok, x boleh nak bayangkan body kamu masa tuh. Syukurlah sekarang kau dan slim sehinggakan CM teringat-ingat kat kau.
Salam
ReplyDeletewoww 102kg,mcm pemain sumo tu,ko telah berjaya menurunkan 20kg++ tanpa perlu ke slimming centre yg menghabis beribu hinggit tu,akak kagum..tapi
hello,hello,nape pulak,k.mas nk tarik seluar ko,ko ni memang sennget arr,seluar suami akak pun akak tak tarik hehehehe
dik,biarlah niat baik sikit dik,ada pulak bila kurus muscle berketul2 nak jadi model seluar dalam renoma,ko ni,hehehehe...
dik mana yerrr gambar sebelum dan selepasnyer?????????
salam AZ : tu maximum yg sy pernah capai, mmg tembun masa tu.. nnt sy bubuh gambar, AZ tgklah
ReplyDeletesalam kak mas : itu lah kak mas, dulu ahli sumo, sekarang model spender renoma plak.. hahah...
ReplyDeletebukan sy suruh kak mas tarik suar saya, sy bg perumpamaan jer yg suar saya bole dicabut sahaja tanpa perlu mencabut butangnya dahulu, membahayakan kesihatan klu jalan2 tak pakai tali pinggang..
gambar tu tunggu, kat umah nnt sy upload... kat opis ni takde gambar lama2
Woooo...padan le AZ asyik cakap muka apiz ni familiar...rupanya ko model seluar dalam Renoma....padan le akak tak perasan....AZ lelaki..tu yang dia perasan...cuma tak tau kat mana....petang ni akak nak gi Jusco Equine nak tengok muka kaou laa...
ReplyDelete(eh...itu ke azam tahun baru apiz yang dah tercapai...akak punya azam nak turun jugak 10 Kg tahun ni, tapi ternaik pulak 10kg...)
hahaha tak bleh blah entri macam chef wan jer bunyi cakapnya. hahaha.
ReplyDeletekak nija : wah3 tak sangka, rupenye AZ pakai spender renoma, berjiwa muda betul AZ, cayalah.. akak klu nak tgk saya kat kotak2 spender tu, hati2 sikit kak, tgk kire tgk kanan dulu, pastu baru tgk. nnt org pandang semacam plak kat akak nnt.. hahah
ReplyDeletetu bukan azam sy kak yg dah tercapai kak. benda yg dah tercapai tu laen ceritanya. hihihi... aku dah slim kak, nak turun 10kg wat per lagi...
iXa : selalu sgt tgk rancangan memasak chef wan, tu yg cakap pon terikut2 beliau...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletewaaaa...caya laa piz....piz, betul laaa...cheq pon kalau jumpa kawan2 masa sekolah & study dulu...kebanyakkan depa semua dah bulat2 & gemuk2...p kenduri...mmg cheq tak kenal depa kalau depa tak tegur ...huhuhuuh...
tp mungkin kerana sekarang depa dah banyak duit..dah bergaji besar..makan aje apa yg mereka rasa mampu...so depa boleh naik berganda2 dr zaman sekolah....
geng perempuan...kebanyakkannye naik selepas kawin....cheq nie lak dr dulu gomok..tak kawin pon gomok...tak kurus2....huhuhuuhu
Salam apezz...
ReplyDeleteCayalah hang dpt turunkan 20... Alahai tak sabar lak nak tgk gambar hang... hang upload cepat no...
anis : biase le tu, masa belajar dulu, semua slim2 belaka. dah habis belajar klu jumpe balik, mak oi.. masing2 macam dipam2... klu yg dah berbadan besar tu mmg tak nampak ketara, tp yg slim2 tu... fuh.. jelas kelihatan bentuk badan.. hahah..
ReplyDeletetikah : sabar yer... sat lagi aku uploadkan. ade masalah komputer plak tadi. Tenet down, tp wireless bole plak.. tu yg kene transfer gambar dulu... hahah. Tikah jgn plak tergoda pada gambar i yg dulu, tergoda pada gambar i yg sekarang takpe... kepada anis juga.. hahaha