82nd ENTRY


Gambar Hiasan

Semalam perlawanan kedua kami diperingkat kumpulan menentang Zon 2, zon dari Pusat Sukan yang terkenal dengan kehebatan mereka (kononnye). Keputusan semalam, kami tewas 2-5. Perlawanan semalam aku tak puas hati, pasal aku rasa aku bermain tak sebaik perlawanan pertama tempoh hari. Then kami plak terikut rentak pihak lawan, bermain secara pantas. Kami shoot pon tak berapa nak mengena. Cis...

Ape2 pon kami kene tunggu keputusan perlawanan antara Zon 7 dan Zon 2 hari ni. Kalau Zon 2 memang, bermaksud kami akan menjadi Naib Juara Kumpulan A dan di semi-final kami akan menentang Juara Kumpulan B. Kalau ditakdirkan Zon 7 memang petang ni, maka Juara dan Naib Juara akan ditentukan berdasarkan jaringan gol kerana semua pasukan dalam Kumpulan A mempunyai jumlah kemenangan yang sama. Klu dilihat melalui kertas, kemenangan boleh berpihak kepada Zon 2.

Semalam ntah aper ke mimpi, si Ed Eron datang tengok aku main. Dah lama aku kenal mamat ni di MiRC, tapi baru semalam kami jumpe. Tak sempat aku nak pow dia starbuck, takpe... lain kali aku pon dia pelbagai benda termasuklah Zara yang dia janjikan dulu (hihihi). Lepas game semalam aku lepak2 ngan dia sampai kol 10 kot. Dia juga telah berjaya merosakkan paru2 aku semalam.. haha... tersedak2 jugak lah aku. Cis....


Love,

You Might Also Like

0 comments