Selamat Datang



Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

23 January 2012

455 : Catatan Perjalanan - Chaah : Mengenang Masa Lalu

21 Januari 2012

Cuti panjang hujung minggu ni aku berkesempatan untuk ke Johor ke kampung asal seorang kawan di Chaah daerah Segamat, Johor. Kawan tu dah rindu sangat dengan kampung halamannya yang hanya tinggal tanah tak berumah.

Perjalanan pagi sabtu tu sesak dan perlahan sehingga ke kawasan RnR Seremban. Cuaca pula sangat cerah dan terasa bahang tengahari itu. Kami berhenti di RnR Seremban dan RnR Pagoh untuk berehat. Perjalanan hari itu terasa sangat lama, letih jugak dibuatnya.

Kami tibe di Yong Peng dalam pukul 3.30 petang dan terus mencari penginapan untuk malam itu. Tak banyak penginapan di sini, nasib baek kami dapat bilik tanpa perlu mencari di banyak tempat. Berehat sebentar dan kami meneruskan perjalanan kami ke Chaah yang lebih kurang 30 minit dari bandar Yong Peng.

Kami tiba di tempat yang dituju, Kampung Jawa dalam cuaca hujan renyai2. Aku dibawa mengililingi kampung itu dan kawan aku tu menceritakan pelbagai kisah zaman kanak2 nya. Dia juga menunjukkan tempat di mana dia selalu melepak dengan kawan2 nya, tempat dia mencuri rambutan, tempat dia mengganggu orang kampung dan sebagainya. Ternyata, jahat gak budak ni masa kecik2 dulu. Aku juga di bawa berkenalan dengan beberapa orang sahabat dan jiran2 dia.

Kemudian kami kemudian, berjalan2 di kawasan pasar malam kampung itu untuk membeli sedikit makan untuk malam itu. Kami kemudian pergi ke rumah seorang sahabat kawan aku tu. Kami hanya berbual kosong sambil bertanya khabar dan bercerita tentang kisah2 lama. Kami meminta diri sebelum maghrib.


Papan tanda masuk ke Kampung Jawa

22 Januari 2012


Pekan Ayer Hitam

Kerana takde plan utk hari ini, kami bercadang untuk berjalan2 di pekan Ayer Hitam yang terletak lebih kurang 30 minit dari Yong Peng. Pekan Ayer Hitam ini memang sudah terkenal dengan kedai2 yang menjual benda2 yang berkaitan perkahwinan. Macam3 ada dari bunga pahar, bekas2 hantaran, perhiasan rumah, bunga dan sebagainya. Kami hanya jalan2 cuci mata jer. Takde niat untuk membeli ape2 dan akhirnya aku terbeli ..... (hehehe... nanti lah aku cerita pasal ni)


~Salam Sayang~

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

9 comments: on "455 : Catatan Perjalanan - Chaah : Mengenang Masa Lalu"

atuk said...

Assalamualaikum Afeezz

waaaaa asik berjalan ajer

afeezz said...

waalaikumsalam atuk : kadang2 jer, maner ade selalu.....

Mieza said...

Assalamualaikum Afeezz,
Bagus sangat berjalan sambil mengenang masa lalu, banyak yang boleh kita belajar dan yang penting kita lebih kenal siapa sahabat kita...

shami2 said...

Salam dekk afezz

Maner gambo kampung nyer...heheheh

afeezz said...

waalaikumsalam mieza : betul tuh.. kenangan masa lampau lah yang terindah kan...

waalaikumsalam kak shami : hehehe... masa melawat kampung tu, kamera tinggal kat bilik hotel plak.... tu yg takde gambar sgt

Ayah Zain said...

salam,

chaah ngan AB cuma sejam aje

afeezz said...

waalaikumsalam AZ : insyaAllah awal bulan feb nnt akan balik Ayer Baloi

Daddy Zuki said...

salam affeezz..thanks kerna 'like' sokmo status dady di FB. masa muda n bujang ni la senang nak jln2 sbb langkah tu panjang sikit. BTW, daddy dah pakai domain sendiri. sila tukar destinasi blog daddy ke www.jukdin.com. Thanks.

afeezz said...

waalaikumsalam daddy : bile takde idea nak komen tu, kite LIKE jer lah, sekurang2nya kite tau ade orang yang membaca status kite tuh kan... dah tukar domain yer.. ok.. sy akan lawat...