28 August 2011

406 : Menjelang Hari Lebaran II

InsyaAllah kalau tiada aral yang melintang, kite akan menyambut hari lebaran pada hari Selasa akan datang. Ramai dah kawan2 yang telah pulang ke kampung halaman masing2 untuk berhari raya bersama keluarga tersayang. Aku tahun ni akan berhari raya di kampung aku di Selayang saja seperti tahun2 sebelumnya. Ape2 pon, terserah kepada kite untuk menjadikan hari itu hari yang gembira walaupon di mana kite menyambutnya.

Semalam pertama kami dalam bulan Ramadhan tahun ni aku menjejakkan kaki di Jalan TAR, jalan yang tersohor di KL ni setiap kali bulan Ramadhan. Aku rasa hampir seluruh warga kota pergi ke Jalan TAR untuk membeli persiapan raya. Aku takde niat pon untuk membeli ape2, cume menemankan seorang kawan mencari songkok dan butang baju melayu.

Walaupon dikatakan ramai warga kota telah pulang ke kampung halaman masing2, tetapi suasana di Jalan TAR masih tidak berubah. Jalan2 masuk ke kawasan tersebut sesak dengan kenderaan walaupon pada masa kami tiba sudah pon hampir pukul 12.00 tengah malam. Aktiviti jual beli masih meriah, lautan manusia semua dengan tujuan masing2. Berhimpit2, berlaga bontot, teraba itu dan teraba ini perkara biasa kalau dah bersesak2 macam ni. Jumlah pengunjung aku rasa jauh lebih ramai dari jumlah peserta demonstrasi Bersih 2.0 tempoh hari. Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih lagi mencintai keamanan.

Pengunjung dari setiap pelusuk KL, melayu ade, cine, india malah orang putih pon ade. Yang datang dengan kawan2, yang datang dengan pasangan, yang datang dengan anak berkoyan2, yang bawak baby pon ade. Kesian baby tu kene usung ke sana ke mari dek mak bapak dia yang exited membeli dan membelah.

Kami beli terus aper yang terniat di hati kerana tak sanggup lagi nak bergasak2 dalam lautan manusia itu. Berjalan dari satu hujung je hujung yang satu lagi memakan masa yang agak lama. Jem di jalan raya pon tak seteruk jem di sini.. hehehe... Ape2 pon, kami dapat aper yang kami cari. Walaupon penat gile, tapi best gak lah, setahun sekali wat bende ni kan.. Sebelum balik, singgah McD untuk bersahur...



~Salam Sayang~

2 comments:

  1. salam afeez,

    orang kata malam raya boleh beli kueh raya dengan harga runtuh.maka ada sekali tu, tak ingat tahun bila, az ke sana, %^&* mak datok,punya lah jem. macet tahap gaban,akhirnya az balik rumah begitu sahaja. maleh nak layan jem hehheh

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam AZ : malam sebelum raya tu mmg semuanya runtuh. bukan kate kueh jer, baju kain semua bende yg dijual tu harga runtuh. jem jangan kate lah, boleh runtuh kete.. hahaha. tp sy tak pernah plak pi malam raya tuh..

    ReplyDelete