31 December 2010

323 : Posting Terakhir Tahun 2010

Setahun sudah masa berlalu. 2010 meninggalkan kite dan 2011 bakal menjelma. Bermulalah satu lembaran baru dalam kamus hidup kite semua. Ada berazam ke di awal tahun dulu? Dah tercapaikan aper yg diazamkan tu? Aku takde azam ape2 pon sebab bagi aku tak perlu lah berazam untuk mencapai sesuatu. Aku ni seorang yang free flowing, mengikut kepada keadaan dan keupayaan diri. Kalau angin bertiup ke barat, aku akan ke barat. Kalau angin bertiup ke timur, aku akan ke timur. Tidak bermakna klu kite tidak berazam kite tidak akan mencapai kejayaan.

Jendela 2010, aper yang telah berlaku pada diri aku ni. Kehidupan tetap diteruskan walaupon tahun berubah. Soal kerja, tiada yang menarik. Cume perangai boss yang semakin hari semakin menarik dan menjelekkan. Kadang2 bosan pasal dia asik dok ikot kepala dia jer. Sepanjang tahun 2010 ni, aku telah menduduki dua kali peperiksaan PTK. Yang pertama pada bulan Mac yang berkeputusan aku mendapat Aras III secara keseluruhan dan yang terbaru pada bulan Disember untuk mengambil semula komponen yang tidak mencapai Aras IV dalam peperiksaan yang lalu. InsyaAllah keputusannya akan diketahui pada tahun hadapan.

Pada tahun 2010, tidak banyak harta yang dapat dikumpulkan. Pada bulan Mei, aku telah membeli sebuah katil peraduan baru untuk menggantikan katil lama yang seusia dengan aku. Pada bulan Ogos pula aku telah berjaya menperolehi sebuah jam tangan idaman aku, Tissot. Setelah banyak dugaan yang menimpa dan menghalang aku untuk mendapatkannya, kesabaran aku akhirnya berbalas tatkala aku berjaya mendapatkannya. Aku puas...

Tahun 2010 juga aku lebih banyak keluar makan angin. Sejak2 ade Cik Siti Nur memang panjang kaki aku pergi ke tempat yang sebelum ini aku tak pernah sampai. Pada bulan Jun aku telah pulang ke kampung di Johor untuk menghadiri perkahwinan seorang sepupu di JB. Pada bulan Jun juga aku telah pergi ke Sungai Congkak sebagai aktiviti jalan2 hujung minggu. Kemudian pada bulan Julai, aku telah ke Taiping Perak mengikuti kursus dan hari keluarga anjuran pejabat aku selama 2 hari 1 malam. Untuk aktiviti jalan2 hujung minggu pula aku telah ke Port Dickson. Diikuti untuk bulan Ogos dan Oktober, aku telah ke Hutan Simpan Negeri Selangor dan ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang. Finale aktiviti jalan2 aku pada tahun ini, aku telah menghadiri jemputan kenduri kahwin adik sahabat baik aku di Tangkak Muar Johor. Terlanjur ke Tangkak, aku terus bercuti2 Malaysia di Melaka pada bulan November.

Tidak kurang juga, tahun 2010 ini dipenuhi dengan berita2 sedih dan gembira. Pada bulan Februari, sehari sebelum ulang tahun kelahiran aku, aku telah ditimpa kemalangan. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk hidup. Sejak dari kejadian ini, aku rasakan bahawa diri aku telah phobia untuk menunggang moto lagi. Pada bulan May, aku telah menerima satu surat saman dari PDRM. Saman aku yang pertama sejak memperolehi lesen memandu lebih 10 tahun yang lalu. Saman telah dilunaskan pada bulan Disember ini. Tahun 2010 juga menyaksikan dua kematian mereka yang bergelar saudara kepada aku. Pada bulan Ogos, Tok Long aku telah meninggalkan kami setelah lama sakit. Kami bergegas pulang ke Johor pada tengahari itu dan setibanya kami, jenazah telah pon disemadikan. Diikuti pada bulan September, Pak Usu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir secara mengejut semasa sedang bertugas di pejabat. Tidak dapat melihat jenazah kerana bedah siasat terpaksa dijalankan. Alhamdulillah.. pada bulan November 2010, kami menerima berita gembira, kelahiran seorang ahli keluarga baru. Anak ketiga kepada kakak aku menambahkan seorang lagi cucu mak dan ayah aku kepada 9 orang.

2010 berlalu pergi. Yang tinggal hanyalah kenangan untuk tidak dilupakan. Semoga tahun 2011 akan lebih baek dari tahun 2010. InsyaAllah. Kita doakan yang terbaek. Amin.


~Salam Sayang~

11 comments:

  1. salam afeez,

    nice coretan. Tak sangka dah tamat rupanya 2010 hari ini dan menjadi satu lagi sejarah kepada kepada kehidupan kita. Besok bermulalah tahun baru.

    Selamat Tahun baru

    ReplyDelete
  2. wsalam AZ : tutup buku 2010, buka buku baru esok... selamat tahun baru

    mamawana : takde org yg semakin muda... hehehe

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum Afeezz

    selamat tahun baru

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. wsalam abg rozali : selamat tahun baru juga..

    ReplyDelete
  5. Salam Afeezz,

    Selamat Tahun Baru.
    Semoga Lebih Cemerlang di Dunia dan di Akhirat.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum afeezz..semoga 2011 ini akan ku terima bukan layangan minda tapi layangan kad dari hang heheheeh ( gurau je tau)

    ReplyDelete
  7. wsalam shima : selamat tahun baru. semoga tahun ni awak juga cemerlang, gemilang dan terbilang.. especially dalam pelajaran...

    wsalam sahrom : hang nak layangan kad aper sahrom? hehehe... dun worry, aku tak lupe kawan2

    ReplyDelete
  8. Ameen3x..Terima kasih atas doa.

    ReplyDelete
  9. Slm Afeez,

    slmt m'nmpuh thn br yg lbh m'cbr lg..

    ReplyDelete