08 December 2010

315 : Setahun Sudah Berlalu



Hari ini 8 Disember 2010, genaplah setahun aku bersama dengan Cik Siti Nur. Dalam masa setahun ini telah jauh Cik Siti Nur berjalan. Mileage Cik Siti Nur sudah menghampiri 21000km. Cik Siti Nur telah pon sampai ke Johor Bharu dan Pulau Pinang. Cik Siti Nur juga telah sampai ke Melaka, Port Dickson dan Bukit Tinggi. Setiap hari aku aku membawa Cik Siti Nur ke pejabat memandangkan jalan yang aku lalui setiap hari tidak jem seperti jalan2 lain di Kuala Lumpur ini. Sehingga kini Cik Siti Nur tidak pernah membawa apa2 masalah kepadaku. Cik Siti Nur telah dua kali terlibat dalam kemalangan kecil, mempunyai calar di bumper kiri depan dan kerosakan di bumper kanan depan yang mana aku belum lagi membawanya untuk diperbaiki. Sepanjang setahun ini jugalah Cik Siti Nur telah 3 kali disaman. 1 saman parking di Pasar Borong Kuala Lumpur dan 2 lagi saman speed trap di Jalan Ipoh dan Taiping. Yang mana ketiga2 saman masih lagi tertunggak (hehehe) akan dilunaskan sementara masih ade diskaun yang diberi.


~Salam Sayang~

14 comments:

  1. Assalamualaikum Afeezz

    bila la agaknya set depan cik siti nur tu nak diduduki .....
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. wsalam abg rozali : bile bukan persoalannya, soalnya siapa?

    ReplyDelete
  3. Wow tahniah... dah setahun yer.. wow jauh juga kete kesayangan ko tu dah menjelajah.

    persoalan siapa yang nk duduk depan tu.. tanya diri sendiri ler.. aiyoo g tanya org lain, macam mana orang lain nk jawap?

    jangan lupe bawak aku round-round nnt

    makaseh

    http://www.dunhillguy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wow ed... tu lah, sejak2 ade kete ni, panjang jer kaki aku pi jenjalan.. hehehe... persoalan tu biarlah rahsia dulu... bawak ko round2 ke stabak bole ker?

    ReplyDelete
  5. bole bole... tgk la kalu ada kesempatan... nk merasa gak naik city, sebab slalu drive civic aje. nk jugak tengok perbezaannya.. siyes ni aku tak penah naik city baru ni..

    ReplyDelete
  6. salam abg..

    tapi cik siti belum lagi abg bwk turun kelantan...

    ReplyDelete
  7. ed : nak naik city ker? tgklah yer, klu ade kemasaan nnt aku bawak ko jalan2... huhu :P

    azie : insyaAllah, akan wat perancangan pi ke Pantai Timur plak nnt

    ReplyDelete
  8. ye ler.. dh setahun, sikit pun x undang aku untuk naik city ko tu...

    jakun ni xpenah naik city lagi ni

    ReplyDelete
  9. Salam Afeezz,

    Terima kasih sbb dah dua kali rasanya merasa naik Cik Siti Nur..nak tunggu sendiri punya lambat lagi huhu..

    ReplyDelete
  10. ed : hahaha.. aku penah undang aper, ko jer yg jual mahal masa tu pasal ko takut aku pow ko macam2 kan... hahahah

    syima : tak pernah naik Big Green Apple lagi....

    ReplyDelete
  11. as salam ziarah..aku dpt rasa sport rim cik siti nur pun dh ok dah hehheheh

    ReplyDelete
  12. wsalam sahrom : yg hang nak pi rasa sport rim tu wat per?? hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam dekk afezz

    Kalau meter cik ct nur dah cecah 21000km..berapalah agaknya meter kaki kita berjalan kat dunia ni aa kan...hihihih..dalam berjalan2 tu blum lagi jumpa si dia tut** kan..hehehe

    ReplyDelete
  14. wsalam kak shami : meter cik siti telah pon mencecah 21k km semalam dan patut diservis. tp nak tunggu gaji dulu baru nak pi servis. jauh perjalanan luas permandangan kak shami, tp masih belum jumpe yang menambat di hati.. hehehe

    ReplyDelete