907 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia 2020 - Pulau Pangkor, Perak (Episod 1)

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti percutian pertama tahun ni. Aku ni bukan selalu dapat peluang dan rezeki untuk bercuti, tetapi kalau sekali sekala dapat peluang, aku akan all-out dan memastikan percutian itu menjadi sesuatu pengalaman indah yang bernilai untuk diingati, walaupon hanya ke tempat yang sesetengah orang kata, 'ada apa kat Pangkor sampai ko nak lepak sana tiga hari? sehari pon dah boring'. Pedulikkan kata-kata orang itu. Aku pergi tak mintak duit ko pon, tapi ko plak yang nak kirim ikan bilis mata biru dengan aku.

Percutian Cuti-Cuti Malaysia kami ke Pulau Pangkor adalah selama dua bulan bermula dari 28 Februari hingga ke 1 Mac 2020. Kami memulakan perjalanan kami dari Cyberjaya tatkala matahari belum lagi terbit diufuk timur. Memandangkan kami ada urusan lain yang perlu diselesaikan pagi itu, kami terpaksa memulakan perjalanan kami sesudah subuh hari itu. Selesai urusan kami, perjalanan kami bersambung lebih kurang pukul 10.00 pagi dari Bandar Baru Selayang.

Kami menggunakan lebuhraya LATAR menuju ke Kuala Selangor dan melalui pekan-pekan seperti Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Stress betul ikut laluan ni sebab sepanjang perjalanan bermula dari susur keluar LATAR ke Kuala Selangor tu hinggalah ke Sabak Bernam, laluan sempit kerana ada projek menaiktaraf jalan. Tak dapat nak speeding ala-ala Fast and Furious. Tanpa kami sedari kami masukki West Coast Expressway. Sejak bila pulak ada highway ni kat situ. Aku pon tak berapa nak perasan.

Selepas lebih kurang tiga jam lebih sikit perjalanan, kami tiba di Pekan Lumut. Kami pakir kenderaan kami di bangunan pakir bertingkat yang disediakan khas untuk mereka yang nak ke Pangkor. Caj bayaran pakir kenderaan adalah sebanyak RM15.00 untuk satu hari. Selepas memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan, kami berjalan kaki menuju ke jeti Lumut. Sesampai sahaja di jeti, kami disambut oleh beberapa orang wanita yang sedang mencari pelanggan di tepi jalan. Jangan risau, mereka mencari pelanggan untuk menaiki bot ke Pulau Pangkor. Wanita itu membantu kami mendapatkan tiket bot berharga RM14.00 round trip. Waktu perjalanan paling awal tatkala itu adalah pada pukul 1.45 petang dan perjalanan pulang adalah terbuka. Disamping itu, wanita itu turut mempromosikan pakej sewa motorsikal kepada kami pada harga RM30.00 satu hari. Kami terus sahaja menyewa motorsikal dari wanita itu memandangkan kami malas untuk mencari di Jeti Pangkor sana dan sewa yang ditawarkan lebih kurang sahaja. Motorsikal akan kami ambil setiba kami di Jeti Pangkor bersama seorang lengzhai bernama Eric. Tidak cukup dengan itu, wanita itu turut mempromosikan pakej island hoping mereka kepada kami pada harga promosi RM150.00 satu bot, di mana bot itu kami yang punya dan terpulang berapa lama kami hendak lepak di pulau itu nanti. Kami juga tidak akan share bot dengan pengunjung yang lain. Kami terus sahaja bersetuju dengan pakej promosi wanita itu walaupon agak mahal.

Jeti Lumut yang berwajah baru. Kali terakhir aku ke Pulau Pangkor
melalui Jeti Lumut ni adalah pada tahun 2012

Bot ke Jeti Pulau Pangkor agak kosong, dek atas itu hanya kami bertiga dan sepasang couple. Bot berlepas mengikut masa dan tiba lebih kurang 30 minit selepas itu di Jeti Pangkor. Keadaan Jeti Pangkor agak tenang, tidak ramai pengunjung, mungkin kerana hari itu hari Jumaat. Kami terpaksa melepasi segerombolan manusia yang sedang mencari pelanggan di pintu keluar jeti itu. Kok ye pon, letaklah lelaki yang hensem-hensem sket utk cari pelanggan menyewa motor atau kereta tu. Ni tidak, bapak ganas muka masing-masing, macam 'kalau ko tak amik moto dengan aku, aku tumbuk ko!!'. Hehehe... jangan wisau, walaupon muka mereka ganas, tetapi hati mereka tetap baik. Tiada paksaan untuk menyewa motor atau kereta, terserahlah. Kalau nak boleh sewa, kalau lebih rela berjalan kaki pusing pulau, sila kan.

Di dek atas bot ke Pangkor petang itu cume ada 
kami dan dua orang lagi

Selamat Datang Ke Pulau Pangkor.
Jeti Pulau Pangkor. Banyak juga yang telah berubah di sini.

Setelah berjumpa dengan Si Eric, kami dibawa ke motor kami. Diserahkan dua bijik motor yang berplat nombor ADX dan KAU. Motornya agak buruk jugaklah. Sahabat mengambil ADX dan aku menggunakan KAU. Hampeh KAU, belum apa-apa dah tak boleh start sebab minyak abis. Disedutnya Eric minyak motor sebelah dan dimasukkan ke dalam tangki KAU. Cukuplah untuk perjalanan ke satu-satunya stesen minyak di Pangkor, Buraqoil. Selepas mengisi minyak sebanyak RM6.00 untuk ADX dan RM5.00 untuk KAU, kami memulakan perjalanan kami melepasi pekan Pangkor, Pantai Pasir Bongak, Pantai Teluk Ketapang dan ke Pantai Teluk Nipah.

Permandangan Pantai Teluk Nipah di petang yang damai iteww 

Untuk penginapan, kami telah menyewa dua buah bilik untuk dua malam di Pangkor Palm Bay Resort. Urusan penginapan, kami telah menggunakan khidmat booking.com untuk mendapatkan dua buah bilik untuk dua malam di hotel tersebut lebih kurang satu minggu sebelum berangkat. Harga untuk satu malam adalah sebanyak RM117.00 dan jumlah kerugian untuk penginapan adalah sebanyak lebih kurang RM550.00. Kami check-in lebih kurang pukul 3.00 petang selepas tersilap masuk ke sebuah hotel yang lain. Boleh pulak terlupa nama hotel. Hotel ini sebuah hotel murah tetapi selesa. Ada juga jenis chalet di bahagian belakang hotel ini dan terdapat juga sebuah kolam renang kecil di belakang bangunan hotel. Bilik menyediakan kemudahan yang asas sahaja, tiada kettle dan iron ye. Malah bilik aku juga tiada remote tv. Tengok je lah satu channel tu sampai ke sudah. Dah tanya juga kat bahagian reception tu, dibawanya tiga empat remote lain, tetapi semuanya tidak berfungsi. Akhirnya aku pasrah sahaja layang drama-drama swasta di TV3 suku yang aku tak minat tuh.

Di hadapan hotel penginapan,
Pangkor Palm Bay Resort

Lebih kurang pukul 4.00 lebih, kami keluar. Perut sudah terasa lapar kerana belum lagi lunch untuk hari itu. Kami mampir di Restoren Mujien (Thai Food Project). Menu tengahari kami hari itu biasa sahaja, set nasi putih bersama tomyam ayam, ayam goreng kunyit, telur dadar, kailan ikan masin dan teh O ais. Alhamdulillah, sedap juga masakan kat situ, kene  dengan tekak kami. Harga pon berpatutan, tp harga standard KL. Selesai bersantapan, kami menuju ke Pekan Pangkor untuk mencari mesin ATM. Jumlah RM di dalam poket telah berkurangan nampaknya, perlu diisi semula, untuk aktiviti shopping di kemudian hari.

Menu makan tengahari kami di Restoren Mujien.

Kat sinilah adalah tiga buah bank dan ATM. Kat sini gak banyak kedai-kedai 
menjual produk hasil laut dan juga cenderahati. Boleh lah singgah sini ye.

Selepas itu kami menuju ke destinasi kami yang pertama hari itu, Kota Belanda. Walaupon tersalah jalan pada permulaannya, kami berjaya juga sampai ke Kota Belanda, salah satu kawasan wisata yang wajib lawat jika anda ke Pulau Pangkor. Menurut sejarahnya, Kota Belanda ini dibina oleh orang-orang Belanda pada zaman dahulu, itu sebablah nama dia Kota Belanda. Kalau ia dibina oleh orang-orang Portugis pada zaman dahulu, sudah tentu namanya adalah Kota Portugis.


Permandangan di Kota Belanda. Tidak ramai pengunjung pada
waktu itu. Kedai-kedai pon semua dah tutup. 

Selepas beberapa ketika, kami meneruskan perjalanan kami ke Batu Bersurat yang tertak tidak jauh dari Kota Belanda. Satu lagi kawasan wisata wajib lawat jika anda datang ke Pulau Pangkor ini. Batu Bersurat ini adalah seketul batu besar yang terdapat tulisan-tulisan yang tidak difahami, angka-angka dan gambar seekor harimau di atasnya. Tidak diketahui apakah mesej yang cuba disampaikan oleh batu itu. Pada aku nampak macam vandalism jer daripada nampak macam surat. Mungkin ia dilakukan oleh orang-orang Belanda yang sedang membina Kota Belanda itu untuk berhibur. 


 Batu Bersurat Pulau Pangkor (koleksi gambar lama) 

Perjalanan kami petang itu diteruskan melalui jalan-jalan kecik di kawasan kampung itu sehingga kami sampai di kawasan Teluk Gadung. Di sana terdapat sebuat masjid terapung yang agak popular di kalangan pelancong-pelancong melayu tempatan kita. Kami lepak di sebuah kedai makan yang aku lihat agak popular dikalangan penduduk tempatan di situ. Kami hanya duduk dan minuh teh sahaja, nak order goreng-goreng pon masih belum dibuka kata tuan punya kedai. Nasi lemak saja yang ada pada ketika itu. Takpelah, kami minum dulu. 

Kawasan ni namanya Teluk Baharu. 
Masjid belakang tu adalah masjid terapung

Pintu gerbang masuk ke masjid

Nama masjid ini seperti yang diperolehi dari Google adalah
Masjid Al-Badr Seribu Selawat

Ketika petang beransur gelap, kami putuskan untuk beli nasi lemak sahaja dan makan di hotel penginapan. Lain macam pulak nasi lemak di sini, setnya datang bersama gulai ikan kembung (tapi orang tempatan sebut ikan ape ntah, aku pon tak penah dengar) atau gulai ikan gelama. Macam sedap jer ikan gelama tu, makanya aku amik set nasi lemak bersama gulai ikan gelama dan kawan aku sorang lagi tu order mee hailam dan seorang lagi tu tak ingat plak beliau order mee ape. Harga makanan kat sini adalah berpatutan, harga standard KL. 

Lepak kedai makan sambil menikmati permandangan petang

ADX dan KAU

Kami beransur pulang melalui jalan-jalan kampung di situ yang agak sempit. Jalan menuju ke hotel kediaman juga agak gelap, terpaksa lebih berhati-hati kerana kami tak mahir selok belok jalan di situ. Kalau tak berhati-hati, boleh sahaja terbabas ke jurang tepi jalan yang  merbahaya itu.

Mengikut perancangannya, kami nak keluar semula dan jalan-jalan di Pantai Teluk Nipah malam itu. Tetapi memandangkan masing-masing dah penat dan tak larat nak berjalan, kami batalkan sahaja perancangan itu. Kami hanya makan apa yang kami beli tadi. Sedap nasi lemak gulai ikan gelama tu, boleh aku recommend pada mereka yang nak ke Pangkor. Patut la ramai orang tempatan kat kedai tu. Mee dia pon sedap...



You Might Also Like

4 comments

  1. dah lama plan nak gi Pangkor tp x sempat2...cuma mampu gi Lumut dan Teluk Batik je pd 1996.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pangkor ngan lumut tu dah x jauh abam. Naek feri dlm setengah jam je. Klu dah smpi lumut tu singgah2 la pangkor sekali

      Delete
  2. Mrs. A dah pernah pergi Pangkor tapi masa single dululah kira dah 2 dekad gitewww... Ada lagi ke van pink sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... 2 dekad tu dah lama gile, kene pi balik tu Mrs. A. Teksi pink tu ade lagi, still aktif...

      Delete