1031 : Catatan Perjalanan - Krabi, Thailand (Episod Akhir) : Nasi Khao Mok, Sedap ke Idok?
... episod sebelumnya (Episod 3)
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Krabi, Thailand. Tiada apa-apa perancangan untuk hari ini sekadar berehat dan melakukan aktiviti masing-masing. Penerbangan pulang kami adalah pada pukul 2.30 petang waktu tempatan.
Pagi ini sengaja kami tidak bersarapan di hotel kediaman seperti sebelum-sebelumnya. Aku dan seorang sahabat telah plan untuk makan nasi Komok atau nasi Khao Mok yang agak popular di selatan Siam ini. Pada tahun 2016 semasa pertama kali ke Krabi, aku pernah merasa nasi ini. Semasa itu kami sampai agak kelewatan dan nasi ini hanya tinggal sepinggan sahaja, terpaksalah berkongsi ramai-ramai. Dapat la jugak aku merasa sesuap dan pada masa itu tersangatlah sedap bagi aku. Sebab itulah trip kali ini aku mencari semula kedai yang menjual Nasi Komok ni. Sahabat memberitahu kedainya dekat sahaja tetapi aku bole pulak tak percaya... hahaha..
Jemput tengok semua
Ku sangkakan berdua, tetapi dua orang sahabat lain hendak join juga kami ke kedai Nasi Komok itu. Berjalan kaki lah kami berempat (seorang lagi masih tidur) ke kedai yang tidak jauh dari hotel kediaman kami. Nama kedai yang kami tuju itu adalah Kadai Ja'dam Nasi Kerabu. Disamping Nasi Komok atau Nasi Beriyani Thai ada juga menjual Nasi Kerabu dan beberapa jenis makanan dan kuih-muih lain di kedai tersebut. Pelanggan ramai dan agak sesak di dalam kedai itu dan nasib kami baik kami mendapat meja untuk berempat. Majoriti pelanggan pada pagi itu pada pandangan aku adalah orang Malaysia. Kami masing-masing mengambil Nasi Komok sorang sepinggan dan beberapa ketul ayam goreng yang baru saja digoreng dan minuman.
Selesai makan, aku dan seorang sahabat bercadang untuk ke pekan Ao Nang. Masih ada lagi barang yang perlu dicari disamping untuk menghabiskan wang Baht Thai yang masih berbaki.Selesai urusan kami di Ao Nang, kami mengambil Tuk-Tuk dan kembali ke hotel kediaman. Harga Tuk-Tuk di sini rata-rata adalah sebanyak THB50 seorang sekali naik. Agak mahal jugak la walaupon perjalanan tidak la jauh mana. Mungkin caj yang dikenakan kepada pelancong. Orang tempatan nampaknya menggunakan van kecik sebagai pengangkutan harian. Tak tahu pula berapa caj sekali naik dan tak tahu juga macam mana nak naik van itu.
Van yang akan membawa kami ke lapangan terbang tiba seperti yang dijanjikan. Dalam pukul 11.30 pagi kami bertolah ke Lapangan Terbang Krabi yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan bergantung pada keadaan jalan. Urusan check-in dan urusan-urusan lain di lapangan terbang dipermudahkan.
Alhamdulillah kami selamat tiba di tanah air tercinta.
... Tamat
7 comments
Nampak sedap nasi komok tu. Apa2 nasi berwarna yang guna beras basmathi biasanya sedap.
ReplyDeletesedap saya suke, makan pulak masa tu dengan ayam goreng yang panas2...
DeleteUncle pun ada cover pasport cam tu... tapi badge smiley
ReplyDeletekat sana berlambak kan, sampai tak tau nak pilih yg mane...
DeleteNasi Khao Mok pernah viral dulu. Tapi tak pernah rasa lagi. Seronoknya ada banyak jenis ulam-ulaman. Kena dengan sambal, berselera makan. Begitulah kan kalau jadi orang asing, cajnya berbeza. Nak buat camne, bayar je lah kan. Cantiklah cover passport tu. Dah sampai situ, rugilah kalau tak beli satu. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik. Lain kali bercuti lagi.
ReplyDeletetak pernah try nasi khao mok buatan malaysia lagi, masalahnya tak jumpe. kalau ade nak gak try. Ulam2 tu saya tak makan, tgk jer.. hahaha
Deleteharga2 berbeza2 tu rasanya tak semua kedai, sebahagian jer. mostly tmpt yg saya singgah ok jer harga dia, walaupon kalau convert RM kirre mahal gak la
Nasi Khao Mok sedap juga, pernah rasa sewaktu ke Thailand beberapa tahun lepas.
ReplyDeletePernah beli Nasi Khao Mok di LD tapi tak samalah rasa dengan nasi di tempat asal. Bolehlah untuk lepaskan kepingin.