1030 : Surprise Birthday Party

Birthday aku dah lama berlalu. Tahun ni gara-gara telah terbongkar tarikh lahir aku, maka mereka secara senyap-senyap telah surprise aku dengan birthday cake.

Selalunya takde yang istimewa pon bila tiba tarikh birthday aku tu. Hari berlalu seperti hari-hari biasa sahaja. Tiada sambutan, tiada hadiah apatah lagi orang nak buat surprise birthday party.

On that date, bersamaan dengan hari Selasa, aku bekerja seperti biasa. Cuma dapat ucapan selamat hari lahir dari keluarga dan beberapa orang sahabat yang tahu tarikh lahir aku. Cume beberapa orang saja yang tahu, sebab aku tak on birthday reminder kat FB aku. So pada tarikh tu, FB pon tak ucap happy birthday pada aku. Sedey kan...

Hari istimewa itu berlalu begitu sahaja, malam pon aku tidor awal. Keesokan harinya aku kembali bertugas di pejabat seperti biasa. Tiba-tiba boss message aku melalui Whatsapp minta nombor kad pengenalan aku untuk daftarkan nama aku di dalam satu sistem baru yang akan digunakan. Aku pon bagi tanpa banyak bicara.

Menjelang tengahari, masa aku sedang tersengguk-sengguk mengantuk di meja, tiba-tiba....

Birthday cake dengan lilin nan sebatang. 
Kek tak cukup besar nak letak lilin ikut jumlah 
umur aku sekarang

Satu opis keluar dari tempat persembunyian mereka, membawa kek dengan lilin sebatang sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir. Aku yang agak terkejut masa tu tetapi tetap buat-buat cool seperti tidak faham apa yang sedang berlaku. Sambutan ringkas tengahari itu diraikan dengan makan-makan kek sahaja.

Terima kasih kepada bos dan semua yang sudi buat sambutan ringkas untuk aku hari tu.

Untuk hari lahir aku tahun ni, seperti tahun-tahun sebelumnye, memang takde siapa yang sudi bagi hadiah (hahaha... kesian tak). Cuma satu hadiah yang diterima dari sahabat baik aku dunia akhirat, dan juga sambutan ringkas oleh keluarga aku.

Sambutan ringkas bersama keluarga tersayang. Dapatkan juga pow bang dan adik untuk menu minum petang hari itu. 

Tiramisu Cake

Classic Marble Cake

Chocolate Cake

You Might Also Like

14 comments

  1. Wah, surprise party “kecil tapi power” ni memang sweet habis! Kek lilin sebatang tu memang simbolik cukup tanda umur, tak payah korban lilin banyak-banyak, takut jadi kebakaran kecil pula. Boss dan geng opis buat kejutan macam ni dah kira berjaya buat hati meleleh sikit walaupun tanpa hadiah mewah. Tahun depan boleh request kek lebih besar sikit, siapa tahu! 😄🎂✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time dapat surprise birthday party, terharu jugak lah rasa. InsyaAllah, tahun depan nak request cake yg lebih best dengan hadiah sekali.. harap2 dapat la... hahaha

      Delete
  2. Tahniahnyer dapat suprise cake bd
    Hbb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... terima kasih, tahun depan nak lagi

      Delete
  3. tu dia cake sedap sedap.....Salam kenal dari New Follower...jemput singgah di teratak yang tidak seberapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cake mmg semua sedap, rasanya takde cake yg tak sedap. terima kasih kerana sudi follow blog ku yg hidup segan mati pon segan ni

      Delete
  4. Happy belated birthday Afeezz.
    Semoga sentiasa sihat, dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  5. Ini tanda kamu dikelilingi dengan orang yang sayang kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, masih ramai yang sayang rupanye

      Delete
  6. Dalam diam mereka buat kerja ye. Meriah sambutan birthday dengan pelbagai jenis kek. Jangan bersedih lagi. Pasti ada yang meraikan. Belated Happy birthday. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan, mendapat ilmu yang bermanfaat, dikurniakan kesihatan yang baik, dipertemukan dengan jodoh yang membahagiakan dan dipermudah segala urusan. Aamiin...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    yang penting tanda penghargaan tu...
    salam kenal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Adnil, sudi singgah sini.. salam perkenalan

      Delete