923 : Jalan-Jalan KLCC

Sebagai seorang anak jati Kuala Lumpur yang dibesarkan di bawah gemerlapan cahaya neon kota raya, KLCC bukanlah satu tempat kegemaran aku untuk melepak-lepak, bukan di usia sekarang mahupon di usia muda remaja aku dulu. Suka aku katakan, tiada apa yang menarik perhatian aku untuk ke KLCC. Zaman-zaman muda belia dulu, aku lebih suka lepak area Jalan Tuanku Abdul Rahman, lepak di Kompleks Pertama sebetulnya. Kat sana ada sebuah pusat hiburan yang sering menjadi kunjungan aku bersama sahabat baik ketika itu. Masuk 20 sen, dah boleh main games. Kalau tukar duit seringgit, dapat main lima kali. Puas la jugak hati, kalau masih tak puas, tukar lagi seringgit, masih lagi berbaloi. Kalau terer bole la main lama sket, kalau kau ni jenis geng belasahan macam aku, main sekejap dan mati. Nasib baek tak pernah kantoi, pasal usia masa tu belum lagi 18 tahun. Kat Kompleks Kotaraya best jugak pusat hiburan dia. Selalu gak lepak sana. Lagi satu area yang aku suke lepak adalah area Bukit Bintang, masa tu belum ada lagi Pavillion.

Sekarang, semuanya dah berubah. Dah lama tak masuk Pertama Complex, dah lama tak jalan-jalan Kotaraya dan Bukit Bintang. Pusat-pusat hiburan seumpama dahulu pon dah tiada, kalau ada pon, suasananya tak seperti dahulu. Nak maen satu games pon bayarannya agak mahal. Dulu, masuk 20 sen dah dapat lumba Daytona, sekarang kalau tak silap, RM1 sekali main. 

Berbalik pada cerita KLCC tadi, pada 1 Augustus lepas, seorang sahabat ajak aku ke KLCC. Memandangkan aku banyak masa yang terluang hari itu, aku pon on saja. Seperti biasa, orang sangat ramai di sekitar KLCC itu. Tak tahu apa yang dicari oleh mereka itu. Nak masuk, kene scan dan kene check suhu tapi penjarakkan sosial tidak dijaga. Pasangan dengan anak-anak kecil pon ramai. Terpikir gak di benak ni, tak takut ke kalau kene wabak? Orang asing pon ramai, terutamanya orang Indon dan Bangla.

Tak lama kami di KLCC, sekadar pusing-pusing KLCC, amik-amik gambar dan menapak ke Saloma Bridge. Kat Saloma Bridge ni pon punyalah ramai manusia. Aku tengok, takde menariknya Saloma Bridge tu. Ahaks.. Lepas tu kiteorang makan dan pulang ke rumah masing-masing.

Layan je lah gambar-gambar di KLCC ni.

Menara Berkembar Petronas menjadi menara tertinggi di dunia
 pada tahun 1998 sehingga tahun 2004

Menara Berkembar Petronas telah direka oleh arkitek Argentina-American
 bernama César Pelli.

Ketinggian keseluruhan Menara Berkembar Petronas 
adalah 451.9meter (1483 kaki) dari aras bawah.

Jambatan Langit, Menara Berkembar Petronas (Sky-Bridge) terletak pada tingkat 41 dan 42 
dan sepanjang 58.4 meter (192 kaki). Ianya mempunyai berat sebanyak 750 tan.

Bayaran masuk ke Menara Berkembar Petronas adalah percuma, tetapi ianya terhad kepada 
beberapa jumlah tiket ditetapkan pada setiap hari (YE KE???)

Taman KLCC

Menara Public Bank dan Menara AmBank

Menara Public Bank

Menara Public Bank berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas

Saloma Bridge pada waktu malam. Boleh berubah-ubah warna

Saloma Bridge

Pengunjung yang ramai pada malam itu


You Might Also Like

8 comments

  1. dah lama x ke KLCC. Last pi masa CNY 2019. Sedangkan di situlah abe kie selalu dating dgn awek masa study di UM dolu2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW!! awek UM ke tu? Hehehe

      Delete
    2. of course! Budak Akademi Islam lagi..tp x de jodoh dgn dia.

      Delete
    3. hahaha... saya dah lama kat sini pon tak dapat awek UM..

      Delete
    4. x berani mengorat ke? cubalah. mana tahu terdapat gf UM.

      Delete
    5. Dah tua lah abe kie klu nak ngorat student... ngorat staf ok kot

      Delete
  2. Those were the days time Mrs.A bergelar warga kota memang suka lepak KLCC terutamanya nonton wayang dan pergi kat food court tak silap kat KLCC ada 2 food court. Orang yang berdekatan memang tak heran macam Afeez ler... orang jauh mcm Mrs. A ni suka je hehehheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh... betul tu, org dekat mmg tak heran dah. Tu yg saya pon x suke lepak2 area klcc tu

      Delete