906 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 19) - Chocolate Chips Butter Cake
Tiba-tiba terjumpa resepi kek senang di IG, terus saved dan berazam untuk membuatnya. Makanya, pada 9 Februari yang lepas aku memulakan projek Chocolate Chips Butter Cake. Bahan-bahan yang tiada dalam stok aku dan siap beli di AEON Shah Alam, butter, telur, chocolate chips dan chocolate rice. Dah terlanjur ke Shah Alam, beli terus lah.
Cara-caranya standard buat kek sahaja. Pukulkan sahaja semua bahan-bahannya. Bila dah sebati, masukkan sahaja chocolate chips dan chocolate rice mengikut jumlah yang disukai. Masukkan dalam loyang dan bakar di dalam oven. Oleh kerana kebanyakkan kek yang aku buat selalu rentung di atasnya, aku kurangkan suhu oven kepada 160 darjah dan dibakar selama 1 jam. Tetapi, ia tidak membantu, kek aku masih juga rentung di atasnya dan aku terpaksa tambah 20 minit lagi waktu memasaknya kerana kek masih tidak masak pada 1 jam pertama itu (ahaks...).
Antara tips yang aku dapat supaya bahagian atas kek tidak rentung adalah setelah bahagian atas kek menguning, tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil dan sambung bakar sehingga masak. Tips ni aku tak pernah guna lagi, tapi bukan ke kalau kek tu sedang naik dan tiba-tiba kita keluarkan dari oven, kek tu akan turun? Ermmm... tak berani nak amik risiko itu. Lagi satu tips, letakkan loyang itu ke rak yang paling bawah sekali. Yang ni pon aku tak cube lagi, tapi tips yang ni nampaknya boleh dicuba dan kurang risiko kek tak menjadi.
Setelah masak dan direhatkan sebentar, inilah hasilnya.
Nampak hitam sangatkan atasnye tu. Cepat-cepat aku keluarkan dari loyang,
takut menggerutu atasnya tu
Setelah dipotong, keknya gebus dan rasanya sedap.
Tetapi bahagian bawahnya macam lembab sikit, bila dirasa
kek tu masak sepenuhnya
Jemput tengok semua, nyam-nyam
Alhamdulillah, menjadi Chocolate Chips Butter Cake aku ni. Walaupon agak manis pada tekak aku. Bahagian atasnya tu agak keras dan rangup menandakan dah hampir rentung la tu.
Esoknya aku bawa sebahagian ke opis untuk jamu kawan-kawan di opis. Ada yang tak percaya aku yang buat kek tu. Katanya aku beli. Hehehe...Habis jugak kek yang aku bawak tu, sedap kata mereka. Bila aku rasa semula kek tu, boleh diterima pulak tahap kemanisannya, tak semanis semalam. Ermmm... konfius aku.
Sebahagian lagi aku beri kepada kakak aku. Belum aku sampai ke rumah selepas pulang dari pejabat petang itu, si kakak tu whatsapp aku, 'wey... kek ko sedap, anak aku siap nak abiskan tapi aku tak bagi, sebab adik-adik dia belum balik sekolah lagi'... hahahaha... Esoknya, dia whatsapp lagi, 'dek.. kalau ko buat ape-ape lagi, semua bagi akak tau'... Hahaha.... baiklah hakak, kalau aku rajin la...
4 comments
abe kie nak tempah la kek dgn affeez..pasti sedap kan?
ReplyDeletesaya tak amik tempahan abe kie, ni wat makan-makan sendiri jer
DeleteHuwaaa... sedapnya nampak almaklumlah tengah ganti puasa ha huhuhuhuu...
ReplyDeletehahaha... selamat berpuasa Mrs. A
Delete