780 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Road Trip ke Krabi ni bukan perancangan aku. Aku hanya menjadi follower sahaja. Memandangkan aku tak pernah lagi sampai Krabi, aku pon setuju nak join road trip ni. Dan yang membuatkan aku lebih teruja adalah, aku akan memandu kereta sendiri ke sana. Satu pengalaman baru. Sebelum-sebelum ni aku hanya buat road trip dalam negara jer.


11 Mac 2016 (Jumaat)

Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami memulakan perjalanan. Cuma kami berempat di dalam kereta, dan sebuah lagi kereta akan bertolak malam nanti. Plan untuk hari ni, kami memandu dari KL ke Sungai Petani dan bermalam di rumah saudara di Sungai Petani.

Perjalanan pagi itu santai sahaja melalui Lebuhraya LATAR dan kemudiannya memasuki PLUS. Kami berhenti sekejap di RnR Rawang untuk sarapan pagi since aku belum bersarapan lagi pagi itu. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami meneruskan perjalanan semula.  

Kami merancang untuk berhenti makan nasi bambo untuk makan tengahari itu. Banyak kali dengar dan nampak orang cerita pasal nasi bambo ni, makanya dah terlanjur ke sini, kami pon nak try. Masa lepak sarapan pagi tadi di RnR Rawang, sempat gak menggoogle tempat nasi bambo ni. Ada banyak gak tempat nasi bambo ni sebenarnya, tak tau lah, yang mana yang sedap. Lastly, kami memilih untuk ke Nasi Bambo Sg. Klah kat Sungkai. Memandangkan kami berempat ni ada good sense of direction, kami memang jarang menggunakan waze. 

Daripada hasil pembacaan dari blog, kami keluar di susur keluar Sungkai dan membelok ke kiri selepas tol tu. Dan lebih kurang 1 kilometer kami perlu belok ke kiri lagi dan dalam 250 meter akan sampai lah kat kedai itu. Malangnya kami tersasar sedikit sebab dari sumber bacaan, kami perlu belok ke kiri di trafik light, tapi trafik light yang ada jika membelok ke kiri adalah sekolah. Camno tu? Kami memeruskan perjalanan tapi tak jumpe pon trafik light lain (awas! ade AES di sini). Rasa macam dan tersasar jauh kami berpatah balik dan cube masuk di simpang ke kiri yang mula-mula tadi. Akhirnya sampai juga tempat yang dituju. 

Tapi kedai tu tutup plak. Alahai, datang jauh-jauh tutup plak. Bila baca banner depan kedai tu, rupa-rupanya dia dah pindah ke lokasi lain. Katanya 100m sahaja dari tol. Ermm... tapi masa lalu tadi macam tak nampak jer. Kami berpatah balik dengan perasaan kecewa. Kemudian kami decided nak cuba tengok plak belok ke kanan lepas tol tu. Lepas lebih kurang 100m, tersegamlah kedai tu dengan signboard yang sebesar alam tu. Kalau tak nampak memang butalah mata tu. Punya lah teruja nyaris aku termasuk dalam longkang semasa membelok kereta masuk ke tempat pakir kedai tu. Huhu...

Masa kami sampai tu memang time makan tengahari, maka agak ramai lah tetamu masa tu, tapi tak sesak. Kami memilih untuk makan nasi bambo, ayam goreng kampung dan ayam kampung bunian beserta sayur pucuk manis masak lemak dan kerang rebus. Nasi tu plak datang dengan kari, sambal, telur masin dan ulam-ulam. Semua sekali RM42.50 termasuk air sirap. Ada banyak lagi lauk yang boleh dipilih termasuk lah kambing golek dan ikan bakar. Nasi dia bagi aku biase jer rasanya macam nasi-nasi yang lain, lauk yang kami amik plak agak sedap jugak. Ape-ape pon puas hati jugak lah makan kat situ. Kenyang perut, suka hati, kami meneruskan perjalanan kami.

Kepada yang baru dengar,  ini lah dia nasi bambo

Nasi yang telah dikeluarkan dari bambo nye, sedia untuk di makan

Ayam kampung bunian

Untuk ke rumah saudara kami di Sungai Petani tu, kami perlu masuk ke susur keluar Sungai Petani (U), tapi kami perlu untuk ke RnR Gurun terlebih dahulu untuk mendapatkan insuran kenderaan Thailand memandangkan kami akan membawa kenderaan sendiri ke sana. Tak tau lah samada bende ni wajib atau tidak, tapi lebih baik amik sahaja. Cuma RM17 bagi tempoh 1 minggu. Insuran ni boleh di dapati di Stesen Minyak Caltex di RnR Gurun. Kat sempadan pon ada, tapi terpulang lah nak amik di mana.

Setelah selesai urusan di sana, kami berpatah balik ke Sungai Petani untuk bermalam di rumah saudara.


... bersambung

You Might Also Like

1 comments

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete