782 : Catatan Perjalanan - Road Trip To Krabi 2016 (Episod 3) : Time To Get Tanned at Hong Island
... sambunganya
13 Mac 2016 (Ahad)
Hari kedua kami di Ao Nang, Krabi. Aktiviti utama untuk hari ini adalah snorkeling dan lain-lain aktiviti air di Hong Island. Kami memilih untuk mengambil pakej snorkeling di tempat penginapan sahaja. Pakej yang ditawarkan oleh syarikat Krabi Kingdom Travel & Tour pada harga THB500 seorang. Kami memilih untuk pergi ke Hong Island sahaja walaupon banyak lagi pulau-pulau yang boleh dilawati di sekitar Laut Andaman itu. Untuk tidak membuang banyak masa bergerak dari satu pulau ke pulau lain, kami memilih untuk meluangkan masa seharian di Hong Island. Untuk pakej ini sahaja kami akan pergi ke 4 buah tempat.
Kami berkumpul lebih kurang pukul 7.00 pagi waktu tempatan dan pergi bersarapan di sebuah kedai makan halal tidak jauh dari tempat penginapan kami. Menu pagi kami adalah bihun goreng yang dihidangkan bersama sedulang ulam-ulaman dan teh ais. Walaupon bihun goreng dia nampak bihun goreng bodoh jer, tapi sedap bagi aku. Ditaburkan sedikit chilli flakes, jadi lagi sedap. Ulam-ulam tu aku tak makan lah. Selesai makan, kami kembali semula ke tempat penginapan kerana van Krabi Kingdom akan datang membawa kami ke tempat jeti bot.
Menu sarapan pagi, bihun goreng bodoh tapi sedap dan ulam-ulaman
Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami sudah berkumpul di jeti dan menunggu ahli-ahli kumpulan yang lain. Sedikit taklimat diberikan oleh petugas dan kami telah dibahagikan kepada 2 buah kumpulan untuk menaiki 2 buah bot. Bot aku dinaiki lebih kurang 19 orang yang semuanya rakyat Malaysia. Bot bergerak meninggalkan jeti itu lebih kurang pukul 9.30 pagi.
Permandangan di jeti bot pada pagi itu
Hentian pertama kami adalah Koh Daeng atau Red Island. Red Island adalah sebuah pulau batu yang tidak berpenghuni. Bot hanya berhenti di laut dan pengunjung boleh terjun dan menikmati permandangan batu karang bawah laut. Arus di sini agak kuat dan batu-batu di pinggir pantai pulau itu agak tajam. Kami dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan berbatu itu. Walau bagaimanapun ada jugak pengunjung yang hanyut di bawa arus ke batu tersebut. Aku tidak mahu melepaskan peluang untuk terjun ke dalam laut. Malangnya bila aku berada di dalam air, aku menjadi panik. Tak tau lah kenapa, hilang semua skill-skill berenang dan menyelam aku. Melihat keadaan aku, petugas bot melempar tali keselamatan kepada aku dan aku terus naik semula ke bot. Kami meluangkan masa lebih kurang 1 jam di sini.
Kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya, Koh Lading atau Paradise Island. Aktiviti utama di sini adalah mandi laut dan sun bathing (ade jer aktiviti lain selain tu). Kami diberi masa selama 2 jam di sini. Bayaran THB300 dikenakan upon arrival sebagai bayaran National Park (entrance fee). Kami menghabiskan waktu berenang dan bermain-main dengan ikan yang banyak di kawasan ini. Lebih kurang pukul 1.00 petang, makan tengahari dihidangkan secara bufet. Menu makan tengahari yang disediakan adalah nasi putih, ayam goreng, ayam masak ape ntah (banyak bawang) dan sayur goreng beserta buah tembikai dan nenas.
Permandangan di Koh Lading atau Paradise Island
Lebih kurang pukul 2.30 petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Hong Lagoon. Hong Lagoon adalah satu kawasan yang agak tersorok dan dikelilingi oleh hutan. Air di sini lebih tenang, tapi aku tak turun pon, takut panik aku menyerang kembali. Makanya aku tengok jer lah kawan-kawan lain berenang-renang dengan jeles nyer.
Permandangan di Hong Lagoon
Lebih kurang setengah jam kemudian, kami ke destinasi terakhir iaitu Hong Island Beach. Di sini kami sambung main air dan bermain-main dengan ikan sampai kecut. Apa-apa pon pantai di sini memang jernih airnya sampai bole nampak ikan-ikan di dalam nya. Pantainya pon bersih. Lebih kurang pukul 4.00 petang kami mula bergerak pulang.
Gembiranya kami...
Lebih kurang pukul 6.00 petang kami keluar semula. Kami ke sebuah kedai makanan halal untuk makan malam. Malam itu kami makan nasi putih berlaukkan tom yam ayam, telur dadar, kangkung goreng dan kerabu mangga. Biasa-biasa jer makanan malam itu, tak la tak sedap, yang penting perut kenyang. Selesai makan, kami menuju pula ke Ao Nang Walking Street untuk shopping. Ao Nang Walking Street adalah tempat membeli belah. Terdapat banyak kedai di sini menjual pelbagai jenis barangan. Kalau nak tempah blazer satu suit pon boleh di sini. Memandangkan duit yang ada semakin berkurangan, aku cume membeli sedikit soviner untuk diri sendiri sahaja. Ada sahabat yang buat urutan kaki, katanya THB200 untuk 1 jam. Aku tak buat, pasal kaki buruk, malu nak bagi orang urut.. hahaha.
Permandangan senja di Ao Nang
... bersambung
0 comments