773 : Letih Berterusan (Episod Pertama)

Hujung minggu ini banyak betul perkara yang aku lakukan. Letih rasa badan, nasib baik hari ni (Isnin) cuti sempena perayaan Thaipusan semalam. Dapatlah merehatkan badan yang keletihan. 

Sabtu, 23 Januari 2016

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari aku keluar rumah nak menuju ke rumah kawan aku di Balakong. Sebelum itu aku singgah di Bandar Baru Selayang, amik adik kawan aku tu. Memandangkan esok perayaan Thaipusam, Jalan Ipoh - Jalan Kuching sure akan jem giler pasal penganut-penganut agama Hindu dah mula berbondong-bondong ke Batu Caves. Kami orang-orang yang tinggal di kawasan ni dan sedia maklum dengan perkara ni, makanya tak guna mengeluh. Aku mencari jalan alternatif untuk ke Balakong yang membawa aku ke Lebuhraya LATAR yang akhirnya keluar ke Jalan Duta. Perjalanan yang panjang dan membuang minyak kereta kalau diikutkan. Tapi... what to do kan. Daripada aku terperangkap dalam jem.

Aku sampai juga di rumah kawan aku tu lebih kurang 1.00 lebih. Lepas berehat sekejap kami keluar semula menuju ke D'Pulze, Cyberjaya pulak. Tujuannya nak amik racekit untuk larian kami esok, Twincity Marathon. Tak ramai orang masa kami sampai tu. Yang tak best nyer, ade ke patut diaorang cakap t-shirt saiz XL dah habis, diberinya aku saiz L. Takut ketat plak nanti, aku mintak saiz XXL jer. Bila dapat racekit aku, aku terdengarlah diaorang cakap t-shirt saiz XXL pon dah habis. Ermmm... Camne lah organizer ni, bukan ke peserta dah register awal, takkan print t-shirt kurang daripada yang sepatutnya. Member aku yang sorang lagi dapat saiz M, sedangkan dia pakai XL. Lagi satu kecuaian pihak pengajur, ade ke patut dia bagi baucer Brooks yang expired date dia 31 Julai 2015. Bila ditanya, dia cakap diaorang tersalah print. WTF kan. Kalau mcm tu baek tak payah bagi. Then... pin nak pinkan bib number pon tak bagi. Daripada kami berenam, aku sorang je yg dapat. Lepas semua kontroversi tersebut, kami singgah makan dulu since tak lunch lagi.

Lepas lunch kami menuju pulak ke Puchong. Memandangkan aku terlupa bawak running shoe aku, aku terpaksa minta adik aku bawakkan kasut aku tu ke rumah kakak aku di Puchong. Sampai-sampai rumah kakak aku tu, adik aku tak sampai lagi. Sib baek tunggu tak lama, lebih kurang 5 minit kemudian, dia sampai.

Kami tak lepak lama, dapat jer kasut tu kami terus gerak balik ke Balakong pasal aku ade dinner plak malam tu. Sampai rumah kawan aku tu, aku terus bersiap untuk pergi dinner kat Hotel Bangi Putrajaya. Dalam pukul 6.30 aku terus gerak. Memandangkan aku tak tau hotel tu kat mane, aku pon untuk petama kalinya menggunakan aplikasi Waze. Malangnya aplikasi tu tak berfungsi dengan betul, mungkin aku yang tak reti guna, hahaha. Aku pon maen redah jer mengikut arah yang diberitahu oleh kawan aku. Sib baek aku familiar jugak kawasan Bandar Baru Bangi tu. Akhirnya aku tiba di Hotel Bangi Putrajaya tu tanpa kesesatan.

Shukugakai Dinner 2016 di Hotel Bangi Putrajaya

Dinner yang aku hadiri ni adalah Shukugakai Dinner 2016 untuk meraikan pelajar-pelajar Program Rancangan Persediaan Khas Jepun yang akan fly ke Jepun tak lama lagi. First time aku menghadiri dinner seumpamanya. Dinner start lebih kurang pukul 8.00 malam dengan kehadiran VIP dan nyanyian lagu Negaraku dan lagu UM. Kemudian ada persembahan pembukaan, pertunjukan silat yang tidak kurang hebatnya. Seperti mana dinner-dinner yang aku hadiri sebelum ni, menu malam itu adalah Chinese. Asik-asik chinese.. agak membosankan. Memandangkan free, aku enjoy jugaklah makanan yang dihidangkan. 

Dinner malam tu diselang-selikan dengan persembahan dan cabutan bertuah. Dan buat julung-julung kalinya, nama aku naik untuk dapat cabutan bertuah. Hehehe.. best.. best walaupon hadiah dia tak seberapa.

Hadiah Cabutan Bertuah yang aku dapat.

Dinner tu tamat lebih kurang pukul 11.00 malam dan aku terus jer balik. Sampai di rumah kawan aku lebih kurang pukul 11.30 lebih. 


... bersambung

You Might Also Like

1 comments

  1. ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa

    ReplyDelete