772 : Permulaan Tahun 2016 Yang Meletihkan
Permulaan tahun ni agak meletihkan bagi aku. Untuk pertama kalinya selepas bertugas di jabatan ni, aku terlibat dengan salah satu event besar jabatan. Walaupon tugas dan tanggungjawab aku taklah besar mana, sekadar mencetak sijil penyertaan jer. Ade la jugak dalam 300 keping, mau 3 hari jugak aku mencetaknya. 10 Januari 2016, hari Ahad, merupakan tarikh event tu. Pukul 7.10 pagi aku dah tercegat kat opis, tapi macam takde orang lagi. Kata suruh berkumpul pukul 7.15 pagi. Ermmm...
Pagi tu lah baru nak sibuk-sibuk susun meja, susuh barang bagai. Nak atur peserta pon pagi tu baru nak diskusi. Agak kelam kabut gak lah, nasib baek pendaftaran peserta bukan tugas aku pagi tu. So aku wat-wat sibuk jer lah. Lepas pendaftaran semua peserta selesai, aku terpaksa mencetak sijil lagi memandangkan ade pertukaran peserta bagai. Sampai kol 12 jugak lah baru selesai tugas aku tu.
Menjelang tengahari aku dok melepak jaga gerai je lah, sampai lah membawa ke petang. Event tu tamat lebih kurang pukul 5.00 petang.
Minggu ni plak letih aku menguruskan urusan peperiksaan pelajar. Entah kenapa sistem tidak berfungsi seperti biasa. Dari minggu lepas aku berurusan dengan pihak peperiksaan untuk membuka sistem bagi membolehkan aku mendaftarkan pelajar, tetapi sehingga hari jumaat aku masih lagi gagal untuk mendaftarkan mereka. Alasannya, aku tidak mendapat kebenaran dan sistem masih lagi tidak dibuka oleh pihak bahagian peperiksaan walaupon pihak peperiksaan telahpon membuka sistem itu sehingga 8 Januari 2016. Akhirnya, pihak peperiksaan kata akan berurusan dengan pihak teknologi maklumat untuk menyelesaikan masalah ni dan akan memaklumkan kepada aku perkembangannya. Tetapi sehingga ke jumaat petang aku masih menunggu, orang yang berurusan dengan aku di bahagian peperiksaan plak cuti. Ermmm...
Hari isnin, pagi-pagi lagi pihak peperiksaan dah emel aku, meminta aku sendiri yang melaporkan masalah tu kepada pihak teknologi maklumat. Sentap terus aku time tu, kalau cakap awal-awal kan senang, ini dah seminggu baru nak bagitau. Sepanjang hari isnin tu aku dengan pegawai aku berurusan dengan pihak teknologi maklumat untuk settlekan masalah ni. Mesyuarat pon yang sepatutnya diadakan pada hari ni terpaksa ditunda. Masalah masih tidak dapat diselesaikan.
Hari selasa, aku masih lagi bergelut dengan masalah sistem ni. Semua kerja jadi tertangguh. Menjelang petang, barulah sistem ok. Barulah aku dapat daftarkan pelajar dan seterusnya memasukkan markah peperiksaan mereka. Dimaklumkan kepada kami bahawa masalah tu berpunca dari penambahbaikan yang dibuat dalam sistem tu, tetapi penambahbaikan itu telah memberi kesan lain kepada sistem kami plak. So petang tu, setelah sekian lamanya, aku terpaksa stay-back untuk memasukkan markah memandangkan mesyuarat telah dijadualkan pada hari rabu pagi. Aku claim jer OT dari pukul 5.10 petang sampai ke pukul 7.40 malam.
Hari rabu pagi, semuanya dah selesai. Lega aku. Selesai satu masalah. Tapi ada masalah lain plak. Board List untuk mesyuarat tak bole nak jana. Tak keluar seperti yang sepatutnya. Demn!. Sekali lagi aku terpaksa berurusan dengan pihak peperiksaan. Memandangkan beliau orang baru dan pegawai dia plak sedang bercuti, masalah tu tak dapat diselesaikan petang itu. Nampaknya terpaksa tunda lagi mesyuarat yang telah dijadualkan pagi esok.
Pagi hari ni, hari khamis, aku call balik contact person aku kat bahagian peperiksaan tu, tapi sampai ke sudah dia tak masuk opis, dan-dan dia EL plak hari ni. Demn!. Nasib baik aku dapat bercakap dengan seorang pegawai kat sana. Dan akhirnya masalah ni dapat diselesaikan dengan bantuan beliau.
Tapi yang aku pelik nyer, tak seorang pon yang ada dalam meeting semalam, yang memaklumkan sepatutnya untuk peperiksaan semester IV tidak perlu Mesyuarat Lembaga Pemeriksa. Dari pegawai sampai lah ke pensyarah. Aku yang baru satu cycle buat keje ni ofkoz lah tak berapa nak ingat.
Tapi takpelah, kite belajar dari kesilapan. Apa yang baik dijadikan tauladan. Kalau dah buat silap tu, sampai bila-bila akan ingat.
Ingat esok nak EL lah....
#SalamSayang
1 comments
ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
ReplyDeleteNO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
angka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
0823-9177-2208
saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa