763 : 16 November 2012 - 16 November 2015

16 November 2015 maka genaplah 3 tahun ibu meninggalkan kami. Setelah beberapa lama ibu menderita sakit, masuk dan keluar hospital, akhirnya ibu mengalah dah meminta agar dia di bawa pulang sahaja. Mungkin ibu tahu, nyawa yang dipinjamkan kepada ibu sudah tidak lama lagi, jadi ibu mahu menghembuskan nafas terakhirnya di rumah. Kami akur permintaan terakhir ibu itu.

Aku ingatlah pagi jumaat itu, disebabkan kakak dan adik ada dirumah menjaga ibu, aku bekerja seperti biasa. Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kakak menelefon aku meminta aku pulang ke rumah. Sampai di rumah, ibu sudah tiada. Tapi aku tidak terkilan, kerana sepanjang sakitnya, aku yang banyak menjaga, membantu dan membawa ibu pergi dan balik dari hospital. Aku tidak menangis, kerana aku telah redha pemergian ibu. Daripada ibu terus tersiksa dengan sakitnya, adalah lebih baik Allah menjemput ibu menemuiNya. Ibu menghembuskan nafasnya dengan tenang pagi jumaat itu. 

Al-Fatihah hadiah buat ibu tersayang.


#SalamSayang

You Might Also Like

2 comments

  1. AL-fatihah.. semoga ibu abe apiz didalam golongan orang2 yang beriman dan di sayangi Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara. Lama ko tak melawat aku kat sini ek...

      Delete