722 : Selamat Tahun Baru 2015
Assalamualaikum, pembuka bicara untuk tahun 2015 ini. Sekejap saja rasanya, 2014 telah pergi dan 2015 sudah pon bermula. Terlambat sudah aku untuk mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga tahun ini dilimpahkan dengan segala rahmat dan kurnia olehNya. Semoga tahun ini lebih baik, semoga tahun ini lebih ceria, semoga tahun ini lebih aman, lebih kaya dan sebagainya yang baik-baik. Semoga negara kita yang tercinta ini lebih aman dan dilindungi olehNya dari segala malapetaka dan kecelakaan.
Tahun 2014 rasanya permulaan kepada era kejatuhan semangat aku untuk berblog. Aku gagahkan juga untuk menghasilkan 50 entry sahaja tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mana entry aku melebihi 100. Bukan kekangan masa tetapi keterbatasan semangat untuk menulis walaupon aku mempunyai 1001 cerita yang boleh aku tulis di sini, walaupon pembacanya tidak seberapa mana. Tidak aku mahu untuk membiarkan blog aku ni tidak berpunya seperti blog kawan-kawan yang suatu masa dahulu meriah setiap hari. Ada sahaja entry yang aku dapat baca, ada sahaja entry baru setiap hari, ada sahaja entry yang perlu aku tinggalkan jejak dan akhirnya berlanjut-lanjut. Sekarang semua itu telah tiada. Kemeriahan alam blog yang aku lalui dahulu hanya menjadi kenangan. Kenangan yang cukup manis, setidak-tidaknya pada aku. Akan aku pertahankan blog aku ni walaupon hanya aku yang membacanya. Memang kena dengan namanya, Aku Menulis Untuk Diri Sendiri..
#SalamSayang
0 comments