686 : April Sudah Sampai Ke Penghujungnya
Bulan April sudah sampai ke penghujungnya dan ini merupakan catatan aku yang pertama bagi bulan April ini. Nampaknya kemalasan yang serius telah melanda diri dan aku telah mengabaikan blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apa pon izinkan aku mencoret sedikit cerita agar blog ini sentiasa ceria ceperti sedia kala. Huhu...
Pesta Sukan dan Rekreasi Staf berlangsung sepanjang bulan April ini. Sejak-sejak berpindah ke tempat baru ini, rasanya temasya ini semakin kurang meriah di pejabat. Aku mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam temasya ini samada menjadi pengurus pasukan ataupon menjadi pemain. Sehinggakan aku tidak menghadirkan diri ke mesyuarat peringkat zon walaupon aku dijemput. Walau bagaimanapon aku tetap dipanggil untuk mewakili zon dalam acara Catur Campuran dan acara Bola Jaring Lelaki aku dipanggil bermain di saat akhir.
Aku turun untuk perlawanan pertama untuk acara Bola Jaring Lelaki pada 14/4 yang lepas. Pasukan kami turun tanpa menjalani apa-apa latihan, sehinggakan teammate pon tak kenal antara satu sama lain. Perkara macam ini memang sering berlaku dalam Zon kami yang ntahapaapantah ni. Untuk perlawanan pertama ini, kami telah mendapat kemenangan percuma kerana pasukan lawan tidak hadir. Untuk tidak membuang peluang teammate dah berkumpul ni, kami mengadakan latihan sedikit dan melakukan perlawanan friendly dengan satu zon lain (yang aku tak ingat dah).
Untuk perlawanan kedua kami telah turun pada 15/4. Kali ini teammate buat hal, ramai yang tak turun. Bila pertandingan hendak bermula cuma 5 orang player (daripada 7 orang yang diperlukan) jer yang turun padang. Apabila wisel permulaan ditiup seorang lagi tiba, dan seorang lagi tiba hanya dapat bermain dalam game kedua. Macam mana nak menang kalau dah macam ni. Keputusannya Zon kami tewas 6-13 (kalau tak silap).
Game ketiga pula pada 16/4 dan semua player tiba pada waktunya. Barulah perlawanan yang sebenar dapat aku rasakan. Kami bermain dengan baik tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Kami tewas 4-9. Apa-apa pon tahniah kepada semua pemain. Tahun depan aku mungkin akan ditempatkan di Zon lain dan peluang untuk bermain adalah tipis.
Aku turun padang untuk kali kedua dalam Pesta Sukan ini untuk acara Catur Campuran pada 19/4 yang lepas. Semua player turun pada masanya. Untuk acara ini, kami hanya mampu untuk menduduki tangga ke 6 atau terakhir. Hehehe... Kami sudah berusaha sedaya upaya tetapi pihak lawan lebih cekap melakukan serangan dan pertahanan.
#SalamSayang
2 comments
Apiz + Bola jaring = Pancit .. err.. sorry... heeeee..
ReplyDeletesetahun sekali maen... last yer dah tak main... so dah 2 thn baru nak maen semula. mane tak pancit
ReplyDelete