684 : Misteri Kehilangan Tabung Duit Aku
Hari jumaat lepas aku agak sibuk. Aku masuk keje lewat. Disebabkan aku akan berkerja sehingga malam pada hari itu, boss memberi kelonggaran untuk aku masuk keje lewat pada hari itu. Aku sampai opis lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan oleh kerana ada masalah sedikit di opis aku terpaksa berkejar-kejar ke sana ke mari cuba untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Sehinggakan aku terlepas solat jumaat pada hari itu (Ya Allah... ampunilah aku). Masalah itu selesai lebih kurang pukul 4.00 petang dan aku bergegas pula menuju ke Kajang untuk menjalankan tugas.
Hari Isnin, aku bertugas seperti biasa. Sesampai sahaja di opis, aku akan ke kantin berdekatan untuk membeli sedikit sarapan. Selesai membeli dan membelah, aku kembali ke meja. Seperti biasa aku akan memasukkan wang syiling baki membeli sarapan tadi di dalam sebuah bekas di atas komputer aku. Malangnya, bekas itu telah tiada di situ. "Huh... ke mana plak tabung aku? Sape plak yang merembatnya". Aku tanya teman-teman sepejabat, tiada siapa yang perasan tabung itu telah tiada di situ. Ermmm....
Sehingga ke hari ini masih tiada jawapan kepada misteri ni dan tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab.
Ada seorang kawan berkata, halalkan saja lah aper yang telah diambil tu. Manakala seorang lagi kawan berkata, tak guna nak halalkan sesuatu yang telah dicuri. Mencuri tetap mencuri. Hukumnya haram.
Wallahulam...
#SalamSayang
4 comments
Memang geram kalau kita kehilangan sesuatu..
ReplyDeletetapi mungkin hikmahnya akan ada nanti...Allah Maha Tahu, Maha Adil...Sabar byk2 afeezz
hehehe... mmg geram. sabar jer lah
DeleteBenda yg Manjer penah hilang beg duit BONIA ada IC, kad bank ATM, duit RM300 .. Tetiba ada surat sampai umah dlm ada IC dan Kad2 berkenaan.. beg duit dan duitnya dah takde.. Tatau sapa baik hati pulangkan kad2 tu dan yg tak berapa baik hati mencurinya.. hikmahnya.. Hati2 time naik bas. :) dan lepas tu tak pakai beg duit mahal2 dah.. kih kih.. Handphone kena amik depan mata pun penah.. Jgn cuai ye Manjer.. :) ...
ReplyDeletesaya pernah gak kehilangan dompet, ade org pecah masuk bilik staf masa keje dulu. pastu tibe2 ade polis call kata dia jumpe dompet ade ic semua dalamnye, tp duit dah takde.. start dr kejadian tu, bilik staf berkunci...
Delete