678 : Koleksi Yang Tak Berapa Nak Ada

Oleh kerana tiada idea untuk mengupdate blog aku yang semakin suram ni, aku buatlah entry yang tak seberapa ni. Sebenarnya ini merupakan koleksi arwah mak aku, maka setelah ketiadaan dia, aku lah yang nampaknya mewarisi benda ni. Terima kasih kepada yang sudi menyumbang kepada koleksi ini. Setiap sumbangan pasti ada tempatnya di peti sejuk aku ni.


Ini adalah bahagian depan. Hampir memenuhi setiap ruang. Koleksi internasional termasuk Holland, Brussel Belgium, North Wales, Wales dan Nottingham UK, Jakarta, Bandung, Lake Toba, Medan, Bali dan Surabaya Indonesia, Jepun, Singapura dan Instanbul Turki. Koleksi tempatan pula adalah Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Melaka, Pulau Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Terdapat juga Bunga Raya Malaysia dan Donut.


Ini pula pandangan bahagian sisi. Terpaksa letak sini pasal kalau letak bawah akan dicapai oleh anak-anak. Koleksi internasional bahagian sisi ini seperti Vietnam, Padang Indonesia, Petra Jordan, Beijing China dan Gunung Tangkuban Perahu Indonesia. Koleksi tempatan termasuk Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Kuching Sarawak, Terengganu, Melaka dan Teluk Chempedak Kuantan Pahang. 

InsyaAllah, kalau ade rezeki, koleksi ini akan bertambah. Siapa nak menyumbang pon amat dialu-alukan.


#SalamSayang

You Might Also Like

8 comments

  1. Pernah terbaca tak yang mengatakan letak FM kat fridge boleh mendatangkan keburukan kepada makanan yang kita simpan di dalam fridge..saya pernah terbaca analisa terbabit, tetapi masih simpan sedikit ragu2..wallahualam..

    Sekarang FM saya hanya diletak di bahagian tepi fridge..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah baca, tapi saya guna comman sense saya sendiri jer. takkan lah ikan kite letak dalam fridge tu selama 3-4 hari bole dicemari dengan what so call radiasi dari magnet2 tuh. ikan kalau kite letak seminggu dalam fridge pon kite dah tak mau makan kan. lagi pon berapa kuat magnet yg digunakan pada fm2 tu kan. laen lah kalau magnet fm tu kite gunakan magnet sekuat magnet mesin MRI. org kalau kite letak dalam mesin MRI pon tak mati tercemar radiasi... hehehe... wallahualam

      Delete
  2. sALAM.. rAJIn gak arwah ibu apiz wat koleksi ni.. Rumah Manjer ada gak la skit tapi biasalah anak2 Manjer mmg gatal tangan gak.. Jap jerk la kekal kat fridge tu.. Manjer pun penah terbaca "TAJUK" jerk ttg keburukan FM ni kat fb, tapi selalunya yg org share2 ni kalau bukan Manjer baca sendiri dari org yg bertauliah mmg Manjer Kureeengggg skit percaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam manjer... biasa la tu budak2. ape2 pon terpulang lah kalau nak percaya ke tidak kan, sebab sekarang ni pon yang betul bole diyakinkan jadi tak betul, yang tak betul boleh dibetulkan..

      Delete
  3. Tak sangka org bujang pun kumpal FM! mama ada sikit2, tapi byk pecah kerana keganasan bukak peti ais!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. cantik kalau dah banyak. lagi pon ni lah benda paling murah dan senang nak dijadikan souviner

      Delete
  4. Byk juga tu koleksi FM ...kak t ada la juga tapi kalau dibilang tak abis jari pun...hahaha

    ReplyDelete