551 : Terkenang Semasa Dahulu - Terkunci Di Luar Rumah Di Negara Orang
Mendapat ide untuk menulis entry ini setelah membaca entry dengan tajuk yang serupa di sini. Bila baca teringat pula kejadian yang sama telah menimpa diri pada tahun 2008 semasa aku pergi melawat kakak dan keluarganya di Nottingham, England.
Tak ingat tarikh tepat hari itu. Pada hari kejadian, kakak telah meminta pertolongan aku untuk menarik tong sampah dari belakang rumah ke kawasan yang telah ditetapkan kerana malam itu adalah malam pungutan sampah. Tak sama macam kat Malaysia ni, waktu pungutan sampah di sana adalah pada waktu malam dan tong sampah perlu dikeluarkan dan diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan. Kalau tak, memang pekerja sampah tu takkan angkat sampah kite.
Nak dijadikan cerita, pada pikiran aku yang kerja itu boleh diselesaikan dalam beberapa minit saje, maka aku keluar rumah hanya berbaju t-shirt sehelai, seluar track dan berselipar berbunga2 siap dengan bling2 lagi (selipar kakak aku). Manakala kakak aku pulak siap berbaju tebal. Sebaik saja kakak aku menutup pintu, baru dia sedar yang dia tidak membawa kunci bersama. Pintu dia tu dah lah jenis canggih, tutup jer terus terkunci. Kami menyelesaikan dulu tugas yang dirancang. Kemudian kami mengetuk pintu rumah kerana anak2 kakak aku berada di dalam rumah. Tiada jawapan. Aku dah kesejukan di luar, menggigil kesejukan aku. Kami pergi ke belakang rumah pula dan mengetuk tingkap ruang tamu kerana di situlah anak kakak aku sedang menonton Hanna Montana di laptop. Tiada jawapan juga. Mungkin kerana dia memakai earphone, sebab tu lah dia tak dengar. Sudah....
Kakak aku kata, kalau macam ni terpaksalah tunggu sampai suami dia balik dari kerja pukul 12.00 malam nanti. Mak ai.. mati kesejukan lah aku macam ni. Tiba2 kakak aku teringat rumah sekeluarga rakyat Malaysia yang tinggal selang 5-6 rumah dari rumahnye. Kami bergegas ke rumah itu, nasib baik tuan rumah ada. Kami dijemput masuk kerana kesejukan dan kakak aku meminta izin untuk meminjam telefon. Kakak menelefon rumahnya dan bernasib baik anaknya yang berusia 6 tahun menjawap panggilan telefon tu. Setelah memberikan arahan kepada anaknya supaya mengeluarkan kunci melalui lubang surat di pintu, kami segera meminta diri. Akhirnya kami dapat juga masuk ke rumah setelah bersejukkan di luar. Alhamdulillah.. heheheh...
Inilah rumah kakak aku semasa di Nottingham, England
~Salam Sayang~
10 comments
Alhamdulillah.. tapi kalau kat dlm tiada sesiapa camner nak bukak pintu tu piz?
ReplyDeletekalau takde orang kat dalam rumah, nampaknya terpaksa la kakak call suami dia suruh balik segera... emergency!!! huhu
Deletetapi naper kat sana wat wat pintu camtu ek piz..
Deletentah la... dah mmg style pintu macam tu kot...
DeleteOh merasalah sesejuk di sana.
ReplyDeleteRumah tu sebijik mcm rumah mama masa kat sana. Mana pun pernah terkunci di dapur rumah. suami di atas tidurkan anak. Mcmmana cara nak pangil? Dapur tu sejuk tak de heater!
Suami pun tidur sama..heem duklah mengenang nasib di celah dapur!
ler... awat la mama dok mengenang nasib celah dapor tuh. ade baeknya kalau mama masak, bole gak makan pas tu... heheheh
Deletekalau menyewa kat sana mmg rumah2 pesen ni je lah, klu nak sewa rumah pesen laen, mahal la plak sewanya
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletesesekali menikmati udara luar..luar negara..he he
waalaikumsalam atuk
Deletehujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
lebih baek di negeri sendiri
Satu pengalaman yang akan sentiasa berada dalam ingfatan. Betulkan afeez
ReplyDeletebetulll.... hehehe
Delete