510 : Saya Yang Menurut Perintah

Saya yang menurut perintah, kalau dapat surat dari kementerian2 kerajaan mesti ade kalimah ini. Saya pon kerja dengan kerajaan, tapi kadang2 ade gak perintah yang kite tak boleh turuti.

Kalau kat opis aku ni, si boss selalu jer bg arahan yang sama, "Encik Hafizan, sila ambil tindakan", kalau tak pon, "En. Hafiz, sila urus". Kadang2 setelah diamati, surat tu tak perlu pon ambil tindakan, tak perlu pon nak diurus, cume surat pemberitahuan jer. Mungkin si boss ni tak paham, atau tak baca, terus2 suruh aku ambil tindakan. Maka, tindakan aku... buang jer dalam tong sampah. Hahaha, eh.. tak lah, aku failkan jer dalam fail yg berkenaan.

Mungkin disebabkan si boss ni tak baca surat tu, maka diarahkan aku melakukan perkara yang diluar bidang kuasa aku. Contoh terkini, ade ke dia suruh aku ambil tindakan meluluskan permohonan Cuti Tanpa Rekod kakitangan. Itu totally di luar bidang kuasa aku, itu kuasa Ketua Jabatan. Ntahlah, sama ada dia tak baca atau dia tak tahu.

Selalu sangat dia arahkan aku untuk ambil tindakan, tetapi dia tak tunjukkan kepada aku ke arah mana tindakan yang sepatutnya aku ambil tu. Ke kiri kah, ke kanan kah. Maka aku dengan pengalaman yang ada akan cube mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan seperti yang diduga, boss akan terima sahaja tanpa banyak bicara. Sain jer. Kadang2 aku rasa adakah betul tindakan yang aku ambil itu?

You Might Also Like

4 comments

  1. salam.. dia nak naikkan pangkat apiz kot.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam : bertuah lah klu dpt naek pangkat. aku rasa nak resign lagi ade lah

      Delete
    2. salam,,,wahh kerja2 luluskn cuti u buat yer feez

      Delete
    3. waalaikumsalam CM : luluskan cuti tahunan tu bole la, tp klu cuti tanpa rekod tu keje boss...

      Delete