462 : Catatan Perjalanan - Kuching, Sarawak (Hari Ketiga)
11 Februari 2012
Hari ketiga kami di Bumi Kenyalang. Kami dibawa untuk bersarapan pagi di Bimmers Kafeteria. Aku makan Mee Jawa dan kawan aku pulak makan Bubur Ayam. Bole tahan jugak makanan kat sini, banyak pilihan dan suasana kafe ini pon agak meriah dengan pengunjung menunjukkan bahawa makanan kat sini memang sedap.
Seawal 7.00 pagi kami telah bersedia untuk pengembaraan hari ini. Destinasi kami yang pertama hari ini adalah ke Pasar Sarikin yang terletak kira2 satu jam perjalanan dari Bandaraya Kuching. Terletak berhampiran dengan pintu masuk ke Kalimantan, Indonesia dan peniaga di sini rata2nya berbahasa Indonesia. Banyak barangan yang dijual di sini dari pakaian, tudung, telekung, batik, barangan perhiasan, makanan dan lain2. Perlu berjalan dari satu hujung ke satu hujung yang lagi satu yang lebih kurang 1-2 km jauhnya untuk survey barang yang anda cari atau minat. Menurut driver kami, kita boleh menawar sehingga separuh harga yang diletakkan. Kemahiran dalam tawar menawar amatlah diperlukan di sini untuk mendapatkan harga yang terbaek wat kite. Driver kami bagitau lagi, kalau nak ke Pasar Sarikin, perlu datang awal kerana kalau lewat mungkin akan berlaku kesesakan lalulintas di sini dan kite terpaksa parking dan berjalan jauh. Di sini aku hanya membeli sepasang baju saje. Oh ya.. pasar ini kalau tak silap dibuka pada hujung minggu sahaja.
Tidak lama kami di Sarikin kerana kebanyakkan dari kami telah keletihan dan tak tahan kepanasan dek matahari yg terik pagi itu. Perjalanan kami diteruskan balik ke Kuching dan destinasi kami seterusnya adalah ke sebuah kedai bernama Sinpiao. Di Sinpiao ada menjual barang2 keluaran tempatan seperti lada, sarang burung, sirip ikan yu dan macam2 lagi lah. Ade juga menjual cenderahati dan juga t-shirt, tikar Sarawak pon ade. Lama gak lah kami kat sini sebab menunggu kawan2 yang laen memilih t-shirt. Di sini aku hanya membeli fridge magnet untuk cenderahati di bawa balik ke semenanjung. Kemudian kami berhenti makan tengahari di sebuah restoran yang aku tak ingat namanya, makan nasi campur yang sedap lauk pauknya.
Selesai menjamu selera, perjalanan kami diteruskan ke sebuah kedai yang aku tak ingat namanya tetapi ingat alamatnya, No. 1 Lorong Sockalingam Off Green Road. Rumah teres yang telah diubahsuai menjadi kedai ini menjual barangan perhiasan diri dari batu2 kristal dan permata. Ada cincin, rantai, gelang, loket, brooch dan macam2 lagi lah. Kedai ini juga menjual batu2 kristal kepada mereka yang gemar membuat kraftangan berasaskan batu2 ini. Berminat kepada satu cincin yang berharga RM45, tetapi bila melihat pembuatannya yang kurang kemas, ku pendam je lah hasrat aku tu. Nak beli yang lebih baek, mahal la pulak harganya. Di sini aku tak beli aper2 pon, jamu mata jer.
Perjalanan diteruskan lagi dan kami singgah di Masjid Jamek Kuching untuk bersolat jamak. Destinasi kami selepas itu adalah ke Kedai Kek Lapis Dayang Senandung (hahaha... Dayang Salhah lah). Kedai ini juga adalah merupakan sebuah rumah yang telah diubahsuai kegunaannya menjadi kedai. Banyak jenis kek lapis yang dijual di sini. Kita boleh rasa semuanya kalau larat. Tapi bila dah rasa banyak2, semuanya jadi macam sama jer. Harga kek di sini adalah RM10 dan ada juga yang berharga RM20. Jangan lupa untuk membeli Kek Lapis Ombak Rindu, hehehe.. Kami combined harga kek yang kami beli, sebab kalau jumlah pembelian kita berharga RM100, kite akan dapat satu kek free. Jumlah pembelian kami adalah sebanyak RM200, maka kami dapat 3 kek free.. hehehe... lagi banyak kite beli, lagi banyak kek free yg kite dapat.
Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya, Pasar Satok. Pasar Satok ini dibuka pada hujung minggu sahaja. Banyak barangan yang boleh dibeli di sini dari barangan basah seperti ikan, ayam, daging ke buah2an dan sayur2an. Ade juga menjual pakaian, perhiasan diri dan cenderahati. Penat berjalan kat sini. Kepada sesiapa yang nak membeli t-shirt untuk cenderahati, rasanya kat sini lebih murah. Boleh dapat sehingga RM5 sehelai untuk yg berwarna putih. Di sini aku membeli t-shirt berwarna sebanyak 9 helai pelbagai saiz dengan bayaran sebanyak RM74. Kawan aku pulak membeli ikan terubuk masin dengan harga RM10 untuk 4 ekor bersaiz sedang dan belacan Tembirat dengan harga RM6.
Penat berjalan di Pasar Satok, kami pulang menuju ke van. Ingatkan kami lah yg paling awal, rupe2nye dah ade kawan2 di dalam van itu. Baru aku ngan kawan aku merancang nak pi makan KFC, kensel lah nampaknye. Rupenye semua dah penat, dan van lagi satu sudah pon pulang ke kediaman. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kubah Ria untuk membeli makan malam.
Disebelah malam pula, ade majlis kecil2an sambutan hari lahir salah seorang anggota rombongan kami. Kami makan kek lapis yang dapat free tadi tu.. hehehe... Happy Birthday, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki kepada yang menyambutnya.
... bersambung
6 comments
Salam
ReplyDeleteSeronokkan jamu mata.
Tak beli utk emak ikan terubuk masin tu ke?
klu mama tu feberet!
waalaikumsalam mama ju : ermmm... kami tak makan sgt lah ikan masin mama, tu pasal lah tak beli.. beli kek lapis jer..
ReplyDeleteassalamualaikum afeezz..
ReplyDeletetakde ape2 kek lapis utk kami ke?? hihihihhhhh
sahabat blogger la katakan huhuhhhh
waalaikumsalam sahrom : alamak... takde rezki lah nampaknya. bawak balik 5 bijik dah habis kene belasah...
ReplyDeleteAssalamualaikum Afeezz
ReplyDeletet shirt sampai 9 helai
1 utk emak dia
1 utk ayah dia
1 utk dia
6 utk adik beradik dia
waaaa...untung ada adik beradik ipar yg ramai
jangan marah...gurau ajer..
waalaikumsalam atuk : semua t-shirt tu untuk anak2 buah, pasal sebelum ni tak pernah belikan ape2 utk diaorg kalau sy pi mane2...
ReplyDelete