373 : Cuti-Cuti Malaysia

Huhu... Wat masa sekarang ni, aku ade 3 program Cuti-Cuti Malaysia dalam perancangan sehingga ke awal tahun hadapan. Harap2 semuanya menjadi, InsyaAllah...


Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku akan ke Melaka Bandaraya Bersejarah, Tapak Warisan Dunia. Aku akan menyertai Hari Keluarga terakhir anjuran pejabat aku. Program ini telah dijadualkan pada 2-3 Julai 2011.


Langkawi Pulau Lagenda

Pada 16 - 18 September 2011 pula aku akan ke Langkawi Kedah Darul Aman, Pulau Lagenda. Pada mulanya, Langkawi merupakan destinasi Hari Keluarga pejabat aku, memandangkan timbul beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka lokasinya dan tarikhnya terpaksa diubah. Disebabkan aku dan beberapa sahabat lain telah membeli tiket penerbangan, maka kami telah diizinkan oleh boss untuk meneruskan percutian kami di Langkawi.


Kuching... meoww....

Kalau takde aral yang melintang, aku akan ke Kuching, Sarawak pada 9 - 12 Februari 2012. Dapat tiket penerbangan murah, RM15.20 sahaja, jadinya, tidak mahu melepaskan peluang ke Sarawak memandangkan aku tak pernah sampai Sarawak lagi.

InsyaAllah....


~Salam Sayang~

You Might Also Like

13 comments

  1. bestnya..puas hang berjalan ya...ke merata negeri yang penting still dalam Malaysia kan..cayalah..support 1MALAYSIA

    ReplyDelete
  2. as salam encik apiz,

    percutian 2011 sy baru nak bermula dgn percutian bersama kawan2 di PD hujung minggu nie..la la la la..

    bulan 7 sy akan bjimba2 bersama kawan2 lagi di pulau perhentian..

    vavava destinasi percutian sy tahun ini bertemakan pantai dan air hehehe..next? menanti agenda percutian keluarga hujung tahun nie barangkali..la la la la

    ReplyDelete
  3. hai sahrom : dah nama pon cuti2 malaysia, jadi dalam malaysia je lah. nak pi luar negara paspot dah mati plak...

    waalaikumsalam syima : nak ikot ke PD... nak ikot berjimbaan di perhentian... nak ikot percutian keluarga.... bole?

    ReplyDelete
  4. moga bergumbira di destinasi itu

    ReplyDelete
  5. hai AZ : insyaAllah.. semuga tiada aral yang melintang....

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikom wtb..seronok bercuti kan.

    ReplyDelete
  7. waalaikumsalam musafir islam : mmg seronok, tak sabar nak pergi...

    ReplyDelete
  8. jemputlah dtg kelate..daddy buleh jd travel guide...

    ReplyDelete
  9. hai daddy : terima kasih daddy, kalau ade dalam perancangan nnt sy akan maklumkan (bersedialah untuk di pow nnt... huhu)

    ReplyDelete
  10. hai heidi : aku pon lama dah tak pi langkawi. tak igt dah last pegi bile....

    ReplyDelete
  11. salam..

    wah kejelesan yg amat....den nk tiru entry ni lahhhh,,,nk citer gak nk pi mana ni...

    ReplyDelete
  12. waalaikumsalam CM : wah3... tak sabar nak baca entry itu

    ReplyDelete