291 : Lagi Undangan Ke Majlis Rumah Terbuka
Selagi tidak habis bulan Syawal, selagi tu lah masih ade rezeki diundang ke Majlis2 Rumah Terbuka dari kawan2. Cube untuk mememuhi semua undangan. Kata orang rezeki jangan ditolak walaupon ada juga yang terpaksa ditolak dek kerana kekangan masa dan tenaga.
Jumaat, 1 Oktober 2010 memenuhi undangan seorang rakan sepejabat di Taman Melati, Gombak. Tuan rumah warganegara Myanmar telah sudi menjemput dan menghidangkan kami dengan butter rice, chicken briyani, chicken masala, mixed salad dan sesuatu yang macam serunding ikan bilis (masakan Myanmar kot). Aper2 pon, butter rice dia.. nyam3...
Tetamu sedang leka menjamu selera
(1) Group pertama yg tiba, dah kenyang... (2) Tuan rumah melayan tetamunya
Pergh... penuh pinggan tuh...
Sabtu, 2 Oktober 2010 menerima undangan rumah terbuka di Taman Berlian, Gombak. Tuan rumah yang merupakan keluarga mertua adik aku saban tahun mengadakan majlis rumah terbuka yang agak mewah dan tetamu jemputan sangat ramai dah macam kenduri kawen le plak. Antara hidangan yang disediakan, sate, nasi beriyani, laksa, laksa sarawak, kambing golek, ayam bakar sebahagian daripadanya.
(1) Tuan rumah menyambut tetamunya (2) Ruang depan rumah
(1) Sebahagian tetamu yg hadir (2) Laksa sarawak.. nyam3...
Skrg ni mmg musim buah ni kot
Ahad, 3 Oktober 2010 menerima undangan kawan sepejabat di Segambut, KL. Tuan rumah juga menyediakan hidangan yang agak mewah, sate, nasi dagang, mee kari, mee sup, ketupat dan lemang sekadar menyenaraikan beberapa. Aku yang sedang mengidam nasi dagang, tiba2 bagai orang mengantuk disorongkan bantal, terus belasah 2 pinggan.. hahaha.. pastu belasah plak mee kari 2 mangkuk dan dessert sepinggan. Ados...
(1) Hidangan yang disediakan (2) Sebahagian tetamu yg hadir
(1) Dua orang anak dara (2) Hidangan lagi
(1) Suasana di rumah (2) Tuan rumah, kami nak balik dah...
Kemudian, ramai2 berpakat untuk menziarah ke rumah aku. Sekadar memenuhi permintaan, aku hanya menyediakan juadah ringan sahaja seperti karipap dan samosa serta buah2an tempatan.
Oleh kerana terlalu banyak makan pada siangnya, bahana menjelma pada malam hari, 4 kali keluar masuk toilet, menambah pelaburan. As a result, hari ni aku EL.
~Salam Sayang~
8 comments
salam bro...sampai EL lue malantak???..biar betik huhuhuhu....apepun, semoga lu enjoy nikmati kelazatan semua makanan tue ya....
ReplyDeletewsalam sahrom : hahaha... tu le pasal, terlalu sgt enjoy semua makanan, smpi terEL aku...
ReplyDeleteSalam anakanda
ReplyDeleteWah mewahnya. ..nyam2 lagi.
Ada masa dtglah ke sini pulak.
oh tak lupa kuih samosa, kenapa? teringat kat kawan kita tu ke?
Salam pakcik oh pakcik..
ReplyDeleteHihihihi sehingga kini berapa byk pelaburan yang telah berjaya pakcik lakukan ahaks --> ooppss ish3 tak baik kan gelakkan pakcik..maaf pakcik sy gurau je hehe
Tue ler makan kalo tak ingat kawan2 mmg mcm tue huhu..apa taknya 2 pinggan nasi dagang? 2 mangkuk mee kari..psstt besar gak perut eks..hehe alamak baik balik dulu nnti pakcik marah laaaaariiii..ahaks
Get well soon!
wsalam mama ju : mintak maaf tak dpt pi umah mama.. knp ngan kuih samosa tu mama?
ReplyDeletewsalam tok wah : byk dah pelaburan pak cik, mewah gak le pakcik bulan ni.. hehehe. klu makan igtkan kawan2 nnt tak selera plak.. baek lupakan kawan2 masa makan... hahaha
salam
ReplyDeletekuatnya abg makan...
Assalamualaikum Afeezz
ReplyDeletedah timbang berat badan ke......
atau pingang seluar ok lagi
he he
Wassalam
wsalam azie : selera tengah ade tu, makan je lah. rezeki jangan ditolak... hehhe
ReplyDeletewsalam abg rozali : esok pi keje nak timbang, seluar masih ok lagi..