242 : Dua Dalam Satu (Dua Cerita Dalam Satu Entry)

Cerita 1 : Undangan Majlis Perkahwinan

Semalam aku menerima undangan ke majlis perkahwinan teman sepejabat aku, Mas. Majlis bertempat di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Kami teman2 sepejabat sebanyak 4 buah kereta berkonvoi beramai2 menuju ke rumah pengantin dari UM pada pukul 12.30 tengahari dan tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 1.oo petang. Setiba kami di sana, para jemputan telah pun ramai dan kami mengambil tempat kosong untuk menjamu hidangan yang disediakan. Antara hidangan yang disediakan adalah ayam golek, rendang tok, acar timun, pajeri nenas dan acar buah. Tidak dilupa buah tangan berupa telur masih di dalam tepak sireh. Terdapat juga cendol, dan yang sedapnya, cendol tu ade air gula durian, so cendol tu ade perisa2 durian jugak lah.

Selesai mejamu selera, kami masuk ke rumah untuk bertemu pengantin perempuan. Dapat jugak lah kami berjumpa sekejap sebab pap andam dia sibuk nak touch-up balik make-up si pengantin. Pengantin lelaki tiba lebih kurang pukul 1.45 petang dan sempatlah juga kami tengok mereka bersanding di pelamin dalam keadaan yang panas dan crowded itu. Kami meninggalkan majlis lebih kurang pukul 3.00 petang.

Selamat Pengantin Baru Kepada Mas dan Suami


Cerita 2 : Malam-Malam Ku Akan Sunyi Dan Kegersangan

Sepeninggalan kami dari majlis perkahwinan Mas, aku menuju ke Mid Valley berseorangan. Perancangan nak berdeting tidak kesampaian bila si dia ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya, saja minta dia temankan aku pi Mid Valley, tak best plak kalau berjalan sorang2. Tujuan ke Mid Valley petang semalam untuk ke Sony Center menghantar laptop aku yang mempunyai masalah dan perlu diperbaiki. Laptop tu masih lagi dalam tempoh jaminan. Cume masalah kecil sahaja dan bukan masalah software. Tempoh yang diberi adalah paling kurang 5 hari bekerja. Nampaknya, dalam minggu ni aku akan kesunyian, aku akan kebosanan, aku akan kegersangan.....



~Salam Sayang~

You Might Also Like

16 comments

  1. janganla kata kegersangan..ayat tue lembut sgt..kata la tuttt...huhuuhh ( gurau je bro )..majlis kahwin nie semuanya standard kan..tapi kiter still nak tgk sang pengantin..tak bole kita datang makan, hulur sampul tue pas tue blah je hahahahah

    ReplyDelete
  2. salam

    issssh,isssh feez ooi takkan sampai kegersangan...hmmmmm ustazah nk bg tazkirah per kata masa takde vio ni afeez pi solat tahajud,baca quran bagai...baru ler terisi adoiiii..ustazah ler konon..


    selamat pengantin baru kat mas...cam ucap kt diri sendiri jer pada hal cm ni pengantin dah berkarat..ahakkkk..

    ustazah teringin nk pi selayang makan nasi minyak...ustazah doakan impian tu akan kesampaian cepat..

    ReplyDelete
  3. salam afeezz,

    1st, slmt pengantin baru utk kwn awak, mas dan suami..smg mereka kekal bahagia ke anak cucu

    2nd, besarnya pengaruh internet dlm hidup awak eks..ikut le pesanan ustazah CM tue..pi la ikut ayah awak pi masjid..tlg emak kat dapur..takde laa keg**sangan..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam dekk afezz

    Kalau selalu makan nasik minyak kenduri kawin..lamer2 berjangkitlah mood kawen tu..hihihi..betui dak syima...apersal sebut syima pulak nih..heheh

    Ko ni afezz betui kata ustazah cm..tu bawa2 ler ke masjid..isi rohani yang gersang tu..ambik kelas pengajian yang ada...tak yah berbayor pun ...sure lupa kat lappy tu...hehhe lagi cepat bertemu hawanya dekk...moh pi masjed aar...

    ReplyDelete
  5. salam sahrom : aku klu nak berkata2 kat sini kene pandang2 sket, kat sini ramai ustazah. tgk tu... terus aku kene sound ngan ustazan CM.

    wsalam CM : aper le ustazah CM ni. sy ni bertenet, bertenet juga. tanggungjawab kepada yang Maha Esa tetap sy tunaikan. alhamdulillah, masih belum hanyut dibuai duniawi..

    ReplyDelete
  6. wsalam syima : jawapan sama seperti di atas

    wsalam kak shami : 'no komen' pada perenggan pertama. 'Jawapan sama seperti di atas' untuk perenggan kedua...

    ReplyDelete
  7. Salam afezzz..

    Kami semua sayangkan afezz...sebagai kawan dan adek...semuanya kerana Allah...buang yg keruh ambil yg jernih...mudah-mudahan impianmu jadi kenyataan....

    ooooow ko tengah senyum aar noti aar

    ReplyDelete
  8. wsalam kak shami : buang yang keruh ambil yg jernih? apasal plak? kite ade wat silap ke kat akak? rasanya macam takde jer.. hihihi

    ReplyDelete
  9. Afeezz tumpang lalu..

    Opps kak shami, tue la pasal musykil sy nama sy akak sebut2 kat situ..rasanya takde kena mengena pun..

    ReplyDelete
  10. Salam Afeez,

    selamat pengantin baru kat Mas. Semoga bahagia sampai ke akhir hayat.

    yang si afeez............ hehehehh

    ReplyDelete
  11. Salam afezz...

    Ko ni dekk noti tak habis2 heheh

    Syima...namamu disebut ada sebabnya..nasihat kamu menjelaskan dirimu kawan dan calon isteri solehah...
    jujur dari akak...selebihnya Allah lebih mengetahui...
    Itu saja....

    ReplyDelete
  12. lalu lah syima : ntahnya, tibe2 jer kak shami menyebut nama awak kat sini. sib baek awak bukan tengah makan, klu tak sure dah tersedak2.. uhuk3....

    wsalam AZ : si afeezz ni tgh tunggu orang datang meminang, katenye nak dtg semalam, tunggu2 smpi la ni tak mai2... uhuk3

    wsalam kak shami : wow!!! puji2an terhadap cik syima....

    ReplyDelete
  13. err pasal kegersangan tu, aku no komen ler..

    ReplyDelete
  14. Tuan rumah tumpang lalu lagi..tak kena bayar kan huhu..

    Kak Shami,
    Tqsm atas pujian itu..tp rasanya sy belum layak utk pujian akak tue..huhu

    ReplyDelete
  15. salam pijal : gersang ler, malam2 takde wat ape2

    salam syima : berapa kali mau lalu la... klu ikut DUKE, tol rm2, klu ikut NPE tol rm1.60

    ReplyDelete