... dan aku menulis untuk diri sendiri
Hari ni hari Ahad, aku kene kerja, in fact, satu opis kene kerja. Hari ni hari pendaftaran masuk pelajar baru Universiti Malaya. Aku telah ditugaskan untuk bertugas di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin aka Kolej Kediaman Ke Sembilan. Ini merupakan kali pertama kami ditugaskan untuk membuat kutipan dokumen perubatan pada hari Ahad. Selalunya klu mengikut tradisi asal, kami akan bertugas pada hari Isnin, di mana semua dokumen dari pelajar baru akan dikutip di DTC. But since management team dah bertukar, so mereka ni sesedap rasanya menukar segala2nya.

Aku sampai kat kolej tu pukul 8.40 pagi dan pengetua kolej tu already waiting kat aku nyer kaunter, aku tak tau dia borak aper dengan sorang lagi opismate aku yg dah pon sampai. Aku sampai jer dia tanya, 'boleh tak kite mula sekarang, student dah tunggu lama dah tu dari pukul 7.00 pagi'. Aku dalam hati berkata, 'dalam jadual kata start pukul 8.30 pagi, bukannye pukul 7.00'. Pastu program tu terus start, tak sempat aku nak minum seteguk air pon. Student plak mostly hampeh, semua dokumen tak ready. Masa tu lah nak cari borang, masa tu lah nak isi borang. Last2 pengetua kolej tadi menjadi mangsa aku, since dia sorang jer yang aku nampak kat situ. Aku panggil si pengetua kolej tuh, 'encik, boleh mintak student sediakan borang tak, ramai yg tak keluarkan borang, ramai yang tak isi borang, klu macam ni mmg lah jem kaunter ni'. Si pengetua tu nampaknyer memberikan kerjasama, tapi time tu je lah, pastu dia entah ke mana. Tapi aku tak salahkan student, aku salahkan Pembantu Mahasiswa (PM) yg nampaknya tak inform kat student aper yg perlu di buat. Pastu pagi tadi, susah betul nak tangkap sorang PM untuk aku pergunakan. Pastu dalam pukul 10, ade seorang sukarelawan datang membantu. Aku suruh dia inform student aper yg perlu disediakan untuk diserahkan dan lepas tu baru ok perjalanan kutipan dokumen tu, walaupon ade gak le beberapa orang student yg sengal. So.. pagi ni aku takde lah nak senyum2 pada student, marah lagi ade ler.. ade le beberapa orang yg aku marah. Tak kuasa aku nak mesra2 pelajar ni.

Dalam pukul 12.00 tengahari, dah kurang dah student, tetapi kami terpaksa menunggu sampai tamat, pukul 1.30 petang. Aku keje dari pagi sampai tengahari, yg mereka bagi air mineral sebotol jer. Sarapan pagi takde, ape lagi makan tengahari. Tanya ade le 3-4 kali, tapi takde plak mereka nak bawak kami ke bilik makanan tu. Setakat tunjuk dari jauh jer, 'boleh makan kat belakang sana'. Aku bukannya kebulur sangat nak makan, tp at least appreciate aper org dah buat, we all ni consider tetamu, tetamu yang membantu, ape salahnya ko bawak kami ke bilik tu, bukannya susah pon. Nasib baik terlintas di hati aku nak beli kuih ngan milo ais sebelum pergi ke kolej tuh.


Tak puas hati,
  • 0 Comments
Sebahagian daripada gambar yang diambil oleh aku. Masih dalam keadaan asal, tanpa diedit menggunakan ape2 software yang boleh didapati dalam pasaran. Hanya menggunakan kamera amatur. Cantik tak?


Jeti Pulau Langkawi


Pantai Paya Bakau, Morib


Pantai Kelanang, Banting


Somewhere in Cameron Highland


Love
  • 2 Comments

Hari ini, 26 Jun 2009 merupakan hari lahir bonda aku. Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Bonda ku dan aku harapkan agar bonda sentiasa berbahagia. Aku akan sentiasa dan tidak akan jemu mendoakan kebahagian Bonda. Biarlah Bonda dapat menghabiskan sisa-sisa hidupmu dalam kebahagiaan di samping keluarga kita. Aku sayang Bonda walaupun aku tidak pernah menunjukkan kesayangan ku pada mu. Mungkin ego ku terlalu tinggi sehingga aku amat keberatan untuk mempamerkan kasih sayang ku pada mu.


Sayang,
  • 3 Comments
Hari selasa lepas turn opis aku kene audit. Aku tak prepare ape2 pon untuk audit kali ni. Sebenarnya dan malas nak pikir pasal benda ni dan bos aku plak semuanya dia serahkan pada aku suruh uruskan, dan aku buatlah aper yg aku fikirkan wajar. Ni bukan nya kali pertama kene audit, dah banyak kali, so.. semua orang yg terlibat buat tugas masing2 macam tahun2 lepas. Dan setiap kali audit, aku adalah antara orang penting yang akan turut bersama diaudit, aku yang akan ke hulu ke hilir memenuhi permintaan para auditor. Aku dah bosan buat kerja ni. Aku dah letih. Kali ni punya audit semua aku buat sorang2. Boss nampaknyer terlepas since dia kene bagi taklimat somewhere dekat Perdanasiswa. Nak tak nak, aku sebagai pegawai tertinggi pada masa tu terpaksa melakukannya sendirian. Nasiblah ada yang hendak membantu.

Aku rasa audit kali ni tak berapa teruk dan auditor nampaknya boleh bertolak ansur. Apa yang diaorg mintak aku dapat present, tapi ada jugak yang aku tak dapat. Yang tak dapat tu, aku terus terang jer kata 'tak ada' since aku malas nak belek fail2 lama. Tak kesah lah berapa NC dia nak bagi, terima jer dengan hati yang terbuka. Aku tak pedulik, pasal racangan tindakan pembetulan nnt aku jugak yang akan buat.

Aku ade tanya auditor, macam mana penemuan diaorg? Yang diberitahu, 'dari bahagian saya tiada apa2', tapi auditor jangan percaya, depan kita dia kata tak ada, bila hari penutup nnt tengok jer berapa dia akan bagi. Mulut jer manis mereka ni, tapi kencing lebih. Mmg dah kene dah sejak dulu, kata takda... tengok2 dapat 3 NC. Ade satu tahun tu, bende yg aku buat betul pon dia bagi NC, mmg tak puas hati betul aku masa tu. Aku komplen kat ketua auditor, dia simply cakap 'ala... terima je lah...', macam sial betul, rasa macam aku nak sumbat sup kaki dalam mulut ketua auditor tu.

Apa2 pon falsafah aku disebalik audit ni, 'bukan nak mencari salah sesiapa cuma hendak membetulkan kesalahan kita'. Tapi kalau semua orang mempunyai falsafah macam ni, tak jadi masalah, ni tidak ade orang berpendapat kalau dapat NC tu macam dunia dah nak kiamat. Buruk benar kalau dapat NC tu, sampai satu minggu kene bebel pasal bende yang sama, and this i refering to my ex-boss.

Aku just nak tunggu keputusan audit ni, tak tahu lah bila akan keluar. Tarikh akhir audit dalaman kali ni 5 Julai. After that, sekiranya, but i'm sure mesti ade NC, aku akan panggil mesyuarat jawatankuasa kualiti opis aku dan aku akan bincangkan rancangan tindakan pembetulan dan langkah pembetulan yang akan dilakukan. Tahun aku tak nak buat sorang2 lagi macam tahun2 lepas. Bodoh betul aku. Aku akan mintak pendapat semua AJK, let them do the thinking, let then share my load. Macam aku dah luahkan pada auditor tempoh hari, dia kata yang aku tak perlu buat benda ni sorang2, AJK dah ada, just share the burden, aku tak perlu tanggung sorang2. Thanks to the auditor for the advice. Dan lepas mesyuarat tu, aku akan lepaskan jawatan aku yg aku dah pegang selama 7 tahun. Lantik pulak orang lain, biar orang lain tahu jugak pasal kualiti ni.


  • 2 Comments
Hari ini hari bapa. Sana sini orang ambil kesempatan mengucapkan ucapan selamat kepada bapa-bapa mereka. Kepada mereka yang masih mempunyai bapa, bersyukurlah.. hargai dan sayangilah bapa anda selagi hayat beliau dikandung badan, selagi beliau masih boleh memberikan kasih sayangnya kepada anda. Kepada yang telah ketiadaan bapa, sedekahkan Al-Fathihah kepada mereka, doakan mereka agar ditempatkan bersama2 orang yang beriman.

Bagi aku, hari bapa tak membawa apa2 makna. Bukan aku tidak menghargai bapa aku, bukan aku tak menyayangi beliau, bagi aku, setiap hari aku menyayangi beliau, setiap hari aku doakan kebahagian beliau, cuma aku rasa tak perlulah aku menunjuk2 yang aku menyayangi beliau. Tak perlu bagi aku satu hari yang khas untuk itu semua. Sesungguhnya aku menyanjungi bapa ku setinggi langit, menghargai pengorbanan beliau membesarkan dan mendidik kami hingga menjadi kami pada hari ini. Setiap keringat yang keluar bagaikan permata yang digadaikan demi kebahagian kami.

Dah jadi tradisi keluarga aku, hari2 macam ni tak disambut. Mungkin dari kecil kami dah dididik macam ni. Hatta, hari lahir adik beradik pon amat jarang disambut dengan birthday party, dengan present. Dan kami adik beradik pulak, bukan jenis yang nak meminta2 untuk diadakan party yg besar dan hadiah yang mahal2.

Selamat Hari Bapa... AYAH..


Love,
  • 2 Comments
This is my new toy, Playstation 2 Fanatec Speedster 3 complete with steering wheel, pedals and clamp, made in China.

Thanks to my brother-in-law who gave me for free. As for last year he already gave me the Playstation 2 set together with 7 games CDs also at no cost.

It's not all, he is also so kind to gave me Prolink Hurricane 5000w router and just a few week ago he gave me a flat screen monitor to replace my damage monitor. I don't know what he will give me more...

Thanks a lots bro....


Love,
  • 7 Comments
Minggu depan merupakan minggu yang agak sibuk. Tiap2 hari ade jer aktiviti yg akan dilakukan. Hari2 keje, jadi kuli orang, bosan betul. Bilalah agaknya aku nak kaya dan tak payah nak pi keje. Teringin betul nak duduk lepak2 kat umah tapi tiap2 bulan duit masyuk. Teringin nak duduk lepak2 tepi pantai, tanpa memikirkan hal dunia yang ntahape2ntah ni. Takyah pikir pasal keje yang sememangnya membosankan itu.

Selalu sangat dah berangan, tiba2 duit RM10 juta jatuh depan mata aku. Dah ada perancangan aku nak buat aper dengan duit RM10 juta tu. Berangan2 nak melabur dalam bidang hartanah, tapi bukan pelaburan yg berisiko, hanya pelaburan mudah, tapi tiap2 bulan bole memberikan pulangan. Nak beli kereta idaman, pastu tiap2 hari pi jalan2. Indahnya kehidupan anganku itu. Haha...

Walau aper pon, itu angan2 jer. Selalunya aper yang aku angan2kan tak pernahnyer nak menjadi. Jadi.. berangan2 je lah, atleast, syok gak berangan tuh.

Back to real life, minggu depan hari Isnin aku akan ke UiTM Shah Alam, ade taklimat aper ke bende ntah, bos suruh attend, aku pi je lah. Hari Selasa kene audit, mampus ... lah, aper nak jadi, jadilah. Bos plak takde hari tu, dan semuanya dia pass kat aku. Hari Rabu, kene bagi taklimat pada Pembantu Mahasiswa untuk Haluansiswa 2009. Hari Khamis, kene bagi taklimat yang serupa tapi pada kumpulan pelajar yang lain. Pastu, hari Ahad kene bertugas kat Kolej Kediaman 9 untuk Haluansiswa.

Bosan betul kehidupan aku ni. Hidup dalam angan2 lagi best. Ade sesiapa nak tukar kehidupan mereka dengan kehidupan aku?


Love,
  • 2 Comments


Mari berhibur... asik2 bercerita jer, kali ni aku hiburkan anda sekelian dengan sebuah lagu Jepun oleh kumpulan Spitz dengan lagu mereka berjudul sora mo toberuhazu. What ever its mean, i don't know.. but i like it..

Domo arigatou to Ayid dari Fukui kerana memperdengarkan aku kepada lagu ni buat kali pertama.


Love,

  • 7 Comments
Beberapa keping gambar percutian keluarga kami ke Genting Highland pada 11 Jun 2009.

(1) Bergambar ramai2 depan Genting Hotel - (2) Berjalan ke Outdoor Theme Park

Kat tangga pon sempat nak amik gambar..

(5) The guys of the family - (6) Menunggu tiket masuk ke Outdoor Theme Park

(7) Akhirnye dapat gak masuk - (8) Korang leh nampak tak aku?

(9) Dalam train.. ni jer yg tak ramai org nak naek - (10) Dah nak kuar dah

(11) Time to go home

Love,


  • 7 Comments
Macam hampeh trip pegi Kedah dan Perlis tempoh hari. Kalau aku tau lah macam ni jadinya, malas aku nak follow. Buat penat badan jer.

Tujuan utama adalah nak pergi wedding salah sorang opismate kat Kuala Nerang, Kedah. Last2 agenda nak pergi ke majlis perkahwinan tu terkensel macam tu jer disebabkan drive bas yang macam sial tak mahu masuk ker rumah pengantin disebabkan jalan kecil. Pada pandangan kami yang jahil dalam membawa bas ni, boleh jer bas nak lalu. Jalan tu memang le kecil, satu kenderaan jer boleh lalu, macam biasa lah, kalau berselisih, sama2lah ke tepi. Tepi2 jalan tu bukan nya ade gaung ke sungai ke, sampai bas tak boleh nak lalu. Disuruhnya kami berjalan kami hampir 1/2 batu di dalam panas matahari tegak atas kepala, dengan anak2 dan orang tua lagi.

Pagi tu kami dah pon melepak kat rumah pengantin perempuan, dijamunya kami macam2 dari mee goreng hinggalah ke buah durian. Memang kenyang dah makan pagi tu kat umah pengantin pompuan. Tapi kami masih nak ke majlis kenduri kat rumah pengantin lelaki, kami nak tengok kawan kami tu bersanding, kami nak gak makan nasi orang kawin. Kalau setakat datang dari jauh pastu lepak2 jer kat rumah orang buat aper?

Pastu aku ade gak dengar cerita, tak tau lah benar ke tak, yang si driver bas ni bagi kata dua, samada nak ke majlis kenduri kawen tu atau ke Padang Besar. Kalau nak ke kenduri, tak payah ke Padang Besar, kalau nak ke Padang Besar, tak payah pegi kenduri. WTF!! Dan aku terus cakap yang tujuan kita ni untuk pergi kenduri kawen, kalau tak dapat pegi ke Padang Besar pon takpe. Lagi pon member ni pon dah siap bayar duit bas ngan duit tol semata2 nak kite datang ke majlis dia. Then drive bas tu siap marah2 bile dah pukul 1 pon, kiteorang masih tak bertolak ke rumah pengantin lelaki.

Kecewa betul aku masa tu, kalau aku ler, nak jer aku turun dari bas dan jalan kaki jer ke majlis tu sebagai tanda protes aku pada driver bas sial tuh. Tapi apakan daya, aku sorang jer yg nak jalan kaki masa, yang lain nampaknya tak sependapat dengan aku. Tak guna kalau aku sorang jer yang protes. Then ade sorang kawan aku yang naek kereta pergi ke majlis tu cakap, kat dalam tu ade sebuah bas lain yg bawak rombongan lain ke majlis tuh.

Bas driver yang sorang ni memang dah terkenal dengan sikap kesialan nyer. Semua mesti ikut cakap dia, ikut kepala dia. Takleh nak tolak ansur sikit. Tak guna lah title 'Haji' depan nama dia tu kalau perangai macam ni. Bile aku cakap yang kita nak ke rumah pengantin perempuan dulu pon dia dah nak marah2, membebel bende yg aku tak paham. Rasa macam nak terajang jer dia masa tuh. Tak boleh ke cakap elok2? Dah tua pon takkan orang nak tegor, sendiri mau tau ler.

Aku sure yg kawan kami tu mesti kecewa yang kiteorg tak dtg ke majlis dia. Klu aku jadi dia, nak jer aku mintak balik duit bas ngan duit tol yang aku dah bayar tuh.


Yang marah,

  • 0 Comments
Semalam di Genting Highland. Tunggu.. tunggu.. dan tunggu lagi.. beratur.. beratur dan beratur lagi dan lagi. Bosan betul pi genting time2 cuti sekolah ni. Punyalah ramai manusia dan binatang serta tumbuh2an.

Janji tunggu kat rumah mak kol 10.00 pagi, adik aku sampai dalam pukul 9.00 pagi. Ketua rombongan yang janji kol 10.00 nak terus bertolak sampai kol 10.00 pagi, pulak tu, siap sarapan pagi dulu kat rumah mak. Family kakak aku dah sedia menunggu di Stesen BHP lepas Tol Gombak. Sampai kat Genting Skyway pukul 11.00. Punyalah ramai orang, kene beratur nak naik kereta kebal cable, ade le dalam 1/2 jam. Ke mana lah hala tuju orang ramai2 tu, aku pon pelik, bukan best pon Genting tuh, aku ni sib baek orang belanja, klu tak, aku akan cadangkan pergi tempat laen.

Perjalanan dengan skyway lancar jer. Sampai kat atas, satu kerja lagi kene menunggu untuk masuk ke Outdoor Theme Park. Rasanya dalam 1 jam jugak menunggu nak dapat kan tiket. Habis roti dua buku kene bedal. Bila dah dapat masuk bukan dapat maen permainan pon, tengok orang yang beratur punya panjang, tak selera nak maen. Kami cume maen kapal yg berayun2 tu jer, itu pon kene beratur dalam 1/2 jam. Kami ramai2 naek, aku, ayah, kakak ipar, abg ipar, anak buah 2 orang. Lepas tu ingat nak naek roller coaster, tapi under maintenence plak... demit.. anak2 buah aku plak dpt la naek gajah terbang pusing2 tuh. Selebihnya kami buang masa jalan2 dalam tu jer. Last sekali, kami naek kereta api pusing2 Genting dan ade yang naek kereta antik.

Dalam pukul 5.00 kami keluar, ingat nak pegi SnowWorld, tapi tengok next enterence pukul 6.30 petang. Satu jam lebih kene tunggu. So... the we decided nak turun dan balik je lah. Nak turun pon kene tunggu, cam hampeh... kene beratur smpi 1/2 jam.

Anyway.. terima kasih kepada abang dan kakak aku yg sudi belanja kami semalam.


Love,
  • 0 Comments
Esok aku sekeluarga akan bercuti di Genting Highland. Tiba2 ade orang nak sponser pi Genting. Tak tau lah nak buat aper kat atas saner, masuk outdoor theme park kot. Actually nak pergi minggu lepas, tapi tak jadi atas alasan yang aku tak tau. So... tukang sponser tu pakat2 suruh ramai2 amik cuti esok. So.. esok kol 10.00 pagi, akan bertolak dari Selayang ke Genting Highland.

Love
  • 2 Comments
Ini aku, hari ni kat opis. Petang tadi mengantuk giler, sib baek keje2 utama dah disiapkan, Yang laen tu simpan2 untuk esok.

Minggu depan ade audit. Bosan betul aku kalau sampai bab audit2 ni. Bukannye kerje kita tak betul, dah lebih dari betul dah. Yang malas dan bosannya nak melayan kerenah auditor yang hampeh tahap dewa. Yang aku tak minat nyer, klu dah jumpa kesalahan tu, dah ler... tak payah le ko nak tanyer reason2 plak. Malas betul nak menjawab. Rasanya tahun ni, kalau kene lah, aku rasa aku nak jawab, "Sorry, I have no reason for that", dan amik ko satu NC. What the heck.. klu NC pasal bende laen pon aku yang akan buat pembetulan, bukan orang lain. Itu lah keje aku, membetulkan kesalahan orang lain.

Anyway.. audit kali ni dari 15 Jun sampai le ke awal bulan depan. Punya lah lama, diaorang ni takde keje nak buat agak nyer, pastu ingat orang lain pon takde ke lain, asik nak diaudit jer.


  • 2 Comments
Hari ni mak aku masuk sedap sangat, Ketam Masak Lemak. Dah lama rasanya tak makan ketam. Kalau makan kat kedai takde le aku nak mengambil ketam itu. Tak feel makan ketam kat kedai sebab takleh makan dengan kurang bersopan, malu ditengok dek orang. Actually mak aku yang teringin sangat nak makan ketam tu. Dia cakap dah lama dia tengok ketam kat NSK tu, tapi harga sampai RM20.00, tak jadi dia nak beli. Tapi hari ni dia dah tak tahan lagi kot, dia beli jer walaupon harga dia 4 ekor dalam RM20.00, mahal giler. Pastu bile dia dah masuk, dia cakap tak sedap plak, aku makan sedap jer... Kesian mak aku...


Love,
  • 0 Comments
Akhirnya kau menjadi milik ku. Setelah lama aku memendam rasa untuk memilikimu, semalam impian ku tercapai. Tak terkata gembira rasa hati ini. Tak tergambar ghairah hati ini bila malam tadi kita bersama buat pertama kali.

Oh.. Sony Vaio... kau lah kekasih baru hati ku.


Love,


p/s : Picture shown is not my Vaio actual color. Thanks to Juku for accompanied me yesterday.

  • 1 Comments
Kerinduanku masih berpanjangan. Entah kenapa aku masih lagi dilamun kerinduan akan tempat itu, akan masa itu, akan zaman itu? Memang tak boleh aku lupa kan, melainkan kalau aku kene alzheirmer... simpang malaikat 44. Mintak dijauhkan.


Lupa nak khabaq semalam. Kolej kesayangan aku sekarang telah dikenali sebagai Kolej Cendana dan penghuninya semua perempuan, tiada lagi Halaman Bank atau Kolej Halban. Ditukar selepas 1 atau 2 tahun selepas aku meninggalkan ITM Perlis. Tiada lagi aktiviti skodeng Kolej Teja dari bilik 224 yang boleh dilakukan. Tiada lagi aktiviti kacau2 pelajar siswi yang lalu lalang di kawasan Kolej Teja itu. Tiada lagi aktiviti gelak2 pada pelajar ROTU yang kene marah dek ketua mereka. Entah siapa agaknya penghuni Bilik 224 sekarang ni? Rindu... rindu... aku rindukan semua itu.

Ini kami panggil Mushroom. Tak tau lah kenapa name dia Mushroon, sejak aku masuk, namenye telah terpahat sebagai Mushroom. Kat sini lah kami menunggu bas untuk ke pekan, kat sini jugak lah kami menunggu teksi kalau bas tak masuk ke ITM itu. Kat sini jugaklah aku selalu menggunakan telefon awam untuk berbual dengan mak dan ayah aku setiap Sabtu, kadang2 Ahad atau bila2 aku terasa aku memerlukan mereka. Kat sini jugaklah aku ngan kawan2 aku pernah ditegur oleh Pak Guard sebab tak pakai tai pada hari Isnin. Kat sini juga aku pernah makan malam dalam gelap bila dewan makan dipindahkan ke situ kerana direnovasi. Di sini jugaklah aku pernah bersembahyang Jumaat dalam kehangatan bila tempat ini dijadikan PI (Pusat Islam) sementara kerana PI direnovasi. Kat sini jugaklah aku pernah menjual kad hari raya pada bulan puasa untuk menambahkan duit tabung kelas walaupun hasilnya tak seberapa. Kat sini jugak aku pernah bermain bola serta melepak di kedai dobi dan kedai gunting rambut milik kawan aku. Tidak dilupa, kat sini jugaklah aku dan roomy aku pernah mengambil dua bijik kerusi yang telah dibuang oleh pihak ITM dan dibawa balik ke bilik kami. Banyak betul kenangan kat tempat ni.

Ini Perpustakaan Datuk Jaafar Hassan, perpustakaan utama ITM Perlis. Aku selalu lepak sini dengan classmates aku kalau ade gap antara kelas sementara menunggu kelas berikutnya. Kami ade tempat kegemaran kami dan setiap kali kami ke sini, kami akan beramai2 duduk di situ. Tapi bukan buat ape pon, berbual kosong dan hanya membelek2 buku yang tak berkaitan. Kalau dalam bulan puasa, kami suka belek buku2 masakan sambil terliur2 tengok makanan yang sedap2. Kalau musim peperiksaan, aku lebih gemar study kat library tanpa gangguan kawan2. Tak lah jauh library dari kolej kediaman aku, dalam 5-10 minit berjalan kaki. Satu kenangan yang tak dapat aku lupekan pasal library, ada satu ketika aku tertinggal semua nota dan buku dalam library kerana aku leka main komputer dalam computer lab. Lagi best, hari tu Sabtu, esok Ahad library tutup dan Isnin aku ade exam. Cuak giler sekejap masa tu bile tengok pintu library dah kunci. Nasib baik ade geng menangis masa tu. Entah macam mana, terlintas di kepala kami nak try tengok pintu belakang library tu. Nasib baek ade staf yang masih belum balik, dan dia kasi masuk untuk kami amik barang2 kami. Terima kasih kepada staf tu... klu tak.. sure kantoi aku paper tuh...

Ni plak Stadium ITM. Selalu gak lepak2 sini time petang2 lepas jogging. Tak banyak kenangan kat sini.








This is new to me. Tak tau pon bangunan ni kat maner.





Tersenyum sendiri....

Love,
  • 0 Comments

Search This Blog

About Me

My photo
afeezz
Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
'afeezz tu memang cukup indah untuk dicintai tapi cukup susah untuk dimiliki' - anonymous 2010
View my complete profile

Total Pageviews (since July 2008)

Follow Me

  • instagram
  • facebook
  • Twitter

My Followers (Thank You)

Blog Lists

  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Makan Malam : Ensaladas Variadas, Pesacado Del Dia y Postre
    23 minutes ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Shopping Di Jaya Grocer
    1 hour ago
  • Monolog Kakmim
    Berjalan, Berlari dan Berlarian Anak Lagi
    4 hours ago
  • BLOG RABIA ADAWIYAH
    Nasi goreng putih by rabia
    16 hours ago
  • MRS.A my blog my stori
    Pergi Tak Kembali
    18 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    June 23, 2025
    21 hours ago
  • Travel My Way
    Dinner With Family At Aison Bakery & Coffee Ampang Branch
    1 day ago
  • KomenSen
    KISAH SAYA DENGAN BANK RAKYAT.
    1 day ago
  • CikCappuccinoLatte
    Pagi di Office: ZUS Coffee & Biskut Jadi Peneman
    1 day ago
  • AMMI
    Utusan cinta buatmu Khilfi
    1 day ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Selamat Menyambut Hari Warga Emas
    1 day ago
  • Bola Katok
    Buat ayam goreng celup tepung guna tepung Puteri.
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    Kelebihan Program Mass Communication: Peluang Luas Dalam Dunia Komunikasi Moden
    2 days ago
  • Warisan Petani
    Matahari, Sungai, Rumput dan Rina
    2 days ago
  • fairus.com
    WW : Self Portrait by AI
    6 days ago
  • 🌷Rasyidasheresimpleblog🌷
    Review kamera Samsung Galaxy A35
    1 month ago
  • SEMUT SENYUM
    Lebih Sedekad Krisis Air Di Selangor
    1 month ago
  • PESONA ETUZA
    Serba Putih Family Etuza Sempena Perkahwinan Azie & Fikri
    3 months ago
  • Aiman Abdullah
    Itinerari Trip Mount Fuji 3H2M - Nikmat Keindahan Alam Di Lake Yamanaka Jepun
    4 months ago
  • cikguzim
    Petua & Cara Membersihkan Hati
    5 months ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
    1 year ago
  • As Samsudin
    Pelari Misteri vs Turtle Runner
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    1 year ago
  • Shida Radzuan Blog
    Aku Masih Ingin Menaip
    2 years ago
  • Tiga Lalat 2021
    NEW BLOG I AM
    2 years ago
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.
    2 years ago
  • ! acuyuhan
    Nineteen61 Cafe Kuantan
    3 years ago
  • ixa-rism
    One Hundred Eighty Seven
    5 years ago
  • Dunhill guy
    Seketika di bangi
    10 years ago
Show 10 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
  • ►  2024 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2023 (2)
    • ►  December (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2022 (3)
    • ►  December (1)
    • ►  June (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (77)
    • ►  December (7)
    • ►  November (8)
    • ►  October (7)
    • ►  September (8)
    • ►  August (6)
    • ►  July (7)
    • ►  June (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (6)
    • ►  March (6)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2020 (40)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2018 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (37)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (3)
  • ►  2015 (50)
    • ►  December (6)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (6)
    • ►  August (4)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (3)
  • ►  2014 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (6)
    • ►  May (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (5)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (106)
    • ►  December (6)
    • ►  November (7)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (10)
    • ►  June (9)
    • ►  May (10)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2012 (117)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (9)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (10)
    • ►  March (10)
    • ►  February (9)
    • ►  January (10)
  • ►  2011 (124)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (9)
    • ►  August (12)
    • ►  July (10)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (10)
  • ►  2010 (132)
    • ►  December (11)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (11)
    • ►  August (13)
    • ►  July (14)
    • ►  June (8)
    • ►  May (9)
    • ►  April (15)
    • ►  March (9)
    • ►  February (11)
    • ►  January (9)
  • ▼  2009 (146)
    • ►  December (9)
    • ►  November (12)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ▼  June (16)
      • Posting No 109 : Hari Ahad, Aku Kerja
      • Posting No. 108 : Some Masterpieces
      • Posting No. 107 : Happy Birthday
      • Posting No. 106 : It's Over
      • Posting No. 105 : Selamat Hari Bapa
      • Posting No. 104 : My New Toy
      • Posting No. 103 : Bilalah Nak Kaya?
      • 102nd ENTRY
      • 101st ENTRY
      • 100th ENTRY
      • 99th ENTRY
      • 98th ENTRY
      • 97th ENTRY
      • 96th ENTRY
      • 95th ENTRY
      • 94th ENTRY
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ►  2008 (45)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (7)
    • ►  September (12)
    • ►  August (9)
    • ►  July (8)

My Travel Story - To Infinity and Beyond

  • 2008 : United Kingdom (1)
  • 2011 : Indonesia - Medan (8)
  • 2013 : Indonesia - Bandung (6)
  • 2014 : Singapura (2)
  • 2015 : Kemboja - Siem Reap (6)
  • 2016 : Thailand - Krabi (5)
  • 2017 : Jepun - Tokyo (10)
  • 2019 : Korea Selatan - Seoul (10)
  • 2022 : Thailand - Krabi (4)

My Travel Story - Malaysia

  • 2009 : Pulau Pinang (1)
  • 2011 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2011 : Sabah - Kota Kinabalu (6)
  • 2012 : Road Trip 1.0 (3)
  • 2012 : Sarawak - Kuching (6)
  • 2013 : Road Trip 2.0 (3)
  • 2014 : Pulau Pinang (2)
  • 2015 : Kedah - Pulau Langkawi (4)
  • 2018 : Pahang - Cherating (3)
  • 2020 : Pahang - Cameron Highlands (2)
  • 2020 : Perak - Pulau Pangkor (3)

Top 5 Weekly Popular Posts

  • 1035 : Catatan Perjalanan Cuti-Cuti Malaysia : Pulau Langkawi, Kedah (Episod 1) - Dari KUL ke LGK
    Sepanjang tempoh berehat aku dulu dari tahun 2022, 2023 dan berlanjutan sehingga ke tahun 2024, sempat juga aku bercuti ke Pulau Langkawi. P...
  • 196 : Lipasophobia. Part II
    Kebelakangan ni takde cerita nak dikongsi bersama, takde idea nak menulis. Hidup terasa kosong. Kekosongan dan keseorangan. Siang malam term...
  • 1034 : Surat Beranak Yang Hilang? Pengalaman Mendapatkan Sijil Kelahiran Yang Baru
    Simpan punya simpan last-last masa nak guna, masa tu lah tak jumpa. Beberapa minggu yang lalu, setelah beberapa hari melakukan proses mencar...
  • 1033 : Wordless Wednesday (Episod 10) - June 2025
      Title : Lembaga Hitam (The Black Entity) Location : Cyberjaya, Selangor, Malaysia Date : 13 February 2023 (Monday) Time : Unknown
  • Posting No. 148 : Mari Berhibur
    THE SATURDAYS - UP [Una] Go, go, go, It's time to make a move and we both know, It's time to step it up a notch, I'm ready to lo...

Labels

Hanya Nak Cerita (300) Jalan-Jalan (145) Makan-Makan (90) Cuti - Cuti Malaysia (82) Ucapan Dari Hati (80) Hiburan (79) Saje Nak Tayang (73) Gambar (46) Cuti - Cuti Luar Negara (45) Masak Sendiri Makan Sendiri (35) Sukan (30) Kerja (26) Luahan Perasaan (24) Kerinduan (21) Takde Idea Nak Menulis (18) Famili (10) Wordless Wednesday (10) Pengetahuan Bersama (8) GiveAway (3)

Mereka Yang Rajin Memberi Komen

instagram

Template Created By : ThemeXpose . All Rights Reserved.

Back to top