61st ENTRY

Pagi ni, belum apa-apa ada orang yang telah cuba untuk menimbulkan marah. Geram betul aku. Pagi ni ada sorang staf datang jumpe aku sekadar bertanya (staf ini akan dikenali sebagai X), ada barang yang dah habis, perlu di beli dan siapakah yang akan menguruskan perkara tersebut. Disebabkan orang yang menguruskan benda tu dah lama pencen, maka pengganti staf tersebut (staf ini akan dikenali sebagai Y) sepatutnya yang menjalankan tugas tu. Tapi, yang menimbulkan marah, bila X memberitahu aku bahawa Y tak tahu pasal perkara ini. Y seperti nak melepaskan tugas tu pada aku. Dan off koz lah aku tak tau pasal aku takde kene mengena dengan tugas tersebut. Dan, bende ni bukan tugas aku, wat aper aku plak yang kene buat.

Aku terus call Y dan tanya dia, dan2 dia cakap dia tak tau. Aku suruh dia check rekod lama, dia macam malas-malas jer nak buat. Dia cakap, nantilah dia check.

Kalau aku tak bersuara agak nya, takdelah dia nak cari. Aku jugak yang kene buat nanti. Aku geram betul, belum check ape-ape lagi, dah cakap tak tau, dah cakap takde. Klu tak buat sampai bila pon tak tahu, kalau tak cari, sampai bila pon takkan ada.

Kat opis aku ni memang macam tu, kalau tak tahu, lepaskan tanggungjawap tu pada orang lain, yang selalu jadi mangsa adalah aku. Tapi sekarang ni aku memang akan bersuara, kalau bukan tugas aku, mintak maaf aku nak buat, aku akan cari orang yang sepatutnya, aku akan pastikan orang itu yang akan buat benda tu.

You Might Also Like

0 comments