25 April 2015

735 : Angan - Angan Akhirnya Menjadi Kenyataan

Sebelum ini aku verangan sahaja untuk memilikinya. Setelah melihat semakin hari harganya semakin mahal, aku pendamkan sajalah hasrat itu. Tak mampu rasanya dari segi kewangan untuk memilikinya. Oleh itu, aku hanya mengambil langkah pertama saja iaitu verangan.

Lebih kurang pada bulan Oktober 2014, kawan-kawan kat satu group whatapps sibuk memperkatakan tentang satu kawasan perumahan baru yang menawarkan harga yang agak murah. Tambahan pula lokasinya yang strategik dan mempunyai potensi untuk dibangunkan di masa hadapan. Aku pon jadi berminat dan terus mengajak seorang sahabat untuk survey pejabat developer itu yang terletak di Cyberjaya. Setelah melihat rumah contoh dan bertanyakan itu dan ini, kami pon terus mendaftar dengan syarikat tersebut.

Rumah Contoh 

Pulang sahaja dari lawatan kami itu, kami terus mendaftar pula secara online dengan Syarikat Perumahan dan Harta Selangor. Upload semua butir dan dokumen yang diperlukan. Kemudian, apa yang kami boleh buat, hanyalah menunggu jawapan.

Awal bulan ni, setelah hampir 6 bulan kemudian, sahabat aku tu menerima jemputan ke Majlis Cabutan Undi untuk perumahan itu. Jelesnya aku pada dia ketika itu kerana dia berjaya dan aku tidak. Sedey pon ade, uhuks. Apa-apa pon aku gembira untuk dia. Rezeki dia...

Kemudian, pada pagi 17 April 2015, aku pula menerima pesanan ringkas yang menjemput aku ke Majlis Cabutan Undi untuk kawasan perumahan itu juga. Suka dan gembiranya aku tak terhingga, berjaya juga aku akhirnya. Tak sabar rasanya menunggu hari cabutan undi tu. 

Pada hari yang ditetapkan, aku mengambil time-off. Petang itu aku terus ke pejabat developer itu yang terletak di Cyberjaya. Cabutan undi dibuat dan Alhamdulillah, aku mendapat unit yang agak best, overlooking the garden dan tingkat yang rendah. Semua urusan berkaitan dapat diselesaikan pada petang itu. Dan sekarang, hanya menunggu loan diluluskan sahaja. 

Langkah Pertama - Berangan, telah berjaya, kini kite teruskan dengan Langkah Kedua pula - Teruskan Berangan


#SalamSayang

3 comments:

  1. alhamdulillah, lepas ni berjiran la kte ye. sbb sy dah selamat pada fasa kedua dah (pinjamana dah diluluskan) nk sign LO dan next step dah. all the best ye....

    ** selamat ber blogging **
    www.ceritaumiabi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai bakal jiran... sy dalam proses kelulusan pinjaman lagi... mungkin sy nyer turn lewat sket...

      Delete
    2. oh ok. sy dh lulus dh. LO pn dh sign. tunggu s&p. ok, pelan2 kayuh ye..

      Delete