01 April 2013

596 : Catatan Perjalanan Road Trip 2013 - Kuala Selangor - Sabak Bernam - Hilir Perak - Manjung (Episod 1)

Setelah berjaya dengan Road Trip 2011 merentasi empat buah negeri, Selangor - Pahang - Kelantan - Terengganu pada Disember 2011, kami telah merancang untuk mengadakan Road Trip sekali lagi. Perancangan yang singkat sahaja tak sampai seminggu tetapi Road Trip 2013 yang telah diadakan pada 28 - 31 Mac 2013 sungguh menyeronokkan, berbaloi- baloi dengan usaha yang dijalankan. Yang penting dapat merehatkan diri dan minda dari beban kerja seharian di pejabat dan dapat melihat kawasan yang tidak pernah aku sampai sebelum ini.

Untuk Road Trip 2013 ini, kami telah memilih untuk memulakan perjalanan kami dari Daerah Gombak ke Kuala Selangor ke Sabak Bernam ke Hilir Perak dan berakhir di Daerah Manjung. Perjalanan tidaklah jauh, bermakna kami dapat melawat banyak tempat dan mendapat rehat yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan. Perancangan asalnya untuk bermalam di Kuala Selangor, Sabak Bernam atau Teluk Intan dan Lumut. Tetapi perancangan ditukar setelah ada seorang sahabat di Jeram nak ajak kami makan malam ikan bakar di Jeram. Untuk menghargai undangan itu, kami bermalam 2 malam di Kuala Selangor dan semalam di Lumut.

Perjalanan kami bermula pada 28 Mac 2013 lebih kurang pukul 2.30 petang. Perjalanan kami santai sahaja memandangkan tiada ape yang nak dikejar di tempat yang dituju. Kami telah melalui Lebuhraya LATAR bagi memudahkan perjalanan kami. Tol cume RM2 untuk satu tol, di mana ade 3 tol sepanjang lebuhraya ni. Kami tiba di pekan Kuala Selangor lebih kurang 1 jam kemudian. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke pekan lama Kuala Selangor untuk survey hotel penginapan bajet yang nampak macam best. Oh ya.. kami tak buat pon tempahan hotel untuk trip ni, maen redah jer. Setelah target satu hotel yang sesuai, kami telah berhenti makan tengahari dahulu di McD. Hotel kami menginap di Kuala Selangor untuk 2 malam adalah di Hotel Sun Inn dengan kadar peak season sebab cuti sekolah, RM85 sebilik semalam. Hotel bajet lengkap dengan kemudahan asas dan bersih. Dekat dengan restoran dan supermarket, parking free, ade wifi lagi. Hehehe... Kami berehat dahulu sebelum meneruskan aktiviti kami untuk hari ini.

Lebih kurang pukul 5.00 petang kami keluar semula. Destinasi pertama kami adalah ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip. Sebelum itu kami singgah sebentar untuk menikmati Cendol Bakar yang katanya famous itu (tapi aku tak pernah dengar pon). Tapikan, bagi aku sama jer rasa cendol tu dengan mana-mana cendol yang pernah aku rasa. Special tu tak sangat la kot. Cume, setup gerai dia yang bagi aku menarik, macam kedai-kedai zaman dulu jer. Pelanggan memang ramai. Siap ada drive thru lagi kepada sesiapa yang nak tapau. Cendol Pulut yang kami makan berharga RM2.50 semangkuk.

 
Cendol Bakar 
 
Suasana Gerai Cendol Bakar, Assam Jawa, Kuala Selangor 

Kami tiba di Kelip-Kelip Kampung Kuantan lebih kurang pukul 6.15 petang, tetapi kaunter tiket hanya akan dibuka pada pukul 7.45 malam. Menunggu kan waktu itu, kami hanya lepak-lepak di jeti sambil menikmati permandangan sungai di kawasan itu. Menjelang 7.30 malam, telah ramai pengunjung yang tiba, pelancong antarabangsa mahupun pengunjung tempatan macam kami ni. Agak meriah jugaklah kawasan tu jadinya. Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM50 untuk satu sampan yang boleh memuatkan 4 orang. Disamping itu, dapat 4 botol air minuman percuma.

Permandangan petang di tebing sungai

Pukul 8.00 malam kami dapat naik sampan kami. Sampan perlahan-lahan di dayung menuju ke seberang sungai. Dalam keadaan yang gelap gelita itu, apa yang nampak hanyalah jutaan kerlipan cahaya di pokok di tebing sungai itu. Dah macam pokok krismas dah nampaknya. Memang cantik. Sampan didayung perlahan, kadang-kala sengaja dilajakkan ke pokok supaya kami dapat melihat lebih dekat. Kami dapat menyentuh dan menangkap kelip-kelip itu. Tapi dalam suasana gelap tu, memang tak nampak la rupe kelip-kelip tu macam mana. Tapi nasib kami kurang baek malam tu, hujan renyai-renyai dan berangin. Kata abang sampan tu, kalau angin kuat, maka kelip-kelip tak banyak. Mungkin, kelip-kelip tu diterbangkan angin kot. Ape-ape pon, kami berpuas hati dengan trip kami ke Kelip-Kelip Kampung Kuantan itu. Kami menyusur sungai itu lebih kurang 30 minit.

Percubaan untuk mengambil gambar keindahan kelip-kelip tetapi gagal 

Memandangkan itu aje agenda kami pada hari itu, kami terus pulang ke hotel penginapan kami untuk berehat. Sebelum itu kami singgah di Tesco untuk membeli air minuman dan sedikit jajan.


... bersambung

2 comments:

  1. Kat Johor Kota Tinggi pun ada Kelip-Kelip ni dan restoran makanan.. Maaf ler tak dpt nak tgk sgt gambar makanan... tekak tak dpt menerima beberapa jenis makanan... huwaaa... harap2 kejap jerk ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kat kota tinggi tu tak sepopular kuala selangor kot. kene lebih promosi dan masukkan dalam kalender perlancongan baru la dpt menarik ramai pelancong kan..

      tak dpt tgk makanan... ermmm... ade seseorang kot kat dalam.. hehe..

      Delete