Selamat Datang



Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

25 January 2012

456 : Canggihnya Henset Mereka Kan...

Semalam pergi melepak bersama beberapa orang rakan di Melengkung setelah masing2 menunjukkan skill memerah tekak di Kotak Merah. Mulalah masing2 menunjukkan kecanggihan gadjet masing2. Aku sekarang melihat jer, malu nak menunjukkan henset zaman batu aku tuh. Sanggup wat2 pegi tandas sekadar nak menjawab messege dari seorang rakan. Sorang pakai iphone sorang lagi pakai Samsul Galaxy yg sorang lagi pakai HTC tapi malu2 plak nak tayang.

Dengar je lah mereka cakap itu dan ini pasal kecanggihan teknologi komunikasi masa kini. Angguk2 geleng2 jer walhal ade kalanya aku bukannya tahu aper yg diaorang bicarakan. Android, aper tuh? AP, ermmm... Whatapps, entah. Yang aku tau Angry Bird jer. Tapi takde plak diaorg cakap pasal Angry Bird.

Pastu diaorg ni beria bebenor meracun aku supaya segera membeli smartphone. Sanggup pegi survey harga lagi kat situ. Tapi nasib baek iman aku masih kukuh, ku pendam kan hasrat murni tu dulu untuk memiliki smartphone yang setanding mereka.


Smartphone yang mana pilihan anda?

Malu nak mengaku, sebenarnya aku ni buta handphone. Tak tau sgt pasal bende2 ni, tak amik port pon kalau ade henset2 baru di pasaran. Orang laen dah 5-6-7 kali tukar henset, tp aku masih setia pada henset lama aku sejak tahun 2006. Pergh... dah 6 tahun aku guna, kalau ikut umur di zaman IT ni, itu sudah masuk zaman batu. Hehehe ....


~Salam Sayang~

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

7 comments: on "456 : Canggihnya Henset Mereka Kan..."

mama ju, said...

Salam

Tahniah ! bukan calang2 nak cari anak muda yg setia pd yg satu!
Alah masih eluk lagi buat apalah nak tukar2.
Anak2 mama tak de duit pun nak tukar dgn galaxy! hehe mama pun tau angru bird, lucu kan!

afeezz said...

waalaikumsalam mama ju : hehehe, insyaAllah setia pada yang satu untuk perkara2 tertentu sahaja. kalau ade rezeki, tukar lah hp yg lama tuh. teringin gak nak pakai yg the latest punya kan...

shami2 said...

Salam dek afezz

adik mimi pon tau tentang angry bird tu hehehheheh

Kalu yang lama elok lagi, simpan duit tu, mana tau ader lagi pekara lain yang lebih penting...heheh

Dunhill Guy said...

wah tak sangka ko sanggup g tandas nk jawap sms. kitaorg x kutuk pun hp2 lama. cuma nk galakkan ko pakai smartphone.

pasal angry bird tu, biasa ala. kalu mula2 pakai tu la game yang diaorg duk download. lepas beberapa bulan pakai xda maknanya main burung marah tu. tgk mcm aku dah uninstall lama dah.

hehehe, saya bukan malu2 nk tayang HTC, cuma my hp kinda private to me. kekeke..

apa tunggu lagi, bukan perkara membazir disebabkan hp lama leh guna, cuma kemudahan yang terdapat pada smartphone yang diambil kira. lebih2 gan ko yang suka berblog etc2 ni.

afeezz said...

waalaikumsalam kak shami : sy maen gak angry bird tu kat ipad adik, sendiri pon takde ipad.. hehehe. InsyaAllah kak, utk bende laen tu dah ade disimpan.... cume calon2nya jer belum ketemu lagi

addalamualaikum ed eron : hahah... gigih aku ke tandas dan nyorok2 dalam tandas jawab sms, betapa malunya aku kat korang, hahaha

insyaAllah abe, aku sedang gigih mengumpul duit untuk dapatkan samsung galaxy s2 tu.. hehehe tungguuuu....

SiNoMoSa said...

Masa tuh nanti, SII dah out dated sbb SIII dh keluar..hihi kalo nk beli harga murah dari market sy bleh rekomen kedai baek punye hihi..actually itu distributor shop that y bleh dpt less than market value

afeezz said...

hai miss sinomosa : wah3... kat maner kedai tuh???