Selamat Datang



Selamat datang ke laman blog saya. Tiada apa yang menarik di sini. Saya hanya menulis mengenai saya. Saya hanya menulis mengenai persekitaran saya. Saya hanya menulis tentang kehidupan saya. Jika anda minat cerita-cerita politik, maaf, saya tidak suka kepada politik dan saya tidak akan menulis mengenai politik. Jika anda peminat dunia hiburan, maaf, saya tidak suka dunia hiburan dan gosip-gosip artis dan saya tidak akan menulis mengenai dunia hiburan dan gosip-gosip artis. Apa yang saya tulis adalah mengikut kehendak akal dan hati dan tangan saya sahaja. Jika anda berminat, sila teruskan membaca posting-posting di dalam blog ini, jika tidak, anda bolehlah melayari laman-lama blog lain yang bersepah di alam siber ini.

Sekian, terima kasih.

02 January 2012

448 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Hari Pertama)

Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semuanya terutamanya pengunjung2 setia blog aku ni. Semoga tahun ini lebih baek dari tahun sebelumnya dan mudah2an kita dilimpahkan setiap kurnia dan berkat yang diciptakan olehNya untuk manusia. InsyaAllah.

Di penghujung tahun lepas, aku berpeluang sekali lagi untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Kalau ada kaki, semuanya jadi. Percutian aku kali ini tidak dirancang, takde plan, takde booking ini dan takde booking itu, hanya mengikut kehendak hati dan akal fikiran. Percutian a.k.a pengembaraan aku bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu seterusnya ke Kuala Terengganu dan ke Kuantan kemudian balik semula ke Kuala Lumpur.


29 Disember 2011

Pengembaraan kami bermula lebih kurang pukul 10.00 pagi menuju ke Kota Bharu. Perjalanan kami santai sahaja sambil menikmati permandangan desa dan ditemani hujan renyai kadang kala lebat di satu dua tempat. Ini merupakan kali pertama aku memandu ke KB dan perjalanan agak mencabar. Terasa sangat jauh perjalanan ini dan rasanya ini merupakan pemanduan aku yang paling jauh. Kami berhenti sebentar di Gua Musang untuk makan tengahari walaupon masa ketika itu sudah pon lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai dan tiba di Kota Bharu lebih kurang pukul 6.00 petang.

Kami sepakat untuk mencari penginapan malam itu di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh memandangkan kami bole berjalan2 di sekitar kawasan itu pada malam hari. Tidak susah untuk mencari penginapan di sini kerana terdapat beberapa hotel yang boleh di sewa. Kami telah menyewa bilik di Polyland Inn dengan bayaran sebanyak RM89 semalam. Biliknya bersih, moden, selesa dan yang penting hotel ini milik orang Melayu kite. Lagi yang best, keluar jer dari hotel ni, terus pasar malam Wakaf Che Yeh tu, tak perlu jalan jauh. Malam itu kami makan malam di gerai di Wakaf Che Yeh dan kemudian jalan2 sambil cuci mata kat pasar malam itu.


Permandangan Wakaf Che Yeh dari tingkap bilik


Makan malam di salah sebuah gerai


... bersambung

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

8 comments: on "448 : Catatan Perjalanan - Dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Ke Kuala Terengganu Ke Kuantan Dan Ke Kuala Lumpur Semula (Hari Pertama)"

atuk said...

Assalamualaikum Afeezz

saya baru sekali aje pergi ke Wakaf Che Yeh tu....
teringin nak pergi lagi

afeezz said...

waalaikumsalam atuk : kalau nak beli2 baju kat situ memang banyak pilihan, sediakan duit je lah.

Daddy Zuki said...

bakpo tak royak awal2 nak maghi kelate? kalu dok buleh doh kito juppo...

My Life said...

salam abg.

terima kasih.. :P

afeezz said...

assalamualaikum daddy, waalaikumsalam azie : nak mintak maaf la pada orang Gua Musang pasal dok royak nak maghi klate. bukannye aper.. takmo mengganggu.. hehehe insyaAllah next time akan ku royakkan seantero klte kalau ambo nak maghi..

terima kasih aper azie?

mama ju, said...

Aslkm

Jalan2 satu Msia...sambil mencari ke?..

afeezz said...

assalamualaikum AZ : perjalanan yang memenatkan tapi seronok...

waalaikumsalam mama ju : mencari aper tu mama???