15 August 2011

401 : Pecah Kaca Pecah Gelas



"Pecah Kaca Pecah Gelas
Sudah Baca Harap Balas"

Dah lama tak dengar pantun dua kerat tuh. Cukup glemer pantun tu masa hari raya. Kalau boleh semua kad yang kite kirimkan, mesti kite nak tulis pantun ni. Pastu kepada yang dapat tu, sila2 lah balas. Tapi zaman tu sudah berlalu. Zaman sekarang mana ade orang wat macam tu lagi. Ade ke orang bagi2 kad raya ni lagi? Silap2 budak2 zaman sekarang kad raya pon tak kenal, aper lagi pantun dua kerat yang malasegar tuh.

Sebut pasal kad raya ni, alhamdulillah, masih ade lagi orang yang mengekalkan tradisi ini walaupon aku sendiri rasanya dah pupus keinginan untuk melakukannya. Sabtu lepas aku dapat sekeping kad raya. Terima kasih kepada pengirim yang nampaknya setiap tahun mengirim kepada aku walaupon aku tak pernah membalasnya (hik..hik..hik...). Tanda ingatan tulus ikhlas.

Cerita pasal kad raya lagi, ade gak kenangan manis pasal kad raya ni. Berlaku masa aku menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya yang bakal menjelma, kami tak melepaskan peluang untuk mengirimkan kad raya ni. Untuk menjimatkan kos, kami telah mengirim sekeping kad raya kepada 2 atau 3 orang. Maksudnya di sini, sekeping kad ditujukan untuk 2 atau 3 orang penerima. Siap dengan ucapan2 hari raya untuk setiap penerima. Yang lucunya, kad raya itu datangnya juga dari 2 atau 3 orang pengirim. Yang bestnya, penerima2 itu jugak melakukan perkara yang sama kepada kami, sekeping kad dari 2-3 orang pengirim kepada 2-3 orang penerima. Jadilah... tanda ingatan tulus ikhlas kan.

"Pecah kaca pecah simen
Sudah baca harap komen"


~Salam Sayang~

12 comments:

  1. pecah kaca pecah gelas
    nanti beli yang baru pulak


    kakakaka

    ReplyDelete
  2. selamat pagi AZ : uish.. tak beritma pantun AZ tuh...hehehe

    selamat pagi mr dunhill : mahal lah kad raya yg ade bunyi2 tuh.. bg mms raya je lah nnt, ade bunyi2 gak.. hahaha... bole?

    ReplyDelete
  3. Salam dekk afezz


    Pecah kaca pecah gelas..
    1 kad dikongsi2...
    tak ada privesi...ler lagu ni..
    nak2 yg menerima itu saudari..hihihi
    mana dia tau hajat afezz ni...
    nak jadi sahabat sejati atau main2 ajer ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam kak shami : hahaha... kad tu bg kat kawan2 siswi coursemate jer, bukan 'special one' pon. kalau nak bg kat 'special someone' kene le bg kad yg special gak, maner leh share2

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum afeezz..

    pecah kaca pecah gelas..
    kalau panas, pakai la sungglass ya heheheehe

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam sahrom : sunglass rayban ke oakley??

    ReplyDelete
  7. xmo ler mms .. aiyooo.... x classic.. tetiberrr

    ReplyDelete
  8. kene la ikot peredaran zaman, skrg ni kan zaman IT

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum afezz..

    reben pink kot hahahahaa

    ReplyDelete
  10. waalaikumsalam sahrom : hahaha... tak koser aku nak pakai reben pink...

    ReplyDelete