22 December 2010

319 : Penilaian Tahap Kecekapan

Percubaan kedua untuk mengambil semula komponen yang tidak mencapai Aras IV dahulu. Mungkin ini adalah PTK yang terakhir yang akan dijalankan di tempat aku. Tak tahu lah di masa hadapan ada lagi atau tidak penilaian seumpamanya di Malaysia. Atau mungkin nama saja tukar, tetapi skemanyer tetap sama.. hehehe

Komponen yang aku ambil ni adalah Komponen Fungsional yang terdiri daripada dua perkara. Pertama, kene menyerahkan satu tugasan individu yang membawa sebanyak 40% markah dan kedua, penilaian Ketua Jabatan yang membawa 60% markah. Minggu lepas, 13/12/2010, aku telah pon mengambil kertas soalan untuk tugasan individu. Diberi 3 soalan cume perlu jawab 1. Alhamdulillah, selama 3 petang aku stay-back kat opis untuk menyiapkan tugasan ni, siap juga akhirnya. Due date untuk tugasan ni adalah hari jumaat 24/12/2010.

Tak berapa yakin aku dengan aper yg aku dah siapkan. 3 soalan cume satu yang aku tau, tapi bila buat, tak konfiden plak. Takpe lah, aku dah berusaha, klu ade rezeki bole dapat aras IV tuh. Bole mohon untuk kenaikan tangga gaji. Kalau tidak... berusaha lah lagi...


~Salam Sayang~



Gambar Hiasan

5 comments:

  1. afeezz..semoga hang berjaya dlm PTK kali ini ya..aku pasti kali ini ia akan membuahkan hasil yang lebih positif..keep it up, bro...

    ReplyDelete
  2. wsalam syima : thanks

    wsalam sahrom : thanks, insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Semoga berjaya.
    Itu PTK terakhir agaknya kerana tahun depan dah mula dengan format lain pula.

    TQ

    ReplyDelete
  4. wsalam Admin P@P : terima kasih. betul tu, sy pon ade dengar macam tu. tp tak tau la format yg baru tu camner.

    ReplyDelete