1056 : Tiga Budak Hitam

 Assalamualaikum

Sejak-sejak ada tiga budak hitam ni, group family whatsapp banyak je cerita dan gambar pasal mereka. 

Semuanya bermula dengan dia ni... 

Diadopsi oleh kakak aku semasa dia masih bayi lagi. Satu-satunya boboy dalam
keluarga majikan kakak aku. Oleh sebab dia ni hitam legam, 
pekerjanya menamakan beliau sebagai Aswad. 
Masa kecil dulu comel jer, dah besar dah tak comel..

Gambar Aswad masa tengah moody. Dah la tidor dari pagi sampai malam dan
sampai ke esok paginya, dah bangun pon moody.. 

Ni budak hitam yang kedua diadopsi oleh kakak aku, 
tak pasti samada dia ni adik beradik si Aswad ke bukan. Dia ni gegurl sebab tu
walaupon dah besar, beliau masih comel.

Oleh kerana dia ni hitam legam gak, kuli menamakannya Arang. 
Kesian, dah la gegurl, bagi nama Arang plak. 

Ni pulak majikan adik aku, baru diadopsi, aku pon tak pernah jumpe lagi.
Adik aku pula dah ada 3 majikan. Majikan dia yang pertama yang dikutip 
dalam longkang dulu amatlah garang, tak mengenang budi sungguh.

Si hitam legam ni pula nama dia Salem. Amacam, hensem tak?

Dan aku pulak, aku tak suka bela kucing. Aku suka kucing tapi tak suka nak bela. Baik kite hidup senang-senang je tanpa majikan.

You Might Also Like

14 comments

  1. abang and family sihat ke. mari kelantan bagitahu ye

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. dari kerana mata, yang mempunyai kuasa, owhhh aku tergoda, aku tergoda aku terkecewa...

      Delete
  3. Hahaha faham sangat 😂 Suka tengok dan usap kucing orang bolehlah, tapi bab bela sendiri memang datang sekali dengan komitmen.

    ReplyDelete
  4. abe kie ada bela seekor kucing bernama Mimi. Sejak Jamal mati setahun yg lps cuma Mimi yg jaga rumah ini semasa ketiadaan kami antara 7 am hingga 3 pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada juga penjaga rumah, tapi haiwan lain la bukan kucing. yang senang sikit nak jaga...

      Delete
  5. Terhibur baca kisah tiga budak hitam. Di rumah kami ada sekor budak juga tapi separuh putih separuh hitam. Jantan. Namanya Tam Tam. Gemuk, berat lebih 5 kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kucing normal berat dia berapa kg? Tam Tam Gemuk tu gemuk sangat ke? mesti comel kan kucing gemok2...

      Delete
  6. Terhibur betul baca nama-nama majikan hitam ni! Aswad, Arang dengan Salem. Kesian Arang, dah la 'gegurl', bibik bagi nama Arang pulak ya! Tukar la jadi ARA... Tapi comel sangat bulu hitam terbeliak mata tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aswad ngan Arang tu bibik dia je bole bezakan, sebab sama je dua2 tu. saya pon tak dpt nak bezakan, mesti salah

      Delete
  7. Hitam-hitam semuanya... Rumah saya banyak oyen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru sebahagian je, ada lagi yang warna lain2...diaorg tu pencinta kucing

      Delete