1044 : Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa (Episod 2) - Coklat Kit Kat Dari Jepun
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang sudi memberi. Orang pergi ke Jepun, bawak balik coklat Kit Kat Jepun sebagai souvenir. Ramai yang sedia maklum, coklat Kit Kat kat Jepun sangat popular. Kalau orang balik dari Jepun, tidak sah kalau tak bawa balik coklat ini.
Di Jepun, coklat Kit Kat terdapat banyak perisa dan perasa. Kalau di Malaysia rasanya ada satu jenis tu je kan. Yang aku dapat ni, ada tiga perisa, satu tu perasa Matcha (obviously sebab kaler dia hijau) dan dua lagi tu tak dapat dikenalpasti perasa apa. Aku pon tak rasa lagi, cuma rasa yang Matcha sahaja. Oleh kerana aku bukan penggemar Matcha, maka tak berapa minat yang itu. Harap yang dua lagi sedap la.
Semasa aku ke Jepun tempoh hari, ada la juga beli coklat Kit Kat ni, tapi untuk diri sendiri sahaja. Souvenir untuk kawan-kawan yang ditinggalkan di Tanah Melayu, diaorang dapat benda lain.
Kalau nak tau, selain coklat Kit Kat adalah lagi coklat yang popular untuk di bawa pulang ke Tanah Melayu ni iaitu coklat Meiji dan coklat Kapal.
Semasa bertugas bersama-sama dengan orang Jepun, diaorang selalu bawa coklat Meiji ni, katanya halal, dan semestinya lezat.





1 comments
Ooooo... ada kuota pulak nak membelinya ye. Macam barangan terkawal pulak dah hihihiii.
ReplyDeleteKita pun minat Kit Kat juga tapi setakat ini yang Tanah Melayu punya sajalah.