944 : Masak Sendiri Makan Sendiri (Episod 29) : Masak Apa Tak Jadi Hari Ini - Deconstructed Bingka Ubi

Salam PKP2.0 kepada semua. Di hari pertama PKP2.0 ini, ramai yang bekerja dari rumah, tetapi aku bekerja dari pejabat seperti biasa walaupon jabatan aku ni tidaklah boleh dianggap sebagai satu perkhidmatan yang crucial. Sudah diarahkan oleh Pengarah, maka terpaksalah hadir bertugas. Sebenarnya, aku yang nak datang hari ini dan esok, kerana ada tugas yang perlu dilakukan. Hari Jumaat baru aku akan work from home. Entah di mana silapnya hari ini, aku terclock-in as work from home plak. Tapi takpe, bole balik awal dan clock-out dari rumah, huhu. Untuk minggu depan, kita tunggu jadual bertugas keluar.

Pada hari Ahad lepas, aku terajin plak untuk mencuba satu resepi yang aku tak pernah cuba sebelum ini. Lagipun, ada seorang sahabat memberi aku ubi kayu dari kampungnya, membazir pulak kalau dibiarkan busuk tidak dimakan. Oleh sebab itu, aku telah mencuba Bingka Ubi.

Bingka Ubi (gambar ciplak dari google)

Seperti biasa aku akan scrol IG untuk mendapatkan resepi yang terbaik dan yang penting mudah. Akhirnya aku memutuskan untuk mencuba resepi yang dikongsi di IG scbaker.my dan jalinanwarda. Bahan-bahannya sama jer kalau tengok resepi mane-mane pon, pasal kuih ni takda la fancy dan teknikal sangatkan. Oleh yang demikian, aku nak sharekan resepinya seperti di IG jalinanwarda.

Bahan-bahan

1. 4 cawan ubi kayu yang di parut

2. 2 cawan santan

3. 1 1/2 cawan gula

4. 1 sdk garam

5. Sedikit pewarna kuning (optional)

Cara-cara

1. Parut ubi kayu itu dan sukat. Oleh kerana aku malas nak memarut, aku kisar jer dengan sedikit air. Dan aku tak sukat pon. Rasanya tak sampai 4 cawan pon ubi kayu parut aku tu.

2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Oleh kerana nak jimat santan, aku gunakan 1 peket sahaja, dapat lah satu cawan dan nak cukupkan dua cawan aku tambah air. Gaul sehingga sebati.

3. Tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang dan ratakan

4. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius (api atas dan bawah)

5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar pada rak paling bawah (aku tak baca plak part ni)

6. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dan bahagian atasnya menjadi keperangan

7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan untuk beberapa jam sebelum dipotong (aku tak baca part ni, patut la tak jadi bingka aku, hahaha)

8. Potong dan hidangkan bersama minuman kegemaran anda.

Selamat mencuba

*****

Oleh kerana aku tak baca step ke-7 tu (baru perasan masa tulis blog ni), dan aku potong ketika bingka itu masih belum sejuk, makanya bingka itu tidak dapat dipotong dengan sempurna kerana lembek. Disebabkan itu, aku kaut jer guna sudu untuk rasa. Rasanya cukup, sedap dan terasa ubinya, warnanya menarik dan yang penting keraknya paling sedap. 

Ini lah Bingka Ubi yang aku buat. Tak macam Bingka Ubi kan.
Kalau masuk Masterchef, ini namanya Deconstructed Bingka Ubi

Oleh kerana tak habis, aku masukkan dalam peti ais. Esoknya bila aku nak makan semula, cantik pulak kejadiannya, boleh pulak dipotong dan rasanya tetap sedap. Isk.. isk.. isk..

Pada mulanya bermacam teori kenapa bingka ni lembik. Ada kawan cakap terlebih santan, dan ada pula yang kata mungkin terkurang ubi. Kedua-duanya mungkin, sebab aku tak sukat ubinya selepas di parut dan mungkin aku terlebih campur air dalam santannya. Apa-apa pon, setiap kesalahan itu adalah satu pengajaran. Next time kita cuba lagi.

OKlah, #staysafe

You Might Also Like

11 comments

  1. Biar buruk rupa asalkan sedap dimakan!

    ReplyDelete
  2. asal ada rasanya afeezz..hehe.. selamat bekerja tak kira dari rumah atau pejabat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik la sedap, klu tak ke tong sampah la jawab nyer.. PKP ni terpaksa ke opis, tak mcm pkp yg dulu boleh bersenang2 di rumah, hahahah

      Delete
  3. sendiri masak, sendiri makan ,tak sedap pun tak pa hahaha

    ReplyDelete
  4. nasibaik lps msk peti ais dh ok bole mkn...suka juga bingka ubi tp tkpernh buat sdiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ikut betul2 resepi dia, tu yg jd mcm tu.. klu tunggu sejuk dulu mesti bole potong cantik.

      Delete
  5. Replies
    1. yang mana sedap tu? gambar yg atas ke yg bawah? tp dua2 sedap

      Delete