660 : Walimatulurus

Sempena Hari Deepavali pada 2 November 2013, aku telah diundang ke satu majlis perkahwinan seorang sahabat yang dikenali melalui laman blognye di Rembau Most Wanted Yo! Walaupon Kuala Lumpur dengan Rembau Most Wanted Yo! itu takde la berapa nak jauh, disebabkan cuti sempena Deepavali, kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk dari Kajang hingga ke Seremban. Nak patah balik masuk Lekas pon rasanya dah tak berbaloi dan tak tahu jalan. Nak taknak terpaksa diredahin juga. Alhamdulillah, kami selamat tiba di destinasi tanpa kesesatan walaupon tidak menggunakan mana-mana pepijat GPS.

Kami tiba hampir pukul 2.00 petang. Kelibat sahabat alam maya yang aku nampak of koz la si pengantin yang sedang dok pulun makan, tak pandang kiri dan kanan. Kemudian berjumpa pula dengan AZ, Pijal, CM, Kak Ngah, Kak Taj, Tikah, Tuan Puteri Elaira, Mama Ju, Mama Sidah sekadar menyebutkan beberapa nama. Sempat juga aku sampai masa diaorg ada, bole la gak beramas mesra. Apa-apa pon, kalau ada majlis macam ni lah baru aku dpt jumpe mereka dan  dapat beramas mesra.

Terima kasih diucapkan kepada pengantin yang sudi menjemput. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnya. InsyaAllah.


Selepas ini aku telah menerima 3 lagi undangan ke majlis perkahwinan sahabat-sahabat. InsyaAllah, buat masa ni tiada lah aral melintangan dan aku boleh memenuhi kesemuanya. Yang terdekat adalah pada 16 November 2013, undangan ke majlis perkahwinan kawan sepejabat di Kulim, Kedah. Akan menaiki bas beramai-ramai bersama kawan-kawan opis ke sana. Jemputan berikutnya adalah pada 1 Disember 2013, jemputan dari seorang lagi kawan maya bertempat di Kuala Lumpur dan kemudiannya jemputan dari Tuan Puteri pada 28 Disember 2013 juga bertempat di Kuala Lumpur.


Ucapan aku, semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnya, InsyaAllah, aminn.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

8 comments

  1. Salam'
    Lepas ni tempat Atuk pulak. Insyallah akan cuba hadir. Mama pun lambat sampai..

    ReplyDelete
  2. jemputan atuk baik x pergi ke besok di klang gate

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kesempatan akan datang, pasal esok ade hal laen plak

      Delete
  3. salam afeez,,,gambar2 yg ada cam copy paste ajerr,,,hmmm kita nunggu nasik minyak penulis lak yerr

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam CM

      hehehe... mintak ampun mintak maap, curik pic tanpa kebenaran. tp untuk tujuan baek aper salahnyer kan....

      jom... kedai mana ade jual nasi minyak?

      Delete
  4. Salam abe apiz,
    Terima kasih kerana sudi datang ke majlis saya bersama teman istimewa ehem hehe..
    Terima kasih atas doa dan hadiah.
    Di doakan semoga selepas ini jodoh abe apiz plak menyusul ye.

    Cendol songkok tinggi tuh ditempah berdasarkan kuantiti mangkuk, bila dah habis maka tutuplah kedai..huhuhu kesian takde rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam pengantin baru

      insyaAllah... next turn sy plak...
      (kumpunan nak minum cencol tuh)

      Delete