661 : 14 Tahun, Aku Semakin Tiada

14 tahun aku sudah di sini, dan aku masih lagi di sini. Sampai bilakan aku akan berada di sini? Mungkinkah untuk 14 tahun lagi? 14 tahun, hati aku sudah tiada di sini, fikiran aku sudah tiada di sini, semangat aku sudah tiada lagi di sini. Genap ulang tahun aku yang ke 14 di UM pada 15 November 2013 akan datang. Akhir-akhir ini, aku rasa aku sudah takde semangat untuk meneruskan kerja aku di sini. Letih rasanya selama 14 tahun itu aku mencurah bakti yang tidak dihargai. Sekadar dapat gaji pada cukup harinya. 

14 tahun itu sepatutnya aku sudah berada pada satu tahap yang aku rasakan, tugas itu tidak sepatutnya menjadi masalah. Tetapi pada tahun ke 14 ini, aku masih dibebani dengan tugas demi tugas demi tugas sehingga aku telah ditegur kerana gagal melaksanakan tugas dengan sempurna. Sejak pejabat aku dipindahkan ke PPUM, beban tugas aku semakin bertambah. Aku sekarang melakukan tugas yang pernah dilakukan oleh 4 orang, tetapi sekarang semua itu diletakkan di bahu aku. Dan minggu lepas aku dibebani lagi dengan tugas orang yang ke 5. Susah rasanya bekerja dengan seorang ketua yang mempunyai angan-angan setinggi langit tetapi lupa kaki hanya bertahankan tongkat usang. 

Tiada lagi kalimah semangat untuk aku, tiada lagi kata motivasi untuk aku mencari hati yang telah pergi. Ada yang akan kata, bersabarlah. Tapi sampai bila?


~Salam Sayang~

You Might Also Like

8 comments

  1. Salam.
    Tak bole bincang2 lagi ke?
    Janganlah sampai makan hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama ju

      bincang? ermmm... dah apply utk tukat jabatan since bulan 2 lepas. tp smpi skrg takde jawapan. :(

      Delete
  2. Salam dekk afezz

    Sabar dan solat....solatlah di 1/3 malam terakhir berdoalah banyak-banyak, insyallah beban kerja yang berat tu akan ringan diharungi. Insyallah akan ada pertolongan dari Allah utk afezz nanti.
    Selamat bekerja kerana Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      insyaAllah, akan ikut nasihat kak shami...

      Delete
  3. Perbanyakan doa PERMUDAH URUSAN, insyaallah kita akan sentiasa beri jalan mudah untuk melaksanakan segala tugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah urusan ku di dunia dan di akhirat.. aminnn

      Delete
  4. Assalammualaikum...
    saya juga dalam dilema dengan situasi yang sama...
    apa yang saya buat adlh buat solat istikharah n bangun solat malam hari2... kat blog saya ada saya tepek doa yg juga mungkin berguna utk puan seperti mana gerak hati yg Allah turunkan suruh saya beli n baca majalah itu... mungkin itu jawapan atas keluhan saya selama nie...
    in shaa Allah

    http://kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam kuazue... insyaAllah sy akan lawat dan baca doa tu.. semoga diberi petunjuk dariNya...

    ReplyDelete