Tahniah kepada Encik Hafizan bin Pal @ Affal di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Universiti Malaya. Segala jasa dan sumbangan anda kepada kecemerlangan Universiti Malaya amatlah dihargai. ~Salam Sayang~ ...
Semalam petang selepas waktu pejabat sempat jugak aku ke MAHA 2012 di Serdang. Setelah beberapa tahun MAHA ni diperkenalkan, baru itu pertama kalinya aku menjejakkan diri ke ekspo tersebut. Bagi aku memang menarik. Disebabkan pergi selepas waktu pejabat, maka tak banyak yang dapat aku jelajahi. Kata orang, kalau nak pergi ke semua pertunjukkan yang ada, kite perlukan satu hari atau lebih. Memang betul...
Mendapat ide untuk menulis entry ini setelah membaca entry dengan tajuk yang serupa di sini. Bila baca teringat pula kejadian yang sama telah menimpa diri pada tahun 2008 semasa aku pergi melawat kakak dan keluarganya di Nottingham, England. Tak ingat tarikh tepat hari itu. Pada hari kejadian, kakak telah meminta pertolongan aku untuk menarik tong sampah dari belakang rumah ke kawasan yang telah...
Kelas Bahasa Inggeris untuk Certificate Of Proficiency In English Language Course, Level Upper Intermediate telah pon bermula minggu lepas. Maka dengan ini bermulalah sesi aku menghadiri kelas dua kali seminggu hingga ke akhir tahun ini dan tiga kali seminggu bermula tahun depan hinggalah ke bulan Februari tahun hadapan. Nak tak nak terpaksa juga hadir kelas2 tu, kalau tak mungkin akan dikenekan tindakan tatatertib....
Saat berduka telah berlalu, yang pergi itu kite redhakan dia pegi. InsyaAllah, dia telah bergembira bersama Penciptanya. Kita yang masih hidup, perjuangan perlu diteruskan. Baru jer nak bersenang-senang tiba2 dapat e-mail mengatakan bahawa aku harus menghadiri kelas2 bahasa inggeris anjuran Universiti Malaya sebagai salah satu langkah meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan staf agar ranking Universiti Malaya di dalam world ranking dapat dipertingkatkan. ...
Al-Fatihah buat ibu. Siksa ibu di dunia telah Allah ringankan dan Allah telah memanggil ibu kembali dengan aman pagi semalam lebih kurang pukul 11.30 pagi. Pergilah ibu menghadap Maha Pencipta. Kami lepaskan ibu pergi dengan sendu dan air mata. Tiada lagi bicara antara kita, hanyalah doa yang kami panjatkan kepada Yang Esa untuk ibu tersayang. Bahagialah ibu di sana sehingga kita diketemukan...
Hehehe... Anda diundang ke majlis perkahwinan, tetapi bukan perkahwinan saya ye. Hujung minggu ni aku ade 3 undangan ke majlis perkahwinan. Tak tahulah samada dapat memenuhi kesemua undangan tersebut. Terima kasih kerana mengundang dan mohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi undangan kalian. Hari Sabtu, 17 November 2012, ade dua undangan. Satu dari seorang kakak yang akan mengahwinkan anak lelakinya di Semenyih. Kenal kakak...
Semalam berpeluang untuk menonton 2 filem terbaru di pawagan secara berturut2. Baru tonton 2 filem bole ke nak claim movie marathon? Hehehe.... Filem pertama yang telah ditontoni semalam ada sebuah filem komedi tempatan yang bertajuk Ajiboy. Sesekali kene gak menyokong industri filem tempatan, walaupon tak berminat sgt nak menonton filem2 tempatan ni. Huhu... Ajiboy mengisahkan bagaimana Ajiboy telah dilantik oleh bapanya sebagai pengurus...
Alhamdulillah, masih ada lagi yang sudi belanja kami makan. Semalam, seorang opismate telah sudi menjamu kami dengan nasi lemak sotong sebagai sarapan pagi . Sempena hari lahir dia katanya. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. InsyaAllah. Nasi lemak sotong dan telur goreng gerai di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya Tengahari hari ini pula, ada makan-makan di opis sempena meeting yang...
Akhirnya dapat juga aku memenuhi kebutuhan itu, walaupon hanya pada tahun hadapan tetapi ianya sangat berbaloi. Terima kasih kepada Air Asia kerana membuat promosi tambang murah minggu lepas. Tidak mahu aku melepaskan peluang itu sebab aku ni bukan berpeluang sangat untuk pergi bercuti, lebih2 lagi yang international. Makanya, sempena promosi yang dilangsungkan itu, aku telah berjaya memilih destinasi international dengan kadar tambang RM92...