534 : Mari Menonton - Hotel Transylvania

Mari menonton sekali lagi. Kali ini berpeluang untuk menonton sebuah filem animasi terbaru di pawagam berjudul Hotel Transylvania. Kepada yang tidak tahu, Transylvania yang terkenal dengan lagenda vampire dan dracula itu merupakan sebuah daerah yang terdapat di dalam negara Romania. Tetapi tidak pula aku ketahui kesahihan lagenda vampire dan dracula itu. 

Hotel Transylvania mengisahkan bagaimana kasih sayang seorang bapa kepada anaknya mengatasi segala-galanya. Untuk melindungi anaknya dari anasir jahat di luar (manusia lah tu), Count Dracula telah mendirikan sebuah hotel khas untuk hantu-hantu. Walau bagaimanapun, perasaan ingin tahu anaknya mengenai dunia luar dan manusia amat tinggi. Count Drac terpaksa menggunakan pelbagai helah untuk mengelakkan anaknya dari keluar dari hotel itu.

Pada suatu entah macam mana, ade seorang pemuda telah datang ke hotel itu. Untuk mengelakkan kekacauan berlaku di hotelnya, Count Drac terpaksa untuk menyamarkan pemuda itu dan membenarkan dia tinggal di hotel tersebut.

Bagaimanakan kisah seterusnya? Saksikan di pawagam2 berhampiran anda.

Bagi aku, pada permulaannya filem ini agak slow sampai aku bole tertidor dalam panggung. Cerita ini menjadi lebih menarik menuju ke penghujungnya. Banyak adegan2 lucu dan lawak ditonjolkan. Boleh aku berikan rating 3.5/5 bintang untuk filem ini. Sesuai ditonton untuk semua golongan masyarakat.


~Salam Sayang~

You Might Also Like

8 comments

  1. Salam sejahtera,
    Oh Dracula pun sayangkan anak2nya, inikan kita, ya tak?...mesti tak boleh nak jawabkan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sejahtera

      betul tul, dracula tu terlalu sayangkan anaknya dan sanggup lakukan apa saje... manusia ada? hehehe

      Delete
  2. Salam piz.. Suami tak minat sangat filem animasi .. Manjer layan jerk.. Last filem animasi Manjer tgk kat wayang tak silap "corpse bride" atau ROBOTS kot.. tak ingat.. Lama dah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam manjer

      sy layan jer ape2 cerita kat wayang. kecuali cerita2 romantik dan love story, cerita melayu, cerita hantu melayu, cerita2 lawak bodoh, cerita cina, cerita india dan cerita2 bollywood serta filem2 murahan...

      Delete
  3. ramai kata cite ni best. hihihi

    nak try p tgk la! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah cerita ni, tak lah bosan, kelakar....

      Delete
  4. Assalamualaikum Afeezz

    ingatkan cerita seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atuk

      hehehe... bukan cerita seram, cerita lawak... best...

      Delete