3rd ENTRY

Tak tau nak letak tajuk aper pada entry-entry aku ni, so aku letak jer ler 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th dan selanjutnya...

Hari ni ada seorang staf kat opis aku datang jumpa aku. Dia bagitau aku, dia ada jumpa sekor tikus mati kat bahagian lif. Dia tengok tikus tu mati atas sebab-sebab yang mencurigakan, bukan dibunuh maksud dia. So dia ni kununnyer nak menunjukkan bahawa dia ni seorang yg prihatin. story le kat aku, pasal disease-disease yg boleh disebarkan oleh tikus yang mati ni. Dia bagitahu aku, yang kite kene repot perkara ni, sebab dikhuatiri akan menyebabkan penyakit whatsoever.

Aku dengan malasnya, bagitau dia, yang kawasan tu bukan bawah tanggungjawab kita, kalau you nak repot, you repot lah kat kolej. Dia macam tak puas hati, dia story lagi itu dan ini. Aku tau, dia nak suruh aku yg repot, tapi disebabkan aku ni malas nak menyusahkan diri pasal sebab yg remeh temeh ni, aku bagitau dia lagi sekali, klu nak repot you pergilah repot sendiri pada pihak kolej.

Dia dengan muka tak puas hati, terus blah jer. Argh.. pedulik ape aku, jangan nak menyusahkan aku plak pasal tikus mati tu. Banyak lagi keje yang lebih berfaedah aku bole buat.

Then tak lama lepas tu, ade 2 orang kolej dengan poyo nyer masuk opis aku. Dah le dengan tak bagi salamnya, terus masuk jer pastu tanyer aku 'doktor mane?'. Aku yg memang dah kenal dia dengan kepoyoannya itu dengan selamba jawap, 'doktor mane?', walaupon aku dah tau tujuan mereka, sajer nak kurang ajar gak. 'Tadi ade call pasal tikus mati'.. 'Oooo.... itu doktor bilik 5'. Mereka terus berlalu, terima kasih pon takde.. aku tgk ade kamera kat tangan dia, nak amik gambar tikus tu ker? Ape tindakan yang dia nak amik.. aku pon tak tau.. malas nak tau

You Might Also Like

0 comments