Assalamualaikum semua.
Bertemu sekali lagi dalam blog aku yang tak seberapa ini, hidup segan mati tak mahu. Sepeninggalan aku dari dunia maya sejak posting terakhir aku pada bulan Julai 2025 lepas, sempat jugalah aku berkunjung ke sebuah negara yang rasanya tak terlintas pon di fikiranku untuk menjejakkan kaki ke sana, iaitu ke negara Georgia. Ada yang menyangkakan bahawa aku ke Georgia State, US dan ade juga yang beranggapan aku ke Jogja, sebab sebutan Georgia tu kalau dengar-dengar memang seakan-akan Jogja.
Georgia adalah salah satu dari tiga negara yang terletak di Banjaran Caucasus bersempadan dengan Armenia di selatan dan Azerbaijan di timur dan tenggara. Banjaran Causasus pula terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang membentuk sempadan Eurasia. Georgia merupakan salah sebuah negara yang terbentuk hasil dari keruntuhan kerajaan Soviet Union pada tahun 1991.
Tiada perancangan sangat untuk trip ini memandangkan aku hanya mengikuti beberapa orang rakan yang akan menghadiri sesi training di sana. Tempoh training mereka adalah pada 27 hingga 29 Oktober 2025 dan kami akan berada di Georgia dari 25 Oktober hingga 2 November 2025. Kami akan menginap di Mercure Hotel Old Tbilisi sepanjang tempoh tersebut dan rakan-rakan juga akan bertraining di hotel yang sama.
Penerbangan kami ke Tbilisi telah dijadualkan pada hari Sabtu, 25 Oktober 2025 pada pukul 02.55 pagi. Aku bersama lima orang rakan yang lain akan menggunakan perkhidmatan Qatar Airways penerbangan QR4992 tetapi akan menaiki pesawat Malaysia Airlines. Penerbangan kami akan mengambil masa lebih kurang 7 jam 20 minit ke Hamad International Airport, Doha, Qatar dan kami akan dijangka tiba lebih kurang pukul 05.15 pagi waktu Qatar (GMT +3). Kami akan transit di Hamad International Airport lebih kurang 3 jam sebelum menaiki penerbangan seterusnya pada pukul 08.20 pagi menggunakan Qatar Airways penerbangan QR0255 dan dijangka tiba di destinasi akhir, Shota Rustaveli International Airport, Tbilisi, Georgia pada pukul 12.40 tengahari waktu Georgia (GMT +4). Ini merupakan pernerbangan pertama aku yang ada transit, sebelum ni semua direct flight sahaja walaupon penerbangan selama 12 jam.
Pada 25 Oktober itu aku bekerja seperti biasa walaupon hati dan fikiran telah lama berada di Georgia. Aku telah mengambil Cuti Separuh Hari Petang pada petang itu memandangkan beg dan bagasi yang hendak dibawa masih belum siap dikemas sepenuhnya. Bila dah lama tak travel, skill nak packing beg pon hilang. Selesai berkemas apa-apa yang patut, aku berehat sebentar. Aku hanya membawa sebuah bagasi (luggage) dan satu beg sandang. Memandangkan sekarang di Georgia sudah menghampiri musim dingin, aku tidak membawa banyak baju dan seluar. Kita recycle je lah baju dan seluar yang dibawa kerana musim dingin ni kita tak akan berpeluh sangat. Yang penting bawa winter coat.
Lebih kurang pukul 10.00 malam, aku dan seorang rakan mengambil Grab dari Cyberjaya ke KLIA Terminal 1. Yang lain bergerak ke KLIA dari rumah masing-masing. Bersidailah kami berenam di KLIA menunggu waktu penerbangan pada pukul 02.55 pagi nanti. Niat di hati nak masuk dalam mana-mana waiting lounge di KLIA nampaknya tak kesampaian kerana kami hanya pemegang tiket kelas ekonomi, mereka hanya layan pelanggan yang kelas ada-ada sahaja. Takpelah, tak sudi nak terima kami.... hahaha. Makanya, kami berpeleseran sahaja di sebuah cafe di sana.
Lebih kurang pukul 02.00 pagi, kami masuk ke dewan menunggu untuk proses boarding. Malangnya, penerbangan kami telah delay ke pukul 03.30 pagi. Mata dah lama koyak, dah tak tertahan nak tidor. Ingat kalau dah masuk ke pesawat, bole la rehat dan melelapkan mata, ini kene tunggu lagi lebih kurang 1/2 jam. Bertabahlah...
Penerbangan QR4992 akhirnya berlepas meninggalkan Kuala Lumpur. Aku melelapkan mata dan berharap untuk tidor, tetapi dalam keadaan ini, memang susah untuk melelapkan mata apatah lagi lena.
Lebih kurang 7 jam kemudian, pesawat mula untuk melakukan pendaratan. Permandangan negara padang pasir dapat dilihat dari jendela pesawat. Pesawat mendarat dengan baik dan telah parkir agak jauh dari terminal dan kami terpaksa menaiki bas yang disediakan untuk ke terminal. Keluar sahaja dari perut pesawat, telah terasa bahang dan panas padang pasir walaupon tatkala itu baru sahaja lebih kurang pukil 6.00 pagi. Rasanya matahari macam dah tegak di kepala.
Melintasi pintu kawalan keselamatan, aku telah ditahan memandangkan pintu keselamatan itu telah berbunyi. Aku telah diperiksa oleh pegawai yang bertugas dan telah diminta untuk duduk di sebuah bangku yang disediakan untuk pemeriksaan selanjutnya oleh seorang pegawai yang lain. Aku tidak risau kerana aku tahu mengapa pintu itu berbunyi. Ini merupakan pengalaman pertama aku ditahan sebegini di lapangan terbang. Seorang pegawai yang lain datang dan telah mengambil 'swab' di bahagian kaki kanan aku. Memandangkan aku sering menonton siri 'Border Security' di Youtube, aku tahu, 'swab' itu adalah untuk mengesan kehadiran bahan narkotik. Tapi nak risau kenapa, aku tak sentuh pon benda tu. Kurang 5 minit kemudian aku dilepaskan, menandakan ujian aku negatif. Rakan-rakan lain yang telah lepas berasa cuak kerana aku ditahan dan bersyukur kerana tiada apa yang serius berlaku.
Ramai sungguh orang di lapangan terbang ini walaupon di waktu pagi. Tiada apa yang kami lakukan, sekadar mengambil beberapa gambar di port OOTD popular di sini iaitu di patung teddybear sebesar alam tu. Lapangan terbang ni sangat besar dan sibuk, lebih besar dan lebih sibuk dari KLIA kite. Kami terus ke dewan menunggu untuk menunggu penerbangan kami yang selanjutnya.
Penerbangan QR0225 terbang meninggalkan Doha tanpa sebarang masalah. Penerbangan juga nampaknya full-booked dengan rakyat Georgia yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing. Ini merupakan pengalaman pertama aku menaiki maskapai selain Penerbangan Malaysia dan Air Asia. Penerbangan selamat mendarat di Shota Rustaveli International Airport lebih kurang pukul 1.00 petang. Shota Rustaveli International Airport nampaknya tidak sebesar KLIA apatah lagi Hamad, tapi tidak kurang meriahnya. Barisan yang beratus untuk pemeriksaan pasport nampaknya panjang walaupon banyak kaunter pemeriksaan yang beroperasi. Mungkin banyak penerbangan yang tiba ketika itu. Tidak banyak soalan yang ditanya oleh pegawai yang bertugas, setelah selesai diperiksa dan diambil gambar, 'Welcome to Georgia', katanya tanpa senyuman. Semua rakan juga berjaya melepasi pemeriksaan pasport. Aku lihat barisan yang beratur masih lagi panjang.
Di sini sekali lagi aku kantoi untuk melepasi pintu keselamatan. Pintu itu berbunyi sekali lagi. Kali ini aku dibawa masuk ke sebuah bilik kecil bersama-sama dua orang pegawai bertugas. Sekali lagi pemeriksaan dilakukan. Tak sampai 5 minit, aku dilepaskan. Alhamdulillah. Tiada masalah lain selepas itu dan kami telah berjaya memasuki Georgia secara sah.
Dari lapangan terbang, kami telah menggunakan applikasi Bolt (semacam Grab Car) untuk ke hotel kediaman. Kami telah menempah 2 buah kereta memandangkan kami berenam tidak termasuk bagasi masing-masing. Bayaran untuk servis Bolt dari lapangan terbang ke hotel kediaman kami di Old Town Tbilisi lebih kurang GEL30 (30 Lari). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada keadaan jalan.
Di Georgia, pemanduan adalah disebelah kiri. Keadaan jalan raya lebih kurang sama macam di Malaysia, macet hampir di semua jalan di waktu puncak. Dan benarlah kata orang, orang Georgia kalau memandu, kebanyakkannya berani mati, bawak kereta macam orang gila... hahahah....
Alhamdulillah, kami selamat tiba di hotel kediaman kami, Mercure Hotel Old Town Tbilisi lebih kurang pukul 03.00 petang. Selesai urusan check-in, kami berehat dahulu sebelum keluar semula melihat-lihat bandar Old Tbilisi.
...bersambung (Episod 2)






































