31 December 2015

771 : Pahit Manis 2015


2015 sudah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, setahun sudah berlalu, meningkat lagi setahun usia aku. Segala pahit manis sepanjang tahun 2015 telah ditempuhi dan menjadi kenangan dalam diri sendiri. 

Bagi aku, perkara paling manis di tahun 2015 adalah aku berjaya memiliki sebuah rumah idaman. Setelah begitu lama memendam hajat dek kerana harganya dari hari ke hari semakin meningkat, akhirnya tahun 2015 ini rezeki itu dilimpahkan kepada aku. Segala urusan memilikinya dipermudahkan, dan InsyaAllah kalau tiada aral melintang di mana-mana, aku akan terima nikahnya pada suku ketiga tahun 2017. 

Di tahun 2015 juga aku telah melancong ke Cambodia, satu tempat di dalam wish list yang aku hendak kunjung. Walaupon terdapat beberapa masalah di awalnya, dan tertangguh hampir 2 tahun, akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki aku di bumi Cambodia. Walaupon hanya ke Siem Reap, ia amat memadai bagi aku. Tak banyak aktiviti mengembara yang aku lakukan di tahun 2015, hanya ke Langkawi pada bulan Februari dan Cambodia pada bulan September. 

Di dalam urusan kerja pula, pada tahun 2015 aku telah dianugerahkan KUP. Alhamdulillah, rezeki aku setelah 13 tahun berbakti dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Tetapi hati tidak tenang memandangkan tanggungjawab dan tugas makin banyak. Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar segala tugas yang diamanahkan kepada aku dipermudahkan, walaupun tetap ada yang tidak dapat aku laksanakan dengan sempurna. 

Apa-apa pon banyak yang indah di tahun 2015 dan yang kurang indah itu kalau boleh hendak aku lupakan. Semoga tahun 2016 ini memberikan aku lebih banyak keindahan. InsyaAllah.

Selamat Tahun Baru 2016


#SalamSayang

2 comments:

  1. salam bro,

    wow beli rumah kat mana? mana lah tahu berjiran plak nanti. mine also siap 2017 gegegege

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam

      hahaha... best la kalau berjiran, bole i dtg tumpang makan sekali sekala...

      Delete