20 December 2015

767 : Yang Kedua Untuk Tahun Ini

Tahun ini nampaknya baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti larian. Semua bermula dengan Larian BSN Putrajaya Night Marathon pada akhir Oktober lepas. Masa tu tak lari pon kerana larian itu dibatalkan atas sebab-sebab jerebu (klik di sini ye).

Pagi tadi aku menyertai satu lagi acara larian iaitu MyBuddiesRun. Diadakan di Cyberjaya. Seawal pukul 6.30 pagi aku beserta 4 orang sahabat yang lain telahpon berada di lokasi larian. Berdebar-debar jugak lah pasal inilah kali pertama yang aku akan mencabar diri aku untuk berlari sejauh 5km. Excited pon ada. Tapi aku berjalan sahaja sepanjang laluan pertandingan kerana 3 hari sebelum acara ni, aku mengalami sakit lutut sehingga menyebabkan aku sukar untuk berjalan. Alhamdulillah, hari ini sudah kurang rasa sakitnya.

Peserta dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dimulai dengan peserta-peserta kategori lelaki dan wanita terbuka sejauh 10km diikuti dengan peserta-peserta Masked Fun Run sejauh 5km dan kategori kanak-kanak sejauh 3km. Tak tau pon bile peserta dilepaskan, sedar-sedar semua orang dah berlari. 

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan larian sejauh 5km itu dengan masa 1 jam 4 minit. Hahaha. Masa ini akan menjadi catatan peribadi aku dan aku akan cube untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. Huhu. 

Kalau takde aral melintang di mana-mana, lepas Krismas nanti ada lagi satu larian yang aku akan join. Wish me luck guys... 

No. peserta dan medal yang berjaya diperolehi.


#SalamSayang

No comments:

Post a Comment