26 June 2013

624 : Selamat Hari Lahir Ibu


26 Jun merupakan tarikh ulang tahun kelahiran ibu. Tahun ini merupakan tahun pertama kami menyambutnya tanpa ibu. Sudah tujuh bulan ibu meninggalkan kami. Pemergian ibu amat kami rasai. Kehilangan yang terlalu besar bagi kami. 

Walaupun amat jarang kami memberi hadiah kepada ibu pada hari lahir ibu ketika ibu masih ada, pada tahun ini kami hadiahkan, kami sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin untuk ibu. Semoga ibu berbahagia walau di mana ibu berada. Damailah ibu di sana bersama Sang Maha Pencipta.

Al-Fatihah


~Salam Sayang~

8 comments:

  1. As salam Afezz

    Semoga rohnya damai di sana dan bahagia menerima doa2 daripada anak2nya...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak shami

      insyaAllah.. kami akan sentiasa mendoakan kebahagian ibu dan ayah...

      Delete
  2. Al Fatihah.
    Moga dia aman di sana.
    Jadilah anak yg soleh yg membahagiakan ibu dan ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah

      Doa sentiasa diutuskan kepada ibu setiap hari....

      Delete
  3. salam afeez

    banyakkan berdoa untuk ibu yer afeez. Tidak putus kecuali 3 perkara apabila sesorang itu meninggal dunia . antaranya ialah doa anak yang soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam AZ

      insyaAllah... itu saja yang boleh dilakukan sekarang...

      Delete